17 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] TDM : Part 2 - Serang Hendap Di Ulu Kinta - Sungguh Ironis Sekali

 

TDM : Part 2 - Serang Hendap Di Ulu Kinta - Sungguh Ironis Sekali

Sambungan daripada coretan di sini.

Sebelum tiba di persimpangan dimana trup berpecah kepada 2 kumpulan, Lt Zainal mendapati kesan pergerakan musuh masih baru. Justeru,beliau telah mengarahkan anak buahnya menanam sebahagian rangsum. Ini bagi memudahkan pergerakan mereka mengejar PK.   Kebiasaannya, purata berat 'haversack' anggota komando ialah lebih kurang 30 kg. Beban ini terpulang kepada tempuh sesuatu operasi. Mengambil keluhan seorang mantan komando, seorang operator radio, ketika mendaki bukit, boleh dikatakan dagu hampir mencecah kepala lutut. Dan apabila berehat pula, kebiasaannya mereka tidak sanggup untuk duduk kerana menghadapi masalah untuk berdiri nanti. Jadi, terpaksalah mencari pohon/batang pokok untuk menyandang haversack sambil berdiri! Itu belum mengambil kira set radio yang terpaksa dipikulnya. Dengan pengurangan bebanan dan waktu malam makin menjelang, mereka 'lari anak' menjejaki musuh.

Anjing baka Labrador, Ben, yang bersama dalam kumpulan Lt Zainal, tiba-tiba berhenti dan duduk. Ini bererti Ben telah menghidu kehadiran musuh. Memang tepat sekali beberapa saat kemudian....bang...bang...bang. Mereka dihujani oleh peluru daripada musuh yang berada di atas bukit. Tindakan Ben telah menyelamatkan anggota kumpulan tersebut kerana tidak ramai yang berada dalam zon pembunuhan (killing zone) semasa diserang hendap. Musuh tidak melepaskan peluang untuk menembak anjing pengesan kerana haiwan seperti Ben merupakan sasaran yang mesti dihapuskan. Kewujudan anjing pengesan sangat berbahaya kepada mereka kerana haiwan tersebut dikurniakanNya dengan pancaindera yang boleh mengesan kehadiran musuh. (Gambar hiasan).

Ketika mendapatkan perlindungan di belakang ketulan batu, Lt Zainal telah tercedera di lututnya. Namun demikian, beliau menceritakan 'tembakan musuh telah reda sedikit, dengan dibantu oleh tembakan perlindungan (covering fire) daripada Kpl Zaki, saya terus merangkak ke kedudukan Pbt Amin dan terus mengheret sambil memapah beliau ke tempat selamat. Ketika itu, Tpr Mohd Ali, yang berada di posisi No. 7 semasa roadaan, bergegas ke posisi saya untuk memberi bantuan (rajah 3).


Kpl Zaki memberi tembakan perlindungan

Selepas itu, saya bersama Kpl Zaki telah melakukan 'Frontal Assault' sambil menembak ke arah kedudukan musuh di atas bukit tersebut. Pada masa yang sama, Tpr Mohd Ali telah melakukan 'Flanking Attack' dari arah kiri musuh (rajah 4). 

'Frontal & Flanking' assault

Setelah kehabisan peluru, saya mengisi lagi dengan kelopak kedua dan terus mara sambil melepaskan tembakan ke arah musuh. Apabila saya dan Kpl Zaki sampai ke lokasi musuh di atas bukit kecil, Tpr Ali muncul pada masa sama. Kami dapati TIGA (3) orang PK terbunuh dan yang lain telah melarikan diri meninggalkan 20 beg galas (haversack) berisi pakaian dan makanan serta 2 pucuk senjata bersama sejumlah peluru.'

Di waktu yang sama, mendengar sahaja tembak-menembak itu, kumpulan Lt M Anuwa bergegas ke puncak bukit. Dalam proses memberi bantuan ini, Tpr Abu Kassim telah tercedera di siku akibat ditembak oleh musuh. 

Walaupun pertempuran masih belum reda, Lt Zainal telah memohon bantuan helikopter untuk mengambil 'casevacs'; Pbt Amin yang tercedera di lutut dan banyak kehilangan darah serta Tpr Abu Kassim. Bantuan si burung besi, Nuri, sangat diperlukan bagi menyelamatkan kedua-dua casevac tersebut sementelah hari makin gelap. Sebuah Nuri yang dikendalikan oleh Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU (bersara Brig Jen Dato'), Lt M (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain (ko-pilot) (bersara Mejar) dan arwah Sjn Abd Rahman (Kuatermater Udara) (bersara PW1) telah berlepas dari Kem Tambun ke lokasi pertempuran. Disebabkan waktu sudah hampir malam, Kapt (U) Rahim mengarahkan anggota komando untuk membakar sesuatu bagi mewujudkan asap dan juga menembak pistol 'Verey Light'. Berpandukan asap dan cahaya tembakan pistol berkenaan, kapten pesawat berjaya mengesan lokasi pertempuran. 2 orang casevac dan bangkai Ben telah dinaikkan ke dalam pesawat melalui kaedah winching. Ketika dalam proses winching, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri tetapi tidak membawa sebarang kecelakaan. Hanya keesokan hari, sebuah Nuri telah terbang ke lokasi terbabit untuk membawa 3 mayat musuh dan juga barang-barang peninggalan pengganas komunis.

Bangkai Ben telah dibawa balik ke Pulada dan disemadikan di kubur khusus untuk haiwan yang banyak berjasa kepada negara di era insurgensi. 

Lt Zainal dan trupnya meneruskan pemburuan mereka selama lebih kurang seminggu sebelum dikeluarkan dengan Nuri balik ke Ipoh. Keberanian Lt Zainal berhadapan dengan situasi yang begitu getir diperakui oleh Tpr Mohd Ali bin Ahmad...'beliau (Lt Zainal) turut dan bertindak sebagai ketua trup yang berani dan tangkas sehingga kami berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis'. Sjn Chandan pula memberi komen terhadap kepimpinan Lt Zainal kepada Pegawai Latih beliau di Pulada....'Tuan Zainal Commando, memang berani betul'. 

Pada Mej Zainal pula,  'Kejayaan ini merupakan salah satu fakta sejarah kepada Kor Gerakhas dalam menumpaskan musuh demi pengorbanan kepada tanahair tercinta. Pertempuran ini menjadi kenangan kepada saya sepanjang hayat'.

Arwah Kpl Zaki bin Nordin (bersara Sjn) dan Tpr Mohd Ali bin Ahmad (bersara PW1) telah dianugerah PGB. Lt Zainal Abidin bin Husin (bersara Mej), Ketua No 9 Trup 1 RGK....Hanya KPK. Sungguh ironis sekali!!! Dimana silapnya atau apakah rasionalnya? Hanya pencalon sahaja yang boleh menjawabnya. Wallahualam.

Mejar Zainal Abidin (B)...Terima kasih.

NB:

1. Rujuk: PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia, Penerima S.P. dan P.G.B. JILID 2, bertajuk '9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di Hutan Simpan Kinta',  halaman 26-33, oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. 

Sumber : http://xnuripilot.blogspot.com/2012/10/serang-hendap-di-ulu-kinta-sungguh.html

()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )") Web Rasmi Raudhah Umrahajj Services http://badalhaji.my/
(,,)(")(") Web Upah Haji http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment