3 Jan 2013 - Negeri Sembilan telah melahirkan ramai tokoh yang berjuang ketika negara berada di dalam zaman penjajah terutamanya Inggeris dan Jepun. Malangnya nama mereka hilang daripada sejarah N.Sembilan di mana tidak ada satu usaha pun yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui agensinya untuk mengumpulkan sejarah mahupun maklumat mengenai pejuang-pejuang anak N.Sembilan yang telah berjuang menentang penjajah sehingga sanggup mengorbankan dirinya.
Bagi menampung kekosongan koleksi tokoh pejuang Negeri Sembilan, kami mengambil inisiatif mengumpulkan beberapa tokoh yang tidak pernah diberi perhatian terutamanya mereka yang mempertahankan tanah air.
Baru-baru ini, kami menerima panggilan telefon di mana kami telah dikejutkan satu maklumat mengenai Kapten Yazid Ahmad. Sahabat kami di Singapura telah menemui dimanakah tugu peringatan yang terpahat nama Kapten Yazid Ahmad.
Siapa dia Kapten Yazid Ahmad?
Kapten Yazid dilahirkan di Kampung Linggi, Negeri Sembilan. Beliau bertugas sebagai guru. Di SITC, beliau telah menganggotai Federated Malay States Volunteers Force.
Ketika Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun, beliau telah ditugaskan untuk mempertahankan Singapura. Kapten Yazid Ahmad telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun.
Beliau bersama-sama 6 orang pegawai Melayu telah diberikan 2 pilihan bagi mengelakkan mereka dibunuh.
Pilihan pertama ialah menyertai tentera Jepun sebagai Pegawai Tentera Jepun manakala pilihan kedua pula ialah tanggal pakaian tentera dan pangkat mereka di mana mereka perlu meninggalkan Singapura yakni pulang ke kampung.
Mereka telah menolak kedua-dua pilihan tersebut bagi mempertahankan maruah mereka sebagai pejuang Tanah Melayu. Oleh kerana kedegilan mereka, tentera Jepun telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semuanya pada awal pagi 28hb Februari 1942.
Diantara yang dibunuh ialah Kapten Raja Aman Shah, Kapten Yazid bin Ahmad, Leftenan Dato' Othman Kering (YTM Undang Naning), Leftenan Ariffin, Leftenan Wahid dan lain-lain bersama tawanan lain.
Demi maruah dan semangat perjuangan, mereka sanggup dibunuh daripada membiarkan diri mereka diinjak-injak oleh tentera Jepun. Menurut maklumat awal, kami dimaklumkan bahawa mereka telah dibunuh di Beduk Hill, Singapura dengan menggunakan Anti-Air Craft Gun.
Kami sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perjuangan mereka untuk tatapan generasi yang akan datang.
Kami tidak pasti apa yang berlaku di Negeri Sembilan. Kadangkala kita hanya syok sendiri dengan apa yang kita lakukan. Apa yang diucapkan tidak sama yang dilakukan. Adakah individu yang bertanggungjawab tidak memahami apa yang perlu dilakukan atau memang tidak tahu apakah tanggungjawab mereka. Selama ini kita hanya memperjuangkan adat tanpa menyedari bahawa banyak lagi aspek sejarah Negeri Sembilan yang boleh ditonjolkan.
Sebagai contoh, setiap tahun ketika menyambut Bulan Kemerdekaan, kita hanya disogokkan dengan pameran komunis. Adakah hanya komunis yang mengancam keselamatan negara kita? Bagaimana dengan pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu?
Negeri Sembilan tidak kurang dari segi tokoh pejuang negara. Tidak ada usaha mencari tokoh yang berjaya di dalam bidang masing-masing dijalankan secara terancang dan teratur.
Apa yang berlaku, kita hanya memperlihatkan tokoh yang sama seperti Pendita Za'ba.
Kita tidak pernah mengkaji secara terperinci mengenai Aminudin Baki. Apakah kaitan beliau dengan Negeri Sembilan? Malah, Kapten Yazid Ahmad, Pendita Za'ba dan Aminudin Baki mempunyai hubungan kekeluargaan yang amat rapat. Tiada siapapun yang menyedarinya.
Jika dilihat dari sudut ketenteraan pula, terdapat 2 orang anak Negeri Sembilan yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan Rejimen Askar Melayu iaitu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad dan Undang Luak Rembau, YTM Dato' Abdullah Dahan.
Kami percaya tidak ramai yang mengetahui sejarah dan peristiwa bagaimana YTM Dato' Abdullah Dahan bersama-sama pembesar Rembau telah melawat negara Jepun bagi mempelajari bagaimana menubuhkan pasukan tentera.
Kami tidak faham bagaimana agensi yang bertanggungjawab menjalankan tugas. Ia seumpama tukul dan pahat. Apabila ditegur, barulah tugas dilaksanakan. Kami tersenyum apabila dimaklumkan pihak berkenaan akan membuat kajian mengenai Sarjan Hassan setelah sekian lama kami mencadangkannya.
Kini semuanya terserah kepada kerajaan negeri bagaimana untuk menengahkan dan mengumpul sejarah tokoh Negeri Sembilan yang pernah berjasa demi anak bangsa mereka dan tanah air.
Kami hanya mampu mengumpulkan maklumat yang ada berdasarkan kemampuan kami. Kami pernah menulis isu ini beberapa kali. Agak malang tidak ada tindakan yang diambil. Mungkin kita terlupa atau terlepas pandang. Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk meletakkannya untuk bacaan bersama.
Butakah kita
oleh Waris Linggi dari laman web Nagari Nan Tuo
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment