03 November 2011

Re: Help Palestine [hidayahnet] Baru DAP Tahu Langit Tinggi Rendah

 

Antara perbuatan keji orang dewasa beragama Islam dengan perbuatan budak yang bukan Islam saya rasa perbuatan orang dewasa beragama Islam berjawatan Ketua Menteri pula tu adalah jauh lebih jijik !! Tapi inilah perangai UMNO.. Ketua/Presiden sebuah parti komponen BN (Presiden parti budak2 lagi ka dia?) walau pun bukan Islam terang2 mengaku zina pun masih berada dalam kepimpinan BN !! UMNO lebih jijik dan kalau nak disenaraikan maksiat mereka memang tak tersenarai !! Wallahua'lam


From: "Nurfaten@yahoo.com" <Nurfaten@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, October 24, 2011 8:38 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Baru DAP Tahu Langit Tinggi Rendah

 


Published On: Thu, Oct 20th, 2011

Baru DAP Tahu Langit Tinggi Rendah!

Isu yang membabitkan anak Lim Guan Eng, masih hangat diperkatakan. Serangan yang dilakukan bertali arus oleh cyber-cybertrooper DAP yang gagal memahami karangan dalam Bahasa Melayu, hanya tertumpu kepada 'gambar hiasan', gagal menyanggah laporan tentang kejadian. Fakta mengapa anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun itu berpindah sekolah dan dipersoalkan oleh blogger-blogger pro-kerajaan, ternyata langsung tidak disentuh atau cuba disanggah.
Apa yang berlaku sebenarnya cukup mudah. Isu tersebut mula dimainkan oleh beberapa buah blog pro-kerajaan tanpa menyebut nama Lim Guan Eng sebaliknya nama Lim Guan Eng sekadar disebut sebagai VVIP di Pulau Pinang. Bagaimanapun, apabila portal tajaan Zionis, Malaysiakini menyerbu dan mendesak Guan Eng untuk mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung perkara itu, maka seluruh persepsi ditumpukan kepada Lim Guan Eng.
Anehnya, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang seolah-olah mengiyakan kejadian tersebut, meskipun dalam ayat-ayat yang berulang-ulang menerusi Twitter, Lim Kit Siang misalnya menyatakan tuduhan tersebut sebagai karut dan tidak masuk akal. Manakala Guan Eng pula dalam kenyataan awalnya kepada portal Malaysiakini mengatakan, anak lelakinya itu dipindahkan sekolah kerana ingin berambut panjang.
Namun apabila sekali lagi Guan Eng dikantoikan memandangkan tidak ada sekolah kerajaan di negara ini yang membenarkan pelajar lelakinya berambut panjang, Guan Eng menukar cerita. Di dalam akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pula, Guan Eng berkata, dia terpaksa memindahkan anaknya dari SJKC Heng Ee kerana bimbang dengan sindiket dan penagihan dadah di sekolah tersebut.
Dua alasan yang sama sekali berbeza dan dua alasan yang sama sekali bertentangan antara satu sama lain. Sekaligus membenarkan tuduhan bahawa kes tersebut benar-benar berlaku dan menyebabkan ketua Dinasti Lim DAP meracau dan meroyan sakan sehingga perlu mengerahkan bala tentera cybertrooper mereka memenuhi ruang blogsphere pasukan pro-kerajaan.
Namun melihat kepada serangan yang dibuat, ternyat moral cybertrooper DAP berada dalam keadaan yang sagar rendah. Apa yang mereka boleh lakukan, hanyalah mempersoalkan gambar 'mangsa' dengan maki hamun serta cercaan yang amat memalukan. Membaca tulisan dan serangan mereka, sudah cukup untuk memberitahu, penguasaan Bahasa Melayu dan pemahaman Bahasa Kebangsaan itu dalam bentuk tulisan amat menyedihkan.
Dengan lain perkataan, lain yang ditulis, lain yang mereka faham!
Bagaimanapun, sesuatu yang paling menarik ialah apabila DAP terutama sekali Dinasti Lim dan konco-konco mereka memperkatakan tentang kejijikan politik dengan menggunakan kanak-kanak sekolah. Dalam hal ini sudah tentulah merujuk kepada anak dan cucu Lim. Namun sedar atau tidak, tidak lama dahulu, Lim Guan Eng pusing satu Malaysia untuk memperdagangkan cerita tentang seorang gadis remaja Melayu yang dikatakannya sebagai mangsa Rahim Thamby Chik  yang pada ketika itu merupakan Ketua Menteri Melaka.
Pada ketika itu, tidak muncul langsung cerita tentang kejijikan politik sebegitu rupa. Bahkan apabila Pakatan menggunakan anak Najib-Rosmah, bahkan Rosmah sendiri, meskipun kedua-duanya tidak terlibat dalam politik negara, tidak sepatah atau sekelumit pun cercaan daripada para pengikut mereka. Sebaliknya cybertrooper DAP dan Pakatan tambah memarakkan lagi kebencian terhadap Rosmah dan anaknya.
Anehnya, apabila terkena ke batang hidung sendiri, Lim sekeluarga melenting. Kalau mereka yang lakukan, mereka akan halalkan perbuatan berkenaan, tetapi apabila pendedahan dibuat melibatkan ahli keluarga mereka, cepat-cepat pula mereka cuba mempamerkan betapa hebatnya mereka dalam bab moraliti!
Sebenarnya tidak seharusnya simpati diberikan kepada keluarga Lim. Apa yang berlaku sekarang merupakan KARMA kepada perbuatan Lim Guan Eng yang telah memalukan orang lain, walaupun dia telah dihukum penjara sebelum ini kerana fitnah tersebut.







__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment