12 January 2013

Help Palestine [hidayahnet] Masjid tak perlu letak tabung lagi dah

 


Yang ini bukan wang tabung masjid dicuri, tapi dengan tabung, rantai dan mangga sekali dikebasnya. Mudah saja untuk mengelakkan duit tabung atau tabung masjid dicuri. Jangan letak tabung masjid atau tabung surau dalam atau luar masjid/surau. Letak sahaja notis kepada sesiapa yang ingin menderma masukkan ke akaun bank masjid atau hubungi Bendahari di talian yang diberikan. Surau tempat saya tak pernah ada tabung kecuali diedarkan semasa program. Tapi Alhamdulillah ada saja yang sentiasa hulurkan sumbangan.

Tabung besi masjid lesap
Sinar Harian
12 Januari 2013

BUKIT PAYONG, Terengganu Darul Iman - Jemaah Masjid Kampung Bukit Payong, di sini terperanjat apabila mendapati tabung besi masjid berkenaan lesap dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu disedari Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan, Zakaria Mohamad pagi kelmarin.

Zakaria berkata, dia menyedari kehilangan tabung derma orang ramai itu ketika sampai untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.45 pagi.

"Sebaik sahaja masuk masjid, saya mendapati peti besi bersaiz sekaki pergi yang dirantai pada tiang masjid sudah tiada," katanya.

Menurutnya, suspek bertindak memotong rantai yang mengikat tabung itu pada tiang masjid menggunakan gergaji besi berdasarkan terdapat serpihan gergasi besi yang patah berhampiran.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan tabung itu dipercayai selepas usaha memotong kunci peti itu gagal, kerana terdapat dua kunci dipasang untuk mengelak kecurian.

"Dulu pihak masjid hanya pakai satu kunci sahaja menyebabkan sebanyak empat kali peti berkenaan dipecah oleh pencuri tahun lalu, tetapi baru-baru ini kami ubah suai menggunakan dua kunci.

"Namun apabila kita buat begini, pencuri bertindak melarikan dengan peti sekali," katanya yang kesal.

Beliau tidak pasti jumlah wang tunai hasil derma jemaah yang berada dalam peti itu memandangkan ia sepatutnya dibuka semalam.

Bagaimanapun kebiasaannya kutipan wang di dalam tabung tersebut hanya sekitar RM20 sahaja seminggu.

Katanya, kejadian kecurian kecil-kecilan di kawasan Bukit Payong khususnya sepanjang musim banjir ini amat ketara, menyebabkan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

"Ramai jemaah mengadu kes kecurian banyak berlaku dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi kesejahteraan penduduk," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment