13 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Hampir Gadai Iman 20sen

 

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang ini bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai tuan Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

####

ps:

SASAR 1,000 PEK HADIAH AIDILFITRI UNTUK FAKIR & MISKIN

-- Islamic Aid Malaysia Mohon Sumbangan Anda

Aidilfitri bakal menjelang tiba. Walaupun begitu Islamic Aid Malaysia (IAM) sudah pun memulakan kempen bantuan Aidilfitri lebih awal sebagai langkah proaktif menyeru masyarakat bersedia dengan kedatangan bulan yang mulia ini nanti.

ImpianaSoft Enterprise (ISE) sebagai rakan kerjasama tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan ini, selain membantu dalam promosi, ISE turut menyalurkan RM 5 untuk setiap hasil sumbangan penajaan kepada IAM. ImpianaSoft Enterprise (ISE) adalah syarikat Bumiputera pengeluar produk makan Halal seperti Savvy Sandwich, dan produk bermusim seperti Savvy Cookies (Kuih Raya) sejak 2005.

Kempen Kasih Aidilfitri: Taja Hadiah Kuih Raya adalah satu projek bermusim yang dilaksanakan oleh IAM di seluruh Malaysia bertujuan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan berupa pek hadiah bernilai RM 50. Setiap satu pek mengandungi 2 balang kuih raya bertujuan meraikan golongan kurang bernasib baik untuk sama-sama merasakan kemeriahan hari raya Aidilfitri. Agihan bantuan akan dijalankan sebelum dan sepanjang bulan Shawal.

Matlamat kempen:

* Bagi mengeratkan hubungan di antara mereka yang telah menghulurkan sumbangan dan golongan yang memerlukan melalui pengagihan pek-pek hadiah di bulan Syawal nanti.
* Menyediakan pek hadiah sebagai usaha memberikan keceriaan untuk kalangan masyarakat miskin.
* Menggalakkan pembangunan berterusan masyarakat penyayang dengan meningkatkan kesedaran dan mengadakan kerjasama pintar dengan pihak berkaitan membantu golongan terpinggir.

Golongan Sasar Penerima Bantuan:

Sejumlah 1000 buah keluarga yang tergolong dalam asnaf, fakir dan miskin.

* Ibu tunggal
* Anak yatim
* Pesakit kronik
* Orang Kelainan Upaya (OKU)
* Orang Asli
* Gelandangan

Sepintas tentang kempen Kasih Ramadhan 2011:

Bagi Kasih Ramadan 2011 yang lepas, pihak IAM telah berjaya mengagihkan pek-pek makanan kepada lebih 10,000 penerima manfaat dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi tahun ini, IAM telah mensasarkan 15,000 penerima bermanfaat bagi program Kasih Ramadan 2012, termasuk 1,000 penerima bagi program Kasih Aidilfitri 2012 ini.

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan. Dengan hanya RM 50 bagi setiap pek, bersamalah kita berkongsi keceriaan bersama mereka-mereka yang memerlukan...

* Bagi Sumbangan melalui pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u melalui akaun

    "ImpianaSoft Enterprise"- ( 5645 4810 8679 )

* Melalui cek atas nama "ImpianaSoft Enterprise"

    ( Sila emailkan maklumat sumbangan serta slip pembayaran ke impianasoft@yahoo.com )

* Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia beralamat di:

    C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5,
    Taman Serdang Perdana,
    43300 Seri Kembangan, Selangor,
    Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    En.Raffiq Eddy (ISE) di talian 013-355-3513 atau
    En.Farouq Zauji (IAM) di talian 019-3973558/03-89485939

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment