Salam
From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Menghukum neraka kepada orang lain
Yang menghukum neraka HANYALAH Allah SWT..
Kita hanya disuruh memperingatkan sahaja...
[87.9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[87.10] Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[87.11] Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[87.12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[87.13] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[87.14] Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[87.15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[87.16] (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
WAllahua3lam

Wassalam
Hizamri
From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Menghukum neraka kepada orang lain
Bismillahirrahmanirrahim
Nak kongsi satu tazkirah yang aku dengar tentang sikap kita yang suka menghukum orang berdosa dengan balasan neraka.
Ada satu soalan dari hamba Allah kepada ustaz tersebut dan jawapan yang diberikan menarik perhatian si penulis:
Hamba Allah tu bertanya "Bagaimana nasib sahabat saya yang selalu buat dosa seperti minum arak, berzina dan sentiasa melakukan dosa. Adakah mereka akan masuk ke neraka?"
Ustaz tersebut menjawab "Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu nasib saya sama ada ke neraka atau syurga. Apatah lagi nak menentukan syurga dan neraka untuk orang lain. Syariat Islam bertujuan bentuk dan bimbing manusia. Tetapi kita semua tidak berhak tentukan syurga & neraka kepada manusia hanya melihat amalan atau dosa mereka kerana ia milik mutlak Allah. Pada zaman Rasulullah ramai orang yang melakukan dosa besar sepanjang hayatnya dan sebelum mati memeluk Islam dan masuk syurga walau tak pernah beribadah. Rahmat Allah yang tentukan kita ke mana kelak.
Tapi kalau tanya saya, perbuatannya itu dari Al Quran & Sunnah menunjukkan beliau menuju ke jalan yang salah. Tetapi rahmat Allah sangat luas. Kita tidak tahu nasib kita atau mereka bila mati nanti. Tugas kita seru kebaikan dan cegah kemungkaran. Tetapi jangan sesekali menghukum neraka kepada orang lain. Itu kerja Allah dan bukan kerja kita sebagai hamba."
Menarik jawapan tersebut. Semoga semua dapat manfaat dan pengajaran darinya.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment