02 January 2013

Help Palestine [hidayahnet] Tanah di Rembau kini RM 1 juta seekar

 


Jika dulu pertanian adalah perniagaan. Tanah adat di Rembau dulunya adalah tanah sawah dan tanah kampung. Kini pertanian bukan lagi perniagaan. Kini tanah adalah pertanian. Bayangkan di Rembau sekarang ini harga rumah teres yang sekangkang kera pun mencecah RM250,000.  Berapa ramai anak Rembau yang bekerja kampung, bekerja sebagai penoreh getah, bekerja sebagai pemanjat petai boleh memiliki rumah di Rembau pada ketika ini.
 
Tidak hairanlah pada ketika ini tanah di Rembau telah mencecah RM1 juta seekar sekiranya ditukar status dari tanah adat ke tanah perumahan. Tukar status saja, tanah adat yang bernilai RM40,000 seekar boleh naik sehingga RM1,000,000 seekar.
 
Jadi ungkapan pertanian adalah perniagaan adalah tidak sesuai lagi di Rembau. Tanah adalah perniagaan dengan syarat tanah adat di tukar status ke tanah komersial dan sebagainya.
 
Di sinilah peranan Dato Lembaga Adat perlu memikirkan bagaimana untuk membangunkan tanah adat ini yang boleh mendatangkan hasil kepada anak-anak Rembau sendiri di kalangan 12 suku yang ada di Rembau.
 
Apakah kita sebagai anak Rembau rela orang luar mengambil tanah adat kita pada harga yang begitu murah dan kemudian dijual semula kepada orang luar dengan harga yang begitu mahal sehinggakan anak Rembau sendiri terpinggir?
 
Kita ada banyak tanah adat bukan di tengah hutan belantara, tapi di tepi jalan utama. Takkan kita tak boleh berbincang sesama kita satu suku, satu buapak, satu perut untuk menyelesaikan tanah adat kita?
 
Kerajaan negeri pula perlu menyokong sebarang usaha untuk membangunkan tanah adat untuk dijadikan tanah perumahan untuk anak Rembau. Jika kerajaan sekarang tidak dapat melakukannya, kita desak kerajaan lain yang melakukannya.
 
PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN
 
REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.
 
Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.
 
Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.
 
Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment