08 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] MMB - Mereka Memerlukan Bantuan 22 - Jika Anda Sayang Saudara Islam

 

Salam

Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."

http://rezakahar.wordpress.com/kumpulan-hadist/fathul-baari/bab-iman/07-mencintai-saudaranya-sebagaimana-mencintai-dirinya-sendiri-adalah-sebagian-dari-iman/

(Hadis Abu Hurayrah r.a. riwayat Al-Bukhari dan Muslim) "Setiap tulang daripada manusia, ke atasnya sedekah pada setiap hari tenggelamnya matahari. Merapatkan hubungan antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah, mengangkat orang naik kenderaannya atau mengangkat barang orang tersebut ke atas kenderaannya adalah sedekah, melafazkan kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju ke masjid adalah sedekah, membuang sebarang benda yang menyakitkan di tengah-tengah jalan adalah sedekah".

http://dzulkhairi.wordpress.com/2008/04/18/kelebihan-bersedekah/

Dari Abu Hurairah r.a. :
Nabi SAW., sabdanya :

Ada seorang lelaki berkata, "Aku hendak bersedekah malam ini." Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, "Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi." Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, "Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi." Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, "Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.'

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :"Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri."


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

================================================================================
From: Garfield jassmine <jassmine9996@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Orang minta sedekah, patut ker kita bagi?

Semalam, saya singgah di Masjid UM untuk solat Asar berjemaah. Setelah menanggalkan kasut, saya masuk ke masjid menuju ke tempat mengambil wudhu. Tiba-tiba ada seorang lelaki, berkulit agak gelap, berkumis nipis dan berkupiah datang memberi salam dan mendekati saya.
"Assalamualaikum bang. Nama saya Umar Bin Abdullah. Saya seorang muallaf. Baru masuk Islam. Saya lapar bang. Saya perlukan sedikit duit untuk makan."
Beliau menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.
http://aziachmad.files.wordpress.com/2009/09/ayo-bersedekah2.jpg
"Waalaikumussalam."
Dalam keadaan yang agak terkejut (sebab tiba-tiba saja disapa begitu), saya menjawab salamnya dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.
Saya mendengar luahan hati brother yang menggelarkan dirinya Umar itu beberapa ketika. Dia kata dia betul-betul dalam kesusahan dan kelaparan sekarang. Dia meminta saya memberikannya seringgit dua untuk dia mengalas perut.
Melihat kepada raut wajahnya, dia macam bercakap benar. Tambahan pula, dia kata dia muallaf. Dan dia minta baik-baik dari saya untuk diberikan sedikit wang.
Saya, memang tak boleh tengok orang macam tu. Mudah benar kesian. Kebetulan dalam wallet saya, ada sedikit wang. Jadi, saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanpa berfikir panjang.
"Terima kasih bang. Terima kasih."
Saya lihat wajah beliau jadi ceria dan gembira.Saya lantas, menuju ke tempat wudhu, mengambil wudhu dan terus menuju ke saf untuk solat berjemaah.
Selepas selesai solat dan berdoa, saya pun menuju ke tempat simpanan kasut untuk mengambil kasut saya sebelum beredar pergi dari masjid.
Tiba-tiba ;
"Assalamualaikum. Anak nak balik ke mana ni?"
Seorang pakcik berjanggut putih pula menyapa saya.
"Waalaikumussalam. Saya nak ke PJ, ada urusan sikit.", jawab saya ringkas.
"Sebenarnya pakcik dari Terengganu. Dah lama pakcik musafir. Pakcik nak pergi ke satu pondok untuk belajar agama. Tapi pakcik takde duit untuk beli tiket…"
Pakcik berjanggut putih tu memandang saya dengan penuh makna. Saya faham, beliau mengharapkan sedikit bantuan dari saya.
Melihat kepada perwatakan dan mendengar luahannya saja, membuatkan lidah saya jadi kelu. Tak tahu nak bagi cakap apa lagi dah.
Sambil mengeluarkan sedikit wang dari wallet saya dan menghulurkannya kepada pakcik tersebut, saya berkata ;
"Maaflah pakcik, saya pun tak ada banyak duit. Ini sajalah yang mampu saya tolong."
Setelah itu, saya terus beredar dari masjid. Semasa dalam perjalanan menuju ke PJ, fikiran saya terus mengelamun memikirkan 2 peristiwa yang berlaku di masjid tadi. Macam-macam yang saya fikirkan.
Adakah muallaf dan pakcik berjanggut putih tu betul-betul dalam kesusahan? Atau mereka hanya menipu untuk mengambil kesempatan? Tapi, tak kisahlah itu semua.
Bukan itu persoalannya. Kalau diorang nak tipu pun, itu diorang punya pasal. Tanggungjawab saya ialah, kalau orang datang minta bantuan dengan cara yang baik, dan saya pula memang mampu untuk tolong, maka tiada alasan lagi untuk saya tak tolong mereka. Jadi, saya tolong sajalah. Semoga Allah nilaikan ia sebagai amal baik untuk diri saya. Itu saja yang saya harapkan.
Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik. Atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu.
Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.
Dalam kes saya, walaupun saya hanya bagi sedikit saja wang pada muallaf dan pakcik tua tu. Tapi alhamdulillah, malam tadi, saya lihat rezeki untuk hari semalam meningkat 2 kali ganda.Alhamdulillah.
Bukan sekadar itu, banyak lagi perkara lain (tak perlulah saya ceritakan semuanya) yang saya rasakan, Allah memang berikan nikmat yang lebih kepada saya berbanding hari-hari lain sebelum ini.
Sekali lagi saya ulang, saya cerita ni bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk kebaikan. Tapi saya nakshare pengalaman ini supaya anda semua dapat ambil pengajaran daripadanya.
Mesej saya kali ini cuma satu ;
Kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.
Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.
 
Sesungguhnya terrrrlallu banyak kebaikan dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada anda tanpa diduga nanti. Percayalah…
================================================================================

From: Yusri <yusrih@gmail.com>
Subject: Rayuan Sumbangan DrMujahid Rawa (MP Parit Buntar)

Salam semua.

Semalam saya menghadiri Ceramah israk Mikraj beliau.

Ingin memaklumkan beliau memohon sumbangan bagi membantu Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dalam PROGRAM INFAQ RAMADHAN.

Sumbangan boleh diajukan ke PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR di Akaun BANK ISLAM 080-220-100-50832
No Tel : 019-5779345 / 017-5998069

--
~~~~~~~~~
"Biar rebah merempuh dari tegak bersimpuh"

================================================================================

Kebahagiaan Seorang Suami

By: Muhamad Agus Syafii

Kebahagiaan yang sesungguhnya bagi seorang suami begitu bermakna justru bukan dalam kegembiraan namun disaat keluarganya sedang diuji oleh Allah, Apakah dirinya sanggup melewati ujian itu atau tidak? Kekuatan cinta karena Allah akan mampu melewati semua derita, menanggung beban dalam suka maupun duka, hidup bersama istri dan anak-anaknya. Itulah kebahagiaan bagi seorang suami dengan cintanya yang tulus untuk keluarga. Pernah ada seorang bapak yang diuji oleh Allah. Istri yang dicintainya sedang sakit. bersama putrinya senantiasa menjenguk istri tercintanya yang terbaring diranjang. disekelilingnya ada alat pengukur tekanan nafas dan tabung untuk memeriksa kesehatan. 

Bila sampai dirumah sakit, suami yang setia itu datang menggantikan pakaian istrinya dan menanyakan keadaan istrinya. Selalu saja tidak ada perubahan sama sekali. Kondisi istrinya tetap seperti semula. Tidak ada kemajuan atau perubahan yang membaik. Kesembuhan istrinya seolah tidak bisa diharapkan. Setelah menjenguk dan merawat istrinya, sang bapak dengan putrinya selalu memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kesembuhan. Setelah itu barulah meninggalkan rumah sakit. Beliau hampir setiap hari selalu menjaga, merawat dan mendoakan untuk kesembuhan istrinya.

Meluangkan waktu untuk merawat ditengah kesibukannya yang juga harus bekerja mencari nafkah. Kesediaannya merawat istri yang sedang sakit membutuhkan energi yang sangat besar. Sifat konsistensi untuk menjaga, merawat dan mendoakan istrinya yang sedang sakit sungguh sangat luar biasa. Padahal kondisi istrinya belum pulih. Bahkan ada orang yang menyarankan agar mengunjunginya seminggu sekali aja. Suami setia itu memilih tegar dan bersikukuh untuk menjaga dan merawat istrinya, 'Allah tempat memohon pertolongan.' Ditengah kegelisahan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh ke Rumah Amalia agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya. 

Sampai suatu hari sesaat sebelum dirinya datang, istrinya bergerak dari tempat tidur. Dia merubah posisi tidurnya. Tak lama kemudian istrinya membuka kelopak matanya. dan mencopot alat bantu pernapasan. Ternyata istrinya sudah duduk tegap. Dokterpun datang membantu menolong, meminta perawat mencopot alat-alat bantu dan membersihkan bekas alat bantu ditubuhnya. 'Begitu saya datang, saya terperanjat, jantung saya seolah mau copot. Bagaimana tidak, ditengah saya kehabisan harapan, saya melihat istri saya kembali pulih.' Katanya bapak itu dengan tangis haru bercampur bahagia tidak bisa dibendung lagi. Beliau menangis, memanjatkan puji syukur kehadirat Allah yang telah memberikan kesembuhan total terhadap istrinya. 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.' tuturnya.

-----
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar keluarga kita menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah. "Rabbana hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ qurrata a'yunin waj-'alnâ lil-muttaqîna imâmâ." Artinya, Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Furqan: 74).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

================================================================================

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
 
Facebooking             : e_belang@yahoo.com
Blogging                    : http://pakmod.com
Taman perumahan     : http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.

 
 
================================================================================

From: Uda Firdaus Abd Rahim <udafirdaus@yahoo.com.my>
Subject: [SurauKampung] Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



Kamal Affendi Hashim perlu bantuan kita
Tarikh : Saturday, October 06 @ 09:45:04 UTC
Topik : Hebahan


Siapa yang tak kenal Kamal Affendi Hashim, orang Kg Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sering keluar di kaca TV dalam rancangan pencegahan jenayah. Walaupun beliau tidak merayu untuk dibantu, sebagai rakyat yang prihatin pasti terdetik dengan apa yang ditulis di Blog Mazidul Akmal Sidek.

Beliau hanya memerlukan RM41,820 untuk melakukan pembedahan otak pada Isnin ini, tetapi terpaksa ditangguhkan hingga cukup dana.

Dalam kata-kata Kamal Affendi dalam Facebook beliau: "Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.

Menurut Mazidul kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73.

Maklumat lanjut mengenai pembedahan tersebut di Blog Mazidul di mazidulakmal.com




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranung2006@yahoo.com atau tranung2006@gmail.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)

================================================================================

----- Forwarded Message -----
From: lynda sulaiman <linda.dhl@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] jika anda sayang saudara Islam

 
 

Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..

·         Posted by mat yuihh on June 13, 2012 at 11:43am in Mesti baca, mesti ambil tahu!
·         Send Message   View Discussions

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon  ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman mereka kencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)
Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
 
Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
 
Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun darurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
 
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid

Setuausha Agong MAPIM
Sumber : IKRAM








__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment