15 August 2011

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Seramai 210 Belia menyertai Kejohanan Badminton peringkat Daerah Gombak

 

 
 
IMG_3195 : Tengarajan A/l  Manikam
 
IMG_3197 :  Edwin Lai




Gombak : Menjadi sejarah Gombak apabila Belia Kawasan Gombak Berjaya mengadakan Kejohanan Badminton Regu yang telah Berjaya mengumpulkan 105 regu yang melibatkan 210 orang. Kejohanan badminton regu anjuran PeBT Zon 8 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Jawatankuasa Penduduk Zon 8 MPS.

Pertandingan ini turut menawarkan hadiah kepada pasangan regu loser pool dan regu jemputan dengan menerima hadiah kejohanan bernilai RM4000.00 dan Piala.

Pegerusi PeBT8 MPS Wee Fwen Szuh berkata, "kejohanan badminton yang diadakan kali ini benar-benar diluar jangkaan kita kerana ianya Berjaya mengumpul seramai 210 orang belia yang sekaligus mencatat penyertaan kejohanan badminton terbanyak dalam sejarah di kawasan Daerah Gombak".

Menurutnya, sambutan di luar jangkaan ini pasti akan memberi perangsang kepada penganjur untuk mengadakan kejohanan yang lebih besar pada tahun hadapan. Walaupun anjuran ini dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak, namun ianya tidak dijadikan sempadan kepada mana-mana parti untuk turut bersama menyertai sukan ini.

"Saya percaya kejohanan ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi semua peminat badminton di Gombak kerana ramai juga dikalangan wanita (beliawanis) bertanyakan hal ini. Mereka juga sarankan kepada kita untuk adakan kejohanan badminton untuk golongan wanita. Kita akan usahakan adakan pertandingan ini untuk mereka pada tahun hadapan. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Azmin Ali, Datuk Hasan Mohamed Ali dan Amiruddin Shari yang turut memberi sumbangan dan dorangan kepada semua belia untuk mengadakan aktiviti belia", katanya ketika ditemubual oleh media selepas perlawanan diadakan di Wisma Philomath, Batu Caves baru-baru ini.

Wee Fwen Szuh yang juga merupakan Pengarah Kejohanan Badminton mengulas, "pasangan regu Mohd Firdaus dan Ahman Kazman telah terkandas untuk mengejar juara apabila terpaksa menarik diri, ini sekaligus memberi peluang percuma kepada pasangan regu On Soon Keoh dan Tan K.Y mengejar kejuaraan pada kejohanan Amatur Badminton Terbuka Gombak Edisi ke 3.

Tawaran yang diberikan oleh pihak penganjur bagi Juara kejohanan membawa pulang wang tunai RM800, Medal manakala Naib Juara sebanyak RM500 bersama Medal.

Manakala bagi pasangan looser pool dan regu jemputan dengan memperolehi wang tunai bernilai RM4000 telah dimenangi oleh pasangan Mohd Sofi dan Edwin Lai yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM200, manakala naib juara pula dimenangi oleh pasangan Mohd Khairul dan Zulhilmi membawa pulang wang RM100.

Bagi regu jemputan dimenangi pasangan daripada Akhbar Sinar Harian yang diwakili Ketua Pengarangnya Norden Ahmad yang berganding bahu bersama wartawan Sinar Lembah Klang, Mohd Syairi Mohamad Shaari. Mereka Berjaya mengalahkan psangan daripada wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari dan Faizal Ismail.

Turut serta dalam kejohanan tersebut adalah pasukan daripada MPS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak.
Tengarajan A/l Manikam , 26thn berkata, "Pertandingan ini perlu diadakan setiap tahun. Dengan pertemuan sebegini kita dapat mengenal berbagai bangsa walaupun berlainan parti. Selain daripada itu tawaran yang diberikan sekaligus membuat semua peserta bertungkus lumus merebut piala dan wang tunai yang ditawarkan oleh pihak penganjur.

Persaingan sihat ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan tidak pernah dilakukan semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Tahniah kepada semua pihak penganjur dan Ahli Parlimen Gombak, ADUN Gombak Setia dan ADUN Batu Caves yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap perlawanan ini".

Edwin Lai yang telah memenangi pertandingan looser pool pula berkata, "sangat gembira mengikuti pertandingan ini. Terdapat berbagai bangsa turut hadir untuk menyertai dan memberi sokongan padu kepada semua pemain.

Dengan pertandingan yang diadakan memberi peluang kepada semua pemain menunjukkan bakat mereka dan berkongsi "skill" permainan. Sokongan yang diberikan oleh ketiga-tiga pimpinan PR Gombak kepada belia dirasakan satu pengahargaan pada kami yang begitu sukar dilakukan oleh kerajaan terdahulu".

Sementara itu, Amiruddin yang telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang mengucapkan syabas dan mengaharapkan semua belia akan teruskan aktiviti yang bermanfaat bagi membendung gejala sosial. Tidak seharusnya belia di kawasan Gombak meletakkan jurang parti untuk bersama menjayakan sukan ini.
Kita juga tidak bersetuju jika UMNO-BN sering mengatakan pihak mereka begitu sukar untuk adakan aktiviti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). Pandangan negatif ini seharusnya di lupuskan dalam kotak pemikiran mereka yang kolot.

PR tidak pernah mengenepikan sebarang tawaran daripada UMNO-BN untuk berganding bahu dalam aktiviti sukan atau kemasyarakatan. Cuma kita sukar bekerjasama dengan mereka melalui pentadbiran Negeri yang dibawa oleh UMNO-BN yang jelas terbukti banyak menyusahkan rakyat. Jurang ideologi politik ini lah yang membezakan antara UMNO-BN dan PR.

Saya juga berpendapat dengan adanya aktiviti seperti ini kita dapat merapatkan ukhwah dan meluaskan pandangan dalam apa juga bidang untuk mentadbir Negara dengan tulus dan berkebajikan. Selain daripada itu ianya melahirkan genarasi yang sihat, bertamaduan dan beribawa untuk mentadbir negara akan datang.

Justeru itu, kita harap UMNO-BN tidak meletakkan sebarang sekatan untuk belia melibatkan aktiviti sukan. Pertandingan ini seharusnya diadakan dengan sihat dan terbuka kepada semua parti, kata Amir dalam ucapan penutup Kejohanan Badminton edisi 3.

Editor : khaulah azwar

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE
A good Credit Score is 720, find yours & what impacts it at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment