13 January 2013

Help Palestine [hidayahnet] Himpunan HKR112 Rakyat Puas Hati Tiada Keganasan Berlaku

 


Captue foto: 

1139 : Mohd Rizal Ghazali, walaupun OKU dalam dirinya mempunyai semangat juang yang tinggi

1058 : Nurul izzah berucap depan masjid Ar-rahman, UM

1250 : Suasana Himpunan di Stadium Merdeka

1142 :Mark Leow, harap semua pihak berwajib bebas daripada kerajaan UMNO


Berita oleh : Khaulah Azwar

KUALA LUMPUR 12 Jan : Rakyat Malaysia yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR12) rata-rata rasa berpuas hati apabila tiada sebarang kecederaan, gangguan diberikan oleh pihak Polis, FRU dan badan-badan berkuasa.
Rakyat tidak jemu berhimpun tuntut Pilihanraya Bersih dll
Himpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, dan lancar apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya.
Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Saya berharap kerjasama ini harus diberikan setiap masa dalam mendengar suara hati rakyat,  kata  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang hadir dalam  HKR112.
Menurut Nurul Izzah, dianggarkan kira-kira  lebih 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.
Hak mahasiswa perlu diberi
Perarakan peserta yang bermula seawal 9 pagi daripada KLCC, Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.
Antara tuntutan HKR adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

Seorang peserta OKU, Mohd Rizal Ghazali, berkata tujuan hadir ke Himpunan HKR112 untuk membuat perubahan kerajaan yang selama ini ditadbir oleh Kerajaan UMNO yang tidak tulus.
Mohd Rizal Ghazali OKU tidak menghalang utk berjuang
Kebajikan rakyat tidak terjaga tetapi apabila adanya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjaga kebajikan rakyat mereka (UMNO) baru sedar dan mereka berusaha untuk buat apa sahaja untuk merampas negeri-negeri yang di urus (PR). Namun saya yakin rakyat akan terus kuburkan UMNO pada PRU13 nanti, insya-Allah. 
Saya juga menyeru kepada generasi muda, mereka buat perubahan dengan memikir masa depan negara dan masa depan anak-anak akan datang jika mereka memberi undi pada UMNO yang tidak menguntungkan ini terus memberi kerugian besar dan negara diambang kemusnahan, kata Mohd Rizal. 
Kannapati a/l Ramasamy,  "kita harap kerajaan Pusat yang di uruskan oleh Perdana Menteri (Datuk Sri Najib) buka mata untuk mendengar suara rakyat yang sentiasa mengharapkan perjalanan hari pengundian PRU13 adalah bersih bebas daripada penipuan". 
"Jika hari ini kita sudah nampak Himpunan HKR112 telah dihadiri lebih "turget" oleh pihak penganjur ini bermakna PRU13 memberi sinar baru kepada kerajaan PR dan UMNO harus terima hakikat rakyat telah menolak  mereka. Maka saya yakin PRU13 semua negeri akan di uruskan oleh kerajaan PR. Jika UMNO menang itu tandanya ada penipuan dalam hari pengundian". 
Mark Leow, harap semua pihak berwajib bebas daripada kerajaan UMNO
Mark Leow, saya rasa berpuas hati dengan himpunan kali ini yang tidak berlaku sebarang provokasi. Polis, FRU, DBKL dan semua badan berwajib  yang telah memberi kerjasama dengan Unit Amal Malaysia dan petugas-petugas NGO. Jika  mereka memberi kerjasama sebelum ini alangkah baiknya dan tidaklah menconteng imej Malaysia.  
Katanya lagi, Namun saya berpendapat dengan tidak berlaku provokasi adalah untuk membutakan hati rakyat bahawa kerajaan UMNO, polis tidak seganas seperti yang digambarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR). 
Mereka ingin beritahu kepada rakyat polis dan pihak berkuasa adalah bersih, tetapi semua kerja jahat mereka telah kita ketahui dengan mendapat arahan daripada kerajaan UMNO. Mereka telah menjadi kuda tunggangan UMNO.  

Akan datang saya harap polis, FRU dan semua pihak berwajib tidak akan di pergunakan oleh kerajaan Pusat. Mereka seharusnya menjalankan tugas mereka dengan amanah. Tahniah juga kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang hadir ke Himpunan ini. 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment