27 January 2013

Help Palestine [hidayahnet] Tunku Zain Tuanku Muhriz, ikon demokrasi anak muda N.Sembilan

 


Sepanjang perkenalan saya dengan Tunku Zain Al'Abidin Tuanku Muhriz melalui laman maya dan tulisan beliau dalam akhbar berbahasa Inggeris serta laman web IDEAS, Tunku Zain sentiasa mengutarakan pandangan yang bernas mengenai demokrasi serta mengambil beberapa contoh dan perbandingan demokrasi yang diamalkan di negara barat serta demokrasi yang diamalkan dalam sistem Adat Perpatih yang menjadi rujukan negara barat.

Tunku Zain tidak pernah sepengetahuan saya menulis untuk menyokong mana-mana parti, atau mana-mana pemimpin parti. Tunku Zain adalah merupakan Presiden dan pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Institute of Democracy and Economic Affairs – IDEAS).

Saya menyarankan pemimpin politik serta ahli politik baik dari BN atau Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan agar meneliti tulisan beliau di laman web IDEAS di http://ideas.org.my

Saya juga menyarankan agar calon yang akan bertanding dalam DUN atau Parlimen di N.Sembilan baik dari UMNO, PAS, PKR, DAP, MIC dan MCA perlu mahir dalam sistem Adat Perpatih sepertimana Undang Rembau yang ke 18 dahulu iaitu Dato Abdullah bin Hj Dahan yang tegas meletakkan syarat bahawa Residen Inggeris, Pegawai Daerah Rembau serta kakitangan kerajaan di Rembau perlu mahir selok belok Adat Perpatih, jika tidak mereka tidak akan diambil bekerja.

DAP akui ada 'lamar' Tunku Zain, bidas Tunku Aziz tidak beretika
Sinar Harian
27 Januari 2013

SHAH ALAM – Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kepada umum yang beliau pernah diminta Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke agar memujuk Tunku Zain Al'Abidin Tuanku Muhriz menyertai parti itu disifatkan sebagai tidak berintegriti dan beretika.

Loke yang juga Setiuasaha Pengelola DAP berkata, tindakan Tunku Abdul Aziz itu tidak menghormati perbincangan yang bersifat peribadi dan sepatutnya ia tidak diungkit balik demi menghormati status Tunku Zain Al'Abidin.

"Saya amat kesal dengan tindakan beliau (Tunku Abdul Aziz). Perkara itu dinyatakan dalam satu perjumpaan yang tidak formal dan tertutup, sepatutnya ia bersifat peribadi. Jadi mengapa perlu nak hebah-hebahkan?

"Sepatutnya beliau perlu menghormati privasi individu tersebut kerana baginda yang dikaitkan itu bukannya orang biasa, sebaliknya orang bangsawan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, dalam satu ceramah di Seremban, Tunku Abdul Aziz mendakwa Loke pernah meminta beliau untuk memujuk Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin hadir untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.

"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.

"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya.

Tunku Abdul Aziz juga berkata, sebaik hasrat DAP itu disampaikan kepada Tunku Zain Al-'Abidin, baginda menolak permintaan itu.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai 'pelawaan' DAP itu, Loke enggan mengulas lanjut.

Namun katanya, DAP hanya mahu menggalakkan golongan cerdik pandai menyertai DAP.
Katanya, Tunku Zain Al-'Abidin dilihat sebagai seorang yang cerdik pandai, aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai kolumnisnya sendiri serta banyak bagi syarahan.

"Kami (DAP) tidak melanggar mana-mana undang-undang pun dan ini menunjukkan keterbukaan DAP.

"Malah, ramai anak raja menyertai politik. Kalau kita lihat, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan seorang anak raja. Baginda juga menyertai politik (Umno)," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Tunku Abdul Aziz, Loke berkata, "apa tindakan nak ambil? Kalau ia berunsur fitnah, DAP tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan."
Sementara itu, Loke turut mendakwa, kenyataan Tunku Abdul Aziz 'separuh benar' kerana ada yang diputar belit dan seolah-olah terdesak untuk curi perhatian.

"Dulu beliau kata DAP bersifat cauvanis Cina dan apabila DAP mahu menarik orang Melayu sertai DAP, beliau kata ada agenda pula.

"Rasanya Tunku Abdul Aziz sudah keliru dengan kenyataannnya sendiri. Saya cuma harap beliau jaga etika dirinya sendiri dan menghormati privasi Tunku Zain.

"Jika tidak, beliau hanya akan merosakkan imej beliau sendiri," tegas beliau lagi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment