02 February 2012

Help Palestine [hidayahnet] Catrionas Ross kesal di tuduh ahli pembangkang

 

 IMG_7748 : Catriona, kanan, Bob Lokman tengah  dan Utz Ridhuan Mohd Nor, ketua penerangan PAS Pusat
 
Gombak : Catriona Ross artis yang telah berhijrah melahirkan rasa kesalnya apabila program yang diadakan di Jengka, Pahang minggu lepas telah di batalkan serta -merta.

Jelasnya, baru-baru ini saya dipelawa untuk  menghadiri program di jengka yang telah di undang oleh pihak penganjur disitu,  namun program tersebut dibatalkan serta-merta kerana saya dikatakan orang PKR.

Mereka menuduh saya tanpa bukti yang sahih.  Saya akui memang banyak mengikuti program yang dianjurkan oleh  badan tertentu untuk meminta saya berkongsi tentang penghijrahan saya.

Salah ke saya berkongsi pengalaman hidup saya kepada golongan muda khususnya?,

Tujuan  saya menyebarkan dakwah ini agar mereka tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang sebenar, katanya dengan penuh kesal  dalam majlis perasmian bangunan Muslim Care  tengahari semalam kepada semua rakyat yang hadir.

Tambahnya lagi, kebanyakkan program yang saya hadir banyak berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya yang dahulu seorang artis  yang banyak tumpu kepada hal keduniaan tetapi kini telah berhijrah diri kearah
kebaikan. Apakah program dakwah ini dikatakan saya terlibat dalam politik?

Ketika hampir PRU12 yang lalu, saya juga di tuduh bekerjasama dengan orang hijau (PAS). Mereka menuduh saya menyatakan orang PAS bayar saya untuk sertai PAS.

"Saya tidak pernah mengisi borang PAS dan  PKR."

Terus terang saya katakan, saya tidak masuk mana-mana parti.

Saya nak jadi Orang biru (UMNO), nauzubillah jauh sekali, Orang PKR tidak, kearah itu, orang hijau (PAS) insya-allah, tapi dokan saya apabila berkawan dengan kawan-kawan yang fikrah islam maka Allah buka pintu hati
saya terlibat dalam PAS.

Tetapi biarlah hati saya yang masuk dalam mana-mana parti  adalah kehendak hati saya sendiri dengan mengerti tentang perjuangan Islam yang syumul.

Saya sungguh terkilan dengan tomahan dan tuduhan mereka menyatakan saya begitu.

"Mengapa mereka tidak boleh berfikir dengan baik, apabila seorang itu berubah adalah disebabkan hidayah Allah SWT yang telah sampai kepada hambanya untuk menjadi insan yang lebih baik".

Catriona ross yang lebih mesra di panggil Cat menjelas lagi, sepanjang  saya telah berhijab, perkara yang benar menyakitkan hati saya yang mungkin ini sebuah ujian dan cabaran.

Saya datang jauh daripada K.Lumpur  untuk pergi ke Jengka menyebarkan dakwah bersama anak kecil berusia 2 tahun dan ibu,  tiba-tiba mereka batalkan program tanpa diberi bayaran satu sen pun.

Apabila saya tanya mengapa program ini dibatalkan oleh pihak penganjur ?

Mereka menyatakan ADUN Jengka  yang mewakili parti UMNO dapat tahu saya terlibat dengan parti pembangkang. Saya benar-benar rasa sedih dengan tuduhan tersebut.

Walaubagaimanpun saya tetap bersyukur dengan adanya ibu  menemankan saya , beliau banyak menasihatkan saya dengan mengingatkan "sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya mengikut kemampuannya". Saya
reda.

Disebalik kesedihan itu, penduduk tetap meraikan kehadiran saya dengan menyediakan sebuah rumah untuk menyampaikan dakwah saya kepada penduduk disitu.

Dengan perkara yang terjadi saya terfikir beginikah cara mereka (UMNO) berfikir untuk menerima artis yang berubah kearah kebaikan, kata Catriona.

Sementara itu, Bob Lokman pula mempelawa Catriona menyertai PAS.

Katanya, saya bersama teman-teman seperjuangan PAS mempelawa Cat untuk menjadi Ahli PAS.

Pelawaan tersebut mendapat sokongan rakyat yang hadir disitu dengan laungan Takbir.

Catriona sambil tersenyum dengan menyatakan insya-Allah dengan melaungkan Takbir.

Editor : Khaulah Azwar









__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment