15 October 2012

Help Palestine [hidayahnet] Bapa Puas Hati Peratus Prestasi Pelajaran Anak Meningkat

 




IMG_0530 : Harun Hanafi berbincang prestasi pelajaran anak bersama ustaz Mohd Fadzil Jamal

Gombak : Tidak sia-sia saya menghantar anak ke Sekolah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) apabila melihat keputusan prestasi pelajaran anak saya Muhammad Zuhair Zharfan tahun 3 memperolehi keputusan cemerlang akhir tahun, kata Harun Hanafi kepada pemberita. 


Kata beliau, sebelum ini anak saya menerima pendidikan di sekolah kebangsaan selama dua tahun tetapi peratus pelajarannya tidak meningkat seperti ini. 

Masa pembelajaran yang terlalu lama, kawalan anak-anak di kawasan sekolah  kebangsaan juga tidak memberi kepuasan kepada saya dan isteri. 

Pergaulan yang tidak terbatas antara pelajar lelaki dan wanita,   ramai pelajar terlibat degan ponteng kelas di sekolah kebangsaan, terlibat pelbagai gejala sosial sentiasa membuatkan saya dan isteri rasa bimbang.

Namun, akhirnya kebimbangan ini berakhir juga apabila saya telah menemui sekolah MTSFAZ di Sri Gombak.  Walaupun sekolah berbayar tetapi terjamin.  Demi masa depan anak, akhlaknya terjaga kami telah buat keputusan dengan menukar sekolah anak disini.

 
"Alhamdulilah, apabila  anak saya masuk tahun tiga banyak perubahan telah berlaku pada dirinya.

Jumlah purata peratus akademik dan tahfiz  yang anak saya perolehi 1050 (70 peratus)",  kata Harun. 

Menurutnya, perwatakan ciri-ciri seorang pemimpin ada dalam diri anaknya, sentiasa berusaha untuk mengulangkaji pelajaran di rumah terserlah tanpa di suruh, dan sentiasa membantu ibubapa dirumah membuatkan dirinya dan isteri rasa berpuas hati. 

Beliau berkata lagi, insya-Allah untuk tahun hadapan  dua orang anak saya akan meneruskan pengajiannya disini kerana silibers pendidikan yang digunakan mengikut sistem  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JAIS. 

Ramai ibubapa penjaga menganggap apabila  anak-anak yang  belajar tahfiz mereka fikir anak-anak hanya diberi pendidikan dengan Al-Quran dan hadis sahaja, tetapi apabila saya menghantar anak ke MTSFAZ, baru saya tahu sekolah ini mengikut siliber KPM, JAIS dan siliber sekolah mereka sendiri. 

Alhamdulilah modul tersebut seiring. Akademik, tahfiz selaras tanpa pelajar ketinggalan mana-mana subjek. 

Justeru, saya menyeru agar ibubapa serta masyarakat luar harus menukar pemikiran  mereka bahawa  sistem pendidikan Sekolah Maahad Tahfiz Sains seiring dengan sistem pendidikan akademik di sekolah-sekolah kerajaan tetapi dalam masa yang sama, pendidikan tahfiz diberi penekananan juga.

Saya harap pihak sekolah MTSFAZ sentiasa berusaha meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam melahirkan generasi solih wa muslih, arah tuju pelajar selepas mereka keluar daripada MTSFAZ, ujarnya kepada pemberita.

Mohd Fadzil Jamal, Guru Kelas 3 Syafie pula berkata, alhamdulilah walaupun semester akhir soalan amat mencabar namun kita rasa berpuas hati rata-rata pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Jelas menunjukkan pelajar mampu belajar dengan baik walaupun subjek pelajaran banyak yang meliputi subjek akademik, tahfiz da slibers sekolah.

Selain Muhammad Zuhair, Muhammad harith Irfan  telah membuktikan kepada ibubapanya dengan memperolehi peratus sebanyak  1139 (75.93 peratus) semester pertengahan,  awal semester 1063 (71.7 peratus) dan akir semester, 1063 dengan memperolehi 78.7 peratus, ujarnya.

Sementara itu, Pengetua MTSFAZ, Nazratun Nafizah Akhtar Husin pula berkata, alhamdulilah walaupun MTSFAZ baru setahun di tubuhkan namun ia telah mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat dan ibubapa pelajar. 

Pihak sekolah sentiasa memikirkan kebaikan untuk semua pelajar dalam memastikan misi visi sekolah tercapai terutamanya dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat.

 Kualiti pembelajaran, sekolah seniasa di kemaskini dari semasa ke semasa, ujarnya.

Menurut Nazratun, masa depan pelajar terjamin  dan ibubapa tidak perlu bimbang kemana anak-anak mereka akan pergi selepas tamat pengajian di MTSFAZ.

Katanya, "Insya-Allah selepas pelajar keluar daripada institusi ini, MTSFAZ akan memastikan mereka dapat memasuki sekolah-sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam pendidikannya".


 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment