SEMINAR 'RASULULLAH NEGARAWAN ULUNG'
Tarikh
SABTU, 26 JANUARI 2013 / 14 RABIUL AWWAL 1434
Tempat
DEWAN SEMINAR,
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
SHAH ALAM
Anjuran
PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR (PUMSEL)
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MSSAAS)
PENGENALAN
Pada setiap tahun, majoriti umat Islam sedunia menyambut hari Maulidur-Rasul sebagai memperingati kelahiran manusia istimewa yang mengembangkan risalah Allah bagi kesejahteraan umat manusia dan alam seluruhnya. Saban tahun, pelbagai acara diadakan bagi memperingati perjuangan baginda nabi SAW. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu Nusantara, sambutan bermula sejak 1 Rabiul Awal dimulai dengan membaca nazam dan atsar Barzanji yang mengandungi bait-bait kisah kehidupan Rasulullah sehinggalah pada malam 12 Rabiul Awal yang selalunya akan diakhiri dengan ceramah.
Sesungguhnya, Baginda SAW bukan sekadar seorang manusia yang menjalani kehidupan biasa sebagaimana orang lain, tetapi baginda SAW telah mencetuskan fenomena ketamadunan bermula dengan pemurnian aqidah tauhid dalam period Mekah hinggalah kepada penyusunan masyarakat madani semasa period Madinah. Sehubungan dengan itu, baginda bukan sekadar seorang Nabi yang terutus bahkan seorang negarawan ulung yang berjaya menggagas dan mengasaskan tapak sebuah empayar yang akhirnya menguasai 2/3 dunia.
Ketika mana negara kita amnya, dan negeri Selangor Darul Ehsan khasnya dalam usaha membangunkan sebuah negara bangsa dalam real politik semasa, pada kesempatan bulan Maulud ini merupakan saat yang terbaik bagi kita meninjau kembali sirah perjuangan dan tinggalan sunnah baginda dalam membentuk sebuah negara "Baldatun Tayyibah wa Rabbun Ghafur" yang terbaik pernah dilahirkan dalam sejarah manusia.
Sehubungan dengan ini, Persatuan Ulama Cawangan Selangor [PUMS] berhasrat untuk mengadakan program Seminar "Rasulullah Negarawan Ulung : Teladan Sirah dan Sunnah dalam Pembentukan Negara Unggul". Program ini dirancang dengan hasrat untuk mengupas dan membicarakan bagaimana Rasulullah SAW sebagai Negarawan Ulung yang tidak terbanding menggagaskan sebuah negara yang boleh menjadi contoh ikutan sepanjang zaman sebagai panduan bagi memberikan jalan keluar kepada kemelut siasah semasa. Bukankah sebagai umat Islam disamping kita memperingati kelahiran dan sirah perjuangan baginda, yang paling utama ialah meneladani sunnahnya kerana ia merupakan salah satu permata berharga tinggalannya untuk diikuti agar tidak sesat selain Al-Quran.
OBJEKTIF
1. Melonjak paradigma masyarakat dalam memperingati Maulidur-Rasul dengan mengoptimumkan manfaat sirah dan sunnah daripada Rasulullah SAW bagi membentuk negara Malaysia yang lebih terarah dan terpandu.
2. Membuka minda dan kefahaman masyarakat tentang konsep kenegaraan dalam ajaran Islam sebagaimana yang pernah digagaskan oleh Rasulullah.
3. Memperkasa jati diri ummah untuk mendaulatkan kembali negara sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah.
4. Memotivasikan ummah untuk lebih mencintai Rasulullah sebagai negarawan ulung.
5. Melahirkan masyarakat celik agama, komited dan konsisten dalam melaksanakan semua ajaran agama mengikut landasan al-Quran dan al-Sunnah.
PENYERTAAN
Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, para ulama', intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidik, pertubuhan-pertubuhan Islam, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi pengajian tinggi serta orang perseorangan.
ATUCARA
08.00 pg Pendaftaran Peserta
09.00 pg Ucapan Aluan dan Perasmian
09.20 pg Ucap Utama
Negara Rasulullah : Sebaik-baik Negara Sepanjang Zaman
Oleh: Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz
Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10.00 pg Sesi 1
Perlembagaan Negara Rasulullah dan Realiti Hari Ini
Oleh: Ust. Mohamad Zamri Mohamed Shapik
Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pengurusan Undang-undang, ILIM
Pengurusan Ekonomi Negara Rasulullah: Iktibar Untuk Ummah
Oleh: Ust. Mohd Fadhli bin Faudzi
Pengarah dan Pengasas MyTijarah Resources
11.20 pg Sesi 2
Sistem Politik Negara Rasulullah: Satu Tinjauan Kontemporari
Oleh: Ust. Rumaizi bin Ahmad
Timbalan Pengerusi, Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
Negara Rasulullah Negara Berkebajikan: Teras Keadilan Sosial
Oleh: Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
12.40 tgh Makan Tengahari / Solat
2.30 ptg Forum : Negara Rasulullah, Negara Idaman
Panel : - Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
- Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
- Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
4.30 ptg Minum Petang / Bersurai
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
Seminar ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.
Yuran Penyertaan (Seorang) :
Agensi Kerajaan, Swasta, NGO = RM 100
Individu/ Perseorangan = RM 50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 10
Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada 25 Januari 2013 dengan menghubungi:
Sdra. Azmi : 016-274 6550
Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email : pumselangor@yahoo.com
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment