SEJAK akhir-akhir ini, sesetengah kita ghairah mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan kesannya terhadap individu dan sensitiviti orang lain. Dalam diri mereka, ada sikap mencari kesilapan orang yang tidak sependapat, malah ditabur fitnah dan penuh dengan buruk sangka.
Islam sentiasa menyuruh agar sentiasa bersangka baik sesama insan, baik kepada Muslim dan bukan Muslim sehingga ada keterangan dan bukti yang boleh kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Ayat Allah banyak mengingatkan kita bersangka baik kerana boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat. Allah berfirman bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…" (Surah al-Hujurat: 12)
Ayat Allah itu membawa suatu petunjuk kepada kita bahawa orang beriman sentiasa bersangka baik kepada insan, terutama sesama Muslim.
Ramai di antara kita hari ini gemar menilai perilaku individu lain. Lebih menyedihkan apabila kebaikan orang lain ditafsirkan mempunyai agenda dan matlamat tersendiri.
Ini jelas menyalahi apa dinasihatkan Rasulullah s.a.w:
"Aku tidak disuruh untuk menyelidiki setiap gerak hati manusia (membaca niat di hati manusia lain) dan perut mereka" (Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742)
Bagaimana kita berinteraksi dengan ayat Allah dalam surah al-Hujjurat dan juga hadis muttafaqun alaih (al-Bukhari dan Muslim) dalam konteks kehidupan harian kita hari ini? Jika kita meneliti dan mengamati firman Allah dan sabda Rasul itu, sudah pasti kita punyai tanggungjawab besar dalam menjaga diri, terutama dalam menilai dan menghukum orang lain. Ini dapat dilihat antara ahli politik dengan lawan yang tidak sebumbung.
Setiap kebaikan langsung tidak didahului ucapan terima kasih dan syukur, namun lidah cepat mengambil peluang menghunus parti lawan dan menyebarkan kepada orang lain agar tidak terpedaya dengan kebaikan. Ditambah lagi mereka mengambil urusan Allah dengan mempertikaikan kebaikan dan pemberian itu hanyalah sebagai gimik, strategi mengaburi masyarakat.
Sebagai umat Islam, adab terbaik dan akhlak yang dianjurkan adalah dengan sentiasa berterima kasih dan bersyukur. Menjadi prinsip kita sebagai umat Islam agar bila diberi kita bersyukur, bila diuji kita bersabar.
Akhlak buruk sangka ini haruslah dijauhi, terutama sekali dalam urusan politik. Tidak kira daripada mana parti, perbuatan yang baik hendaklah diadili dan dinilai dengan sangkaan baik.
Buruk Sangka Sesama Agamawan
Di antara pakar agama juga kadangkala budaya sangkaan buruk ini juga terjadi. Lebih buruk lagi jika yang berada dalam iklim dan pentas politik. Semestinya setiap gerakan, perkataan dan tulisan akan dikaitkan dengan politik. Lalu muncullah kumpulan yang mampu 'membaca' hati manusia lain. Lagak mereka seperti ahli sufi yang seolah-olah bijak mentafsir dan menterjemahkan bicara dakwah orang lain.
Dituduh mereka ulama keji, ustaz yang dibeli dengan memfitnah bahawa mereka disogokkan sejumlah wang ringgit dan diakhiri dengan membangkitkan rasa benci pada pakar agama yang tidak sependapat dengan mereka.
Mengapa tiada sangkaan baik atas usaha dakwah dijalankan? Apa yang melucukan, apabila bahan disampaikan pakar agama kebetulan sama dengan pendapat parti mereka lalu pakar agama itu akan dijulang, mendapat puji-pujian, namun jika berlaku sebaliknya, pakar agama itu akan dihempuk tanpa belas kasihan. Peringatan ini Allah abadikan dalam ayatnya bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Al-Maidah : 8 )
Buruk sangka dan khianat mengenai fakta
Akibat buruk sangka tadi dan juga lidah tidak terurus, maka akan timbullah perpecahan dan permusuhan di antara umat Islam. Lebih buruk lagi, jika ia dipelopori di kalangan ahli politik dan pakar agama. Mereka membawa bicara dan berita untuk ditebarkan pada masyarakat lalu masyarakat menerima tanpa menilai fakta tersebut.
(Sumber: Fitrah Islami Online)
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com
=====================================Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment