9 Ogos 2012 - Rata-rata penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini, kembali gusar dengan masalah ketiadaan bekalan air menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah puluhan tahun menghantui penduduk kini menjlema kembali walau pun berbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan.
Malah, lebih mengecewakan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang dulunya berada di bawah Kerajaan Negeri Pahang, kini sudah dikorporatkan menjadi Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun ini, namun malangnya isu berkenaan tidak juga dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
Apa yang mengejutkan senarionya lebih buruk daripada tahun-tahun sebelumnya.
Menurut seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan kerana gusar dikenakan tindakan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda berkenaan berkata beliau terpaksa membeli tangki tambahan yang berharga hingga RM600 bagi persediaan menghadapi masalah ini.
"Bayangkan, rumah kami pernah tiada air selama sebulan baru-baru ini. Kami sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sejak 40 tahun lalu, inilah masalahnya. Segala janji-janji yang ditaburkan oleh pihak berkenaan gagal dan kami terus menjadi mangsa .. menderita terutamanya ketika menjelang musim raya apabila anak-anak cucu mula pulang ke kampung.
Malu rasanya, bila kejadian ini terus menimpa walau pun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Bila diajukan perkara ini kepada pihak atasan, kami diugut dengan berbagai-bagai tindakan. Akhirnya terpaksalah kami tanggung derita dan sengsara ini berterusan entah sampai bila agaknya. Mana janji kerajaan untuk bela nasib kami?", kata mangsa terbabit.
"Jika dulu.. kami ada Wakil Rakyat untuk mengadu, tapi kini selepas beliau meninggal dunia nasib kami mungkin tidak lagi terbela. Tiada tempat lagi untuk kami mengadu. Alasan yang sama diberikan oleh pihak JBA dan kini PAIP.. bila ada wakil penduduk berjumpa mereka.. Kami terus hidup terseksa dan dirundung ketakutan senantiasa.. tambahan pula bila menjelang hari raya atau majlis-majlis kenduri kendara", kata beliau lagi dengan nada sungguh kecewa.
Krisis air semakin teruk
6 Ogos 2012
JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan.
Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka.
"Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian.
"Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian," katanya.
Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian.
Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain.
"Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian," katanya.
Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak.
"Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang," katanya.
Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen.
"Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu.
"Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran," katanya.
Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.
"Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman," katanya.
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment