28 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sejarah kemerdekaan yang jarang diketengahkan

 

Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair.
 
Semua ini , dan beberapa fakta lain mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan yang jarang sekali diketengahkan terdapat dalam buku Politik Kebangsaan di Negeri Sembilan, disusun oleh : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, boleh dimuat turun dari laman web http://malaycivilization.ukm.my/
 
Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831.  Sekitar tahun 1511 – 1784 penentangan terhadap penjajah hanya tertumpu di Melaka.
 
Dalam beberapa siri penentangan terhadap penjajah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu di Negeri Sembilan pada era permulaan ialah :
Dato Dol Said di Naning (1831/1832)
Dato Sedia Raja, Nganit, Undang Luak Rembau (1831/1832)
Dato Katas, Dato Muda Linggi (1832)
Dato Shahbandar Tunggal di Sungai Ujong (1874)
Dato Siamang Gagap di Seri Menanti (1874)
Dato Haji Sail di Rembau (1878)
Bilal Ismail di Jelebu (1880)
 
Dato Nganit, Undang Luak Rembau meninggal dunia di Chengkau pada tahun 1838 dengan kehilangan Tampin sebagai wilayahnya, disebabkan keputusan menentang campur tangan Inggeris di Rembau.
 
STRATEGI PENJAJAH
 
Negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan Inggeris melalui strategi yang licin serta berkesan. Mereka melaksanakan dasar 'pecah dan perintah' bagi menguasai orang-orang Melayu yang sentiasa patuh kepada perintah ketua. Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih paling mudah diperangkap, apabila ada di kalangan pembesarnya bersedia menerima tawaran penyandang pesaka.
 
Disebabkan Dato Haji Sahil menentang segala muslihat Inggeris di bumi Rembau, maka beliau dipecat dalam tahun 1883, dan digantikan oleh Seri bin Sidin menyandang pesaka Undang Luak Rembau. Setelah Inggeris berjaya menggantikan orang yang pro kepadanya, maka dalam tahun 1887 dapatlah dibuat persetiaan yang membolehkan Rembau secara rasmi menjadi jajahan naungan Inggeris.
 
Kepintaran Inggeris melaksanakan dasar-dasar penindasannya secara diplomasi memang tidak dirasakan oelh orang-orang Melayu. Semenjak campur tangan mereka di Naning hinggalak kepada perjanjian membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu tahun 1895 dengan kuasa di tangan British Residen, orang-orang Melayu tetap menerimanya dengan senang hati.
UNDANG REMBAU
 
Dato Abdullah meninggal dunia dalam usia masih muda ketika berusia 38 tahun. Beliau meninggal dunia bukan sahaja memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Luak Rembau, malah meliputi seluruh Tanah Melayu.
 
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
 
Tuanku Muhammad menaiki takhta pada tahun 1888. Melalui desakan baginda bersama rakan-rakannya akhirnya Inggeris terpaksa menubuhkan Askar Melayu pada tahun 1933. Baginda juga memberi sokongan moral kepada penubuhan sekolah-sekolah agama rakyat (Pondok) di Kuala Pilah. Sekali pun gerakan pondok di Kuala Pilah tidaklah mencabar pemerintah Inggeris, tetapi sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada kebangkitan awal semangat kebangsaan di Negeri Sembilan.
 
SHAMSIAH FAKEH
 
Terdidik dalam pengajian agama di Padang, Sumatera sebelum menyertai MAZHAR AL-ULUM iaitu pusat pengajian pondok Tuan Guru Maadah di Negeri Sembilan. Oleh itu apabila beliau kembali ke Kuala Pilah tahun 1939 memasuki sekolah agama berkenaan, Shamsiah terus memasuki kelas Tahun Dua. Dilahirkan di Kampung Parit, Kuala Pilah dalam tahun 1923.
 
Penglibatannya dalam politik lebih serius selepas tahun 1946. Beliau menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Mohd Noor, Ishak Hj Muhamad dan Ahmad Boestamam. Sayap wanita PKMM dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh sendiri. Di antara tokoh-tokoh yang memimpin AWAS ketika itu ialah Aishah Ghani (bekas Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Aishah Hussein (isteri Allahyarham Pak Sako). Sebagai pemimpin AWAS kedudukan Shamsiah dalam politik tanahair ketika itu sebaris dengan Dato Onn Jaafar.
 
Shamsiah masuk ke hutan meneruskan perang gerila apabila Inggeris mengisytihatkan darurat pada 13 Jun 1948 dengan menahan ramai pemimpin PKMM dan API di bawah Akta ISA.
 
Oleh itu disamping perjuangan secara perlembagaan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman, perjuangan gerila ini juga salah satu sebab mengapa Inggeris bersedia memberikan kemerdekaan. Sejarah perjuangan Shamsiah Fakeh tetap terukir, sekali pun ada golongan cuba menolaknya. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair. Sekalipun penglibatannya tidaklah boleh dikaitkan dengan gerakan pondok Lebai Maadah, tetapi pencapaian Shamsiah Fakeh dalam politik di zamannya mempunyai banyak makna kepada sekolah agama berkenaan.
 
Sumber rujukan :
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment