08 November 2011

Help Palestine [hidayahnet] Desak pemaju UOA pulih kembali lif yang rosak- Nurul Izzah

 

IMG_5720 : Izzah mengiringi OKU  ke lif

IMG_5727 : Izzah kanan bersama  penduduk menunjukkan 2 lif yang rosak

IMG_5740 : Abd Majid, Pengerusi penduduk pangsapuri


Lembah Pantai : Kira-kira seramai  2000 penduduk pangsapuri P20 Lembah Pantai berhadapan dengan masalah kerosakan lif apabila pihak pemaju  tidak ambil tindakan sewajarnya walaupun telah kerap dibuat aduan oleh penduduk.

Di fahamkan oleh Abd Majid, Pengerusi  Penduduk pansapuri disitu bahawa  lif tersebut mempunyai empat buah lif tetapi kini hanya dua buah lif sahaja yang berfungsi.

Abd Majjid berkata, lif tersebut yang mengalami kerosakan semenjak dua tahun yang lalu memberi kesukaran kepada semua penduduk disini lebih-lebih lagi apabila tiba masa kemuncak iaitu pada jam 7 pagi sehingga  6 petang.

"Kami penduduk   disini setiap hari berhadapan dengan penggunaan lif. Semua  penduduk berebut menggunakan lif untuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Kadang-kadang untuk kejarkan masa ada diantara penduduk terpaksa menggunakan tangga".

Bayangkanlah pangsapuri kami mempunyai  15 tingkat menggunakan tangga untuk  pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Lebih kesian lagi apabila kaum ibu terutamanya yang tua dan mengandung terpaksa menggunakan tangga yang sudah pasti memberi kemudaratan pada mereka.

Kita bimbang jika pihak pemaju terus berdiam diri dan  tidak ambil tindakan segera akan berlakunya insiden kepada kaum ibu  dan kanak-kanak disini terutamanya apabila menggunakan tangga setiap hari. Pernah terjadi apabila seorang ibu yang sarat mengandung mengunakan tangga beliau terjatuh sehingga menjejaskan kandungannya, kata Abd Majid kepada media.

Ujarnya lagi,  sebagai Pengerusi  Pangsapuri disini saya  bertanggungjawab mengatasi isu yang berbangkit dengan membuat surat aduan kepada pihak pemaju  terdahulu Aquan Sdn Bhd kemudian di ambil alih oleh UOA.

Walaupun bersilih ganti pemaju namun ianya tidak membawa perubahan dan masih ditakuk yang lama juga. Bayaran penyelenggaraan dibayar setiap bulan oleh penduduk namun tidak diambil tindakan sewajarnya yang  boleh memberi kepuasan kepada penduduk disini.  

Saya juga pernah bertemu dengan pihak pemaju UOA  apabila banyak aduan dibuat tidak diambil tindakan. Apabila  bertemu dan dibuat desakan,  mereka baru datang untuk lihat kerosakan lif tersebut tetapi tindakan mereka ibarat seperti batuk ditangga dan tidak memberi kepuasan kepada semua penduduk. 

Apabila ditanya kepada pihak pemaju mengapa tiada tindakan dibuat? Mereka menyatakan bahawa kos penyelenggaraan lif tidak mengcukupi. Kami benar-benar tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak pemaju.

Justeru itu,  untuk atasi kemelut masalah ini, saya akan minta khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk buat desakan keatas pemaju agar masalah yang kami hadapai selama dua tahun di atasi dengan segera,   kata Majid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar  ketika  turun padang di kawasan itu pula berkata,  terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk disini antaranya  Jalan masuk depan Pangsapuri ini yang dahulu boleh memberi kehilangan nyawa kepada penduduk disini. Berbagai rungutan kita terima dan tindakan sewajarnya telah kita ambil dengan memberi surat kepada pihak pemaju.  

Selain daripada itu, masalah kerosakan lif masih tidak diambil perhatian oleh pihak Pemaju UOA.  UOA seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di kawasan ini kerana ia bawah tanggungjawab pemaju, kata Izzah.

Beliau bekata lagi,  dalam masa yang sama juga saya juga di fahamkan oleh pemaju UOA tindakan penyelenggaran tidak diambil di sebabkan terdapat segelintir penduduk disini tidak membayar duit maintenance/penyelenggaraan.

Justeru itu, saya harap penduduk yang masih tidak membayar penyelenggaran mungkin disebabkan tidak puashati dengan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pemaju seharusnya memberi kerjasama dengan pemaju agar dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Pihak pemaju juga seharusnya menyelesaikan masalah  ini sebaiknya walaupun tidak dapat melakukan kesemua namun hendaklah diatasi secara sedikit demi sedikit setiap masalah yang timbul dan tidak seharusnya mereka lepas tangan.  

Insya-Allah   dalam masa terdekat ini, saya akan beri surat  desakan kepada pihak pemaju untuk tindakan segera bagi mengatasi masalah kerosakan lif.

Saya harap mereka dapat memberi kerjasama dengan penduduk lebih-lebih lagi untuk menjaga kesalamatan penduduk disini khususnya golongan kurang upaya (OKU), wanita dan kanak-kanak   , kata Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan.
 
 
Editor : Khaulah Azwar  
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment