09 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Senjata Baru Negara China Yang Amat Kuat dan Menakutkan Amerika

 

Salam alaik,

China ialah supplier paling besar Rare Earth di dunia, iaitu 97% daripada semua mineral.

Mineral-mineral Rare Earth digunakan untuk kesemua barangan elektronik dan elektrik seperti Computer, TV, Telefon Bimbit, Lampu, Peralatan Rangkaian Telekom dan sebagainya. Ia juga digunakan di dalam industri minyak, aerospace, kapal terbang, automotif, keretapi, senjata, teknologi hijau, peralatan hospital dan kimia. 

Antara mineral-mineral penting Rare Earth ialah Tungsten, Molybdenum, Cerium, Dysprosium, Neodymium dan beberapa lagi. Biar saya contohkan penggunaan Molybdenum : lampu-lampu menggunakannya dan bahan baja kimia juga gunakannya.

China telah mengecilkan quota pengeluaran dan mengecilkan quota pengexportan Rare Earth sejak 2010. Akibatnya,  kos pembuatan barangan industri China menurun dan kos pembuatan barangan industri negara lain meningkat. 

Pernah sekali China mengharamkan pengeksportan ke Jepun sehingga melonjak harga barangan elektronik di Jepun, lantas mengakibatkan kenaikan kos pembuatan negara-negara lain termasuklah Malaysia.

Kini, Amerika, Jepun dan Eropah telah menggunakan platform WTO untuk memaksa China membatalkan Quota pengeksportan. 

China tidak mengaku ia telah melaksana QUOTA, namun pada masa yang sama China berkata ia perlu mengenakan QUOTA untuk menjaga alam sekitar. Negara China ibarat orang yang memegang pistol, mengacunya kepada mangsa dan kemudian menembak mangsa di depan khalayak ramai, TAPI TIDAK MENGAKU. 

Perkara di atas semuanya nyata benar dan bukan spekulasi. Sila guna Lebai Google. Di bawah ini sekadar komen saya.

Pada saya, mesej China ialah "NI SEMUA BARANG AKU, suka hati akulah nak buat apa dengannya. Kau orang apahal nak bising pulak?"

Namun begitu, China tak boleh berbuat demikian serta-merta kerana EKONOMI DUNIA kini bersangkutan cukup rapat. Ibarat hidup di dalam kejiranan atau komuniti yang memerlukan antara satu sama lain. Jadinya mereka buat test-test dan umpan reaksi. 

Tapi, sebagai sebuah negara penuh manusia tamak sejak dulu lagi, mereka peduli apa .... kan? 

Secara tak langsung makna mesej yang lebih dalam lagi dari Negara China kepada negara-negara lain, terutama sekali kepada ASEAN yang dok claim Paracel dan Spratlys Island di Laut China Selatan mungkin sebegini : 

"Aku boleh buat apa yang aku suka dengan sumber aku. Ia kekuatan aku. Dan aku akan gunakannya untuk melemahkan engkau semua. Lambat laun kau akan menyembah aku kalau kau orang nak makanan. Kang aku wajibkan kau orang tarok foto tok pei kong Mao Tze Dong saiz 4 x 3 kaki di depan setiap rumah engkau orang .. baru kau tau ! Dan aku nak jala semua ikan dari Laut China Selatan untuk rakyat aku sebab semua lautan ini AKU yang punya. Lagipun aku dah berjaya hantar rakyat aku ke Langit dan Armada Kapal-Kapal Perang aku semakin besar lagi gagah daripada kau punya. APA KAU ORANG BOLEH BUAT?!  Tunggu ajelah. Tak caya China boleh ? Kau orang check tengok berapa banyak Medal Emas Olimpik yang aku menang !  ...... Muah..hahahahaha... !!!! ".

Itu ialah gambaran secara dramatik setelah berinteraksi lalu mengenali mindset beberapa orang rakyat berfahaman komunis di Negara China. Komunis memang cukup benci orang Islam.

Tahu tak kerajaan Negara China mengharamkan warga Muslim di Xinjiang daripada berpuasa dan menunaikan solat Taraweh di situ. Sebab mereka nak buli kaum Muslim di situ. Kawasan lain tak pulak. Balasan serta-merta yang datang menghambat Beijing sehingga ke Shanghai ialah 3 ribut taufan yang melanda berturut-turut serta banjir kuat di persekitaran wilayah Beijing, Heilongjiang, Zhejiang dan Hebei.  Semua itu ialah kawasan BAPAK-BAPAK STRATEGIS KOMUNIS yang merancang untuk menyusahkan orang lain untuk menguntungkan diri sendiri. Malapetaka berturutan seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini. 

Sekiranya China block terus Rare Earth atau mengenakan QUOTA lebih ketat sikit demi sedikit ( kerana sumber itu hak dia ), apa implikasi kepada EKONOMI kita dan siapa yang akan kena tempias besar kelak?:
1. Semua industri elektronik dan automotif?
2. Industri Perkhidmatan, Medical dan Kesihatan?
3. Perniagaan Handphone, Computer, Telekomunikasi dan sebagainya?
4. SEMUA PEKERJA-PEKERJA?
5. Tabungan Cukai Kerajaan dan EPF?
6. Pembangunan negara?

Jadinya, mari kita bincang :
=> bagaimana kita semua boleh mengatasi atau 
=> apa yang perlu dipersiapsediakan atau 
=> memindah fokus kepada industri lebih sesuai atau
=> peralihan jenis apa yang boleh kita lakukan untuk menghadapi risiko ini.

Dipersilakan.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.pengasih.org

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment