Untuk mencapai potensi sebenar anda, bebaskan minda anda dari sangkar yang mengandungi pemikiran negatif dan tidak berfaedah. Anda harus cuba untuk menjauhi diri anda daripada perkara-perkara yang menakutkan dan yang menghalang diri anda daripada mencapai potensi anda. Setiap manusia dilahirkan dengan ruang untuk membina dan membentuk. Manusia mampu untuk mempelajari kemahiran yang baru jika dia mahu. Oleh itu, mengapakah ada antara kita yang masih belum mencapai matlamat kita walaupun umur sudah bertambah lanjut?
Jika diperhatikan dengan teliti, jawapannya mungkin terdapat dalam perasaan takut seseorang dan keadaan negatif minda mereka. Perasaan takut dan pemikiran yang negatif berupaya untuk mengubah pandangan seseorang kepada apa-apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Keadaan ini juga meletakkan batasan kepada apa-apa yang mampu dicapai oleh orang itu. Malangnya, ini semua tidak perlu berlaku kerana telah banyak merugikan kita.
Perasaan takut dan pemikiran yang negatif ialah halangan mental (mental block) yang menghalang anda daripada mencapai potensi anda sepenuhnya. Hal ini menutup jalan-jalan yang dapat membawa kepada pembinaan dan pembesaran mental anda. Keadaan ini menghalang manusia daripada mencapai sebaik-baiknya potensi diri dalam kehidupan seharian mereka.
Salah satu halangan mental serius yang dihadapi oleh kebanyakan manusia di dunia ini ialah perasaan takut akan kegagalan. Perasaan ini terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan tahap. Jika anda mentafsirkan kegagalan untuk melakukan sesuatu itu sebagai tanda kekurangan dan kelemahan peribadi, sudah tentu perjalanan hidup anda akan sentiasa dihalang atau ditutup dengan perasaan takut. Anda akan berasa segan dan berat hati untuk mengambil sebarang risiko apabila hendak melakukan sesuatu. Anda akan berasa kurang yakin untuk menerima cabaran baru jika anda mempunyai kemusykilan tentang kebolehan diri anda. Hidup anda akan sentiasa dipenuhi dengan keraguan dan kecurigaan.
Sebagai satu ikhtiar lain, cuba hapuskan pemikiran negatif yang selalu bermain dalam fikiran anda. Ajarlah diri anda untuk menerima kegagalan sebagai satu cara untuk membaiki apa-apa yang kurang dan lemah dalam diri anda. Jadikanlah kegagalan sebagai satu peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Jangan mudah berputus asa. Ingat, hidup kita ini akan dilanda oleh kegagalan dari semasa ke semasa.
Jangan biarkan kegagalan melemahkan semangat anda. Sebaliknya, jadikan kegagalan sebagai satu tapak untuk anda melangkah maju ke hadapan. Setiap orang akan mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Orang yang paling berjaya dalam hidup mereka ialah orang yang mendapat pengajaran daripada kegagalan mereka.
Artikel di atas dipetik daripada buku MENILAI POTENSI ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawat www.books.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS BOOKS. Kami mengharapkan sokongan anda untuk menjadikan kami ‘Friend’ anda. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment