13 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2


Salam

Mengambil Harta Anak Yatim

Allah swt berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka hanya menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala."

~ Surah An-Nisak, ayat 10 ~

Allah swt berfirman, "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik iaitu bagi mengawal dan mengembangkannya."

~ Surah Al-An'am, ayat 152 ~

Allah swt berfirman, "Dan mereka bertanya lagi kepadamu wahai Muhammad, mengenai masalah anak-anak yatim. Katakan, "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu perbuatan yang baik, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka, maka tidak ada salahnya kerana mereka itu adalah saudara-saudara seagama kamu, dan Allah mengetahui orang yang merosakkan harta benda mereka daripada orang yang hendak memperbaikinya."

~ Surah Al-Baqarah, ayat 220 ~

Abu Hurairah melaporkan, "Nabi Muhammad pernah berkata, "Jauhkan diri saudara-saudara daripada tujuh dosa yang boleh merosakkan!"

Sahabat-sahabat bertanya, "Wahai utusan Allah, apakah perkara-perkara itu?"

Nabi Muhammad menjawab, "Menyekutukan Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa yang Allah haramkan kecuali dengan sebab yang dibenarkan, mengamalkan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri daripada medan peperangan dan menuduh perempuan-perempuan beriman, sopan dan menjaga maruah diri melakukan zina."

~ Bukhari dan Muslim ~

http://hikmah.azhad.com/2010/07/mengambil-harta-anak-yatim.html

( Dr Maza - TDB S9 : 7 Dosa Besar : Ke 5 - Makan Harta Anak Yatim )
----- Forwarded Message -----
From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Subject: Wargakilang News: Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2

From: On Behalf Of Mohd Shukri Mohamed Talib
Subject: Wargakilang News: Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2
 
 

As Salam Semua,

 
Sila war2kan. Saya bagi pihak Mudir memohon bantaun segera  apa yg patut bagi menyelesaikan masalah  ini. Sila rujuk contact2 di bawah for more details.
 
Buat sementara ini, bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan seperti tilam, sabun, ubat gigi, selimut, bekalan makanan kering dan juga cadangan tempat tinggal untuk anak-anak yatim tahfiz selepas ini amat dialu-alukan. Bantuan ini boleh disalurkan terus kepada :
Surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )
Atau hubungi ahli jawatankuasa sementara Puan Noraida Bakar 0192725596 ( Akaun Maybank2U : 562487301133 )
 
Shukri
NGO Wargakilang

 

[ Berita Penuh Dan Video ] Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 2
oleh aidasue

Susulan dari artikel kami yang bertajuk 'Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1′ , tengahari tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke surau sementara Taman Lestari Putra dikatakan telah menempatkan anak-anak yatim yang dihalau keluar dari sebuah rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang. Surau ini terletak tidak jauh dari persimpangan Seri Kembangan di lebuhraya LDP menghala ke Putrajaya. Sesampainya kami disana, kami disambut oleh ustaz dan penduduk taman perumahan yang ada di surau itu. Keadaan surau yang masih belum lengkap dan bahang sedikit sebanyak agak menyentuh hati kami akan tetapi tidak kelihatan anak-anak yatim seramai 18 orang yang telah disebutkan seperti artikel sebelum ini.
Tempat dimana anak-anak yatim ini tidur. Sebelum ini mereka terpaksa tidur di atas lantai simen kerana keadaan surau yang serba baru dan tidak sempurna. Ustaz Abdullah memasang penghadang putih bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam kawasan surau.
Kami terlebih dahulu berbual dengan seorang ustazah, iaitu rakan baik kepada ustaz Abdullah Iraqi sebelum berbual dengan ustaz Abdullah sendiri selepas solat Zohor. Ustaz Abdullah Iraqi merupakan penjaga surau sementara Taman Lestari Putra, dan kami menemubual mereka untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada anak-anak yatim tersebut. Menurut kata mereka, memang benar seramai 18 orang anak yatim tahfiz yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun telah dihalau oleh sebuah rumah perlindungan untuk para tahfiz yang terletak di Rawang, Selangor kerana berlaku penyelewengan wang zakat yang diamanahkan kepada rumah perlindungan tahfiz tersebut. Menurut mereka, Scomi dan juga syarikat M ada silapnya. Pertama, syarikat M dah dapat duit, tetapi tak diberi kepada anak-anak yatim ni. Kedua, yayasan Scomi bertindak menghalau keluar anak-anak yatim ini meskipun mereka tahu anak-anak itu tidak bersalah dan tiada tempat untuk berlindung.
Video temubual bersama Ustaz Abdullah Iraqi dan Ustaz Firdaus

Ustaz Abdullah Iraqi
Ustaz Firdaus, penjaga anak-anak yatim
Rumah perlindungan tahfiz yang terletak di Rawang itu diuruskan oleh sebuah syarikat M dengan menggunakan sumber dana zakat dari Yayasan Scomi. Menurut kata penjaga anak-anak yatim tahfiz itu, Ustaz Firdaus, Yayasan Scomi telah mendapat tahu bahawa wang yang disalurkan kepada mereka tidak digunakan untuk pembelajaran anak-anak yatim tahfiz tersebut dan anak-anak yatim itu tidak mendapat SATU SEN pun duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk mereka. Pihak Yayasan Scomi bertindak untuk menutup rumah perlindungan tahfiz tersebut 1 minggu sebelum bulan Ramadhan dan sebagai penjaga anak-anak yatim, Ustaz Firdaus telah menghubungi Ustaz Abdullah untuk meminta pertolongan dari segi tempat perlidungan sementara buat 18 orang anak-anak yatim tahfiz ini. Mujur Ustaz Abdullah sedang dalam proses untuk membina surau sementara di Taman Lestari Putra dan bersetuju untuk membantu Ustaz Firdaus dan anak-anak yatim tersebut.
Dan pada hari kejadian iaitu 1 minggu sebelum Ramadan, seramai 18 orang anak yatim bersama penjaga telah menaiki lori dan pergi ke surau sementara di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan pada pukul 3 pagi. Dan di surau yang berlantaikan simen sejuk dan masih belum siap sepenuhnya inilah mereka menempatkan anak-anak yatim itu dan menjadikan surau itu sebagai pusat perlindugan sementara sebelum membuat apa-apa keputusan lanjut. Anak-anak yatim itu terpaksa tidur di atas tikar kerana mereka hanya dapat menempatkan beg dan barang di dalam ruang bilik surau yang sempit. Menurut kata ustaz, pada awal Ramadhan lepas, mereka agak sukar untuk mengawal situasi memandangkan keadaan surau yang masih belum siap, dana yang tidak mencukupi dan mujurlah ada penduduk taman perumahan yang sudi membantu dan mengalu-alukan kehadiran anak-anak yatim itu. Penduduk taman perumahan telah mengambil langkah pantas dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menguruskan bantuan kewangan dan keperluan yang diketuai oleh Puan Noraida Bakar dan setakat ini bantuan seperti bekalan makanan iftar dan bantuan lain tidak putus-putus disalurkan sejak 1 minggu lepas.
Mengikut kata ustaz, anak-anak tahfiz ini ada diantaranya anak yang tidak ibu atau bapa, tidak kedua-kedua ibu dan bapa, ada yang datang dari golongan miskin, dan ada juga diantara mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa tetapi bekerja di Chowkit dan sebagainya. Maka, mereka ini dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami ilmu agama tetapi lain pula jadinya. Sejak dari Rabu lepas, anak yatim yang mempunyai waris telah dihantar pulang bagi menyambut Aidilfitri ( tetapi yang tidak ada keluarga, tidak dinyatakan pula anak itu beraya dimana), dan mereka akan dihantar pulang ke surau sementara Taman Lestari Putra pada 15 Syawal dan buat masa sekarang jawatankuasa khas masih lagi tidak ada kata putus sama ada untuk terus menempatkan anak-anak yatim itu disitu, atau menghantar mereka ke rumah tahfiz lain yang masih ada kekosongan. Untuk pengetahuan anda, surau sementara ini akan ditutup dari 28 Ramadhan sehingga 5 Syawal kerana penduduk taman akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sebarang keputusan mengenai anak-anak yatim tahfiz ini akan dibuat selepas hari Raya Aidilfitri.
Dua orang anak yatim piatu tahfiz yang masih belum dihantar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri. Kata ustazah, mereka ini tiada waris.
Buat sementara ini, bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan seperti tilam, sabun, ubat gigi, selimut, bekalan makanan kering dan juga cadangan tempat tinggal untuk anak-anak yatim tahfiz selepas ini amat dialu-alukan. Bantuan ini boleh disalurkan terus kepada :
Surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )
Atau hubungi ahli jawatankuasa sementara Puan Noraida Bakar 0192725596 ( Akaun Maybank2U : 562487301133 )
Saya dan rakan-rakan akan update dari semasa ke semasa dan selepas hari Raya nanti, kami akan sekali lagi pergi ke surau sementara untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim tahfiz tersebut. Sama-sama kita doakan kesejahteraan anak-anak yatim itu dan diharap akan Tuhan memudahkan urusan penjaga dan juga membuka jalan untuk membantu anak-anak yatim tahfiz nanti.
Ada berita yang kurang enak juga kami dengar dimana seorang jiran yang merupakan seorang wanita berpakaian seperti lelaki, beragama Islam, yang tinggal selang 2 buah rumah dari surau sementara Taman Lestari Putra telah menelefon pihak polis kerana merasa terganggu dengan bunyi azan dan bacaan ayat Quran dari surau sementara dan menganggap kehadiran anak-anak yatim itu mengganggu ketenteraman kawasan perumahan. Tadi kami sempat melihat beberapa orang penduduk taman perumahan berkumpul didepan rumah wanita yang membuat laporan polis, tetapi wanita itu enggan keluar rumah.
* Lihat video untuk mengetahui nama penuh syarikat M

Kisah Anak-Anak Yatim Yang Dihalau Dari Rumah Perlindungan Rawang Part 1
oleh aidasue

Berita ini kami dapat melalui sumber laman Facebook dan kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Seramai 18-20 orang anak yatim/tahfiz yang tinggal di rumah perlindungan di Rawang telah dihalau dari rumah perlindungan mereka. Punca mereka dihalau tidaklah diketahui dan sumber pun hanya kami dapat melalui Facebook tetapi ada sumber mengatakan rumah perlindungan di Rawang itu terlalu padat sehingga terpaksa menghalau anak-anak ini. Kesemua anak-anak ini telah dihantar menggunakan lori pada pukul 3 pagi ke sebuah rumah yang diwakafkan menjadi surau di Taman Lestari Putra. Dan apa yang menyedihkan,anak-anak ini hanya mampu membeli 8 ketul ayam goreng dan dikongsi beramai-ramai 18-20 orang anak lain.
Anak-anak tidur beralaskan tikar di surau
Ustaz Abdullah iaitu penjaga surau ini merupakan penjaga sementara anak-anak yatim itu.
Ini merupakan surau dimana anak-anak yatim itu menumpang di Taman Lestari Putra.
Alamat surau Taman Lestari Putra : No 158, Jalan Lep 1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300, Selangor. ( Ustaz Abdullah Iraqi : 0124990668 )
Dan memandangkan kami gagal bercakap dengan ustaz yang menjaga mereka di surauitu setelah berkali-kali cuba menelefon beliau, saya dan beberapa orang rakan akan pergi ke surau Taman Lestari Putra untuk melihat keadaan sebenar anak-anak yatim itu hari ini.
Walaupun tidak tahu kesahihan berita ini, jika ia benar kami harap ia dapat dijadikan iktibar untuk semua dan jangan kita sekali-kali berlaku zalim kepada anak-anak yatim dan di bulan Ramadhan yang mulia ini, kalau tak banyak pun, kita bantu mereka yang memerlukan biarpun sumbangan kita itu kecil.
Jika ada di antara anda yang mahu menghulurkan sumbangan atau mengetahui berita ini dengan lanjut, anda boleh lah singgah dan jengok surau di Taman Lestari Putra dan bagi yang sudah pergi atau ada info terbaru, bolehlah kongsikan dengan kami.
 








No comments:

Post a Comment