Ampang Jaya : Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) rasa berpuas hati semenjak tiga tahun lebih memerintah usaha untuk menangani gejala sosial dapat diatasi sebaiknya dengan penurunan kes jenayah dikalangan belia dan masyarakat.
Kesungguhan ini dapat dibuktikan dengan penjenamaan "Rebranding" Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPSA) baru di seluruh negeri Selangor secara berperingkat, dan hari ini satu lagi cawangan PPSA dibuka di lokasi ini untuk rakyat tanpa mengira umur dan bangsa.
Ini merupakan satu kejayaan sebagai kesinambungan dari konsep "Rebranding" Perpustakaan dengan konsep pendekatan 'My Second Home" yang dilengkapi kemudahan Kafe, tandas yang bersih, tempat solat yang begitu selesa, perkhidmatan internet touch screen dan multimedia percuma. Koleksi yang menarik akan mampu mengubah Perpepsi Masyarakat terhadap perpustakaan, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Modal Insan Dr halimah Ali dalam Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti Ampang waterfront disini kelmarin.
Jelasnya lagi, imej baru perpustakaan yang dihasilkan secara berterusan dapat memikat citarasa masyarakat mengubah sebuah bangunan yang biasa sahaja pada asalnya kepada sesuatu yang menjadi tarikan masyarakat bukan di Selangor sahaja tetapi masyarakat luar.
"Saya harap PPSA akan memperluaskan lagi perpustakaan yang lain lagi", kata Dr Halimah
Mengulas lanjut, penjenamaan Perpustakaan ini telah di iplikasikan ke lapan buah lokasi yang bermula semenjak 2009-2011 iaitu selain PPSA Ampang Jaya Water Front, Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Perpustakaan Komuniti Sri Perantau, Perpustakaan Desa Semenyih, Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung, Perpustakaan Cawangan Rawang, Perpustakaan Komuniti Lembah Jaya dan Perpustakaan Pandan Jaya.
Tujuan utama membawa perubahan Perpustakaan ini adalah bagi membantu kerajaan dalam menangani gejala sosial.
"Alhamdulilah dengan usaha yang berterusan ini mendapat perhatian dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) dengan membiayai RM1.3 Juta. Semoga sumbangan yang diberikan akan bercambah lebih banyak lagi PPSA Daerah yang dibaik pulih dengan ciri-ciri yang sama.
Dr Halimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menyatakan Kerajaan Selangor hari ini sedang menempuh Dimensi perubahan baru iaitu memperkukuhkan masyarakat sebagai "knowledge communiy".
Aset modal insan inilah yang akan menjadi teras utama bagi menjamin keselamatan dan keutuhan masyarakat yang akan menentukan samada Selangor yang telah bergelar negeri Maju akan dapat terus Berjaya dalam tujuan kejayaan dan kemakmuran yang di harapkan, katanya.
Sehubungan dengan itu, Perpustakaan akan menjadi Platform untuk membuka minda dan pemikiran masyarakat melalui koleksi buku-buku yang berkualiti , majalah yang menarik minat kepada semua pembaca yang boleh membina minda.
Beliau juga merasa bangga denan sambutan masyarakat melalui program "15 minutes reading break" dan Pesta Buku Selangor pada 24 Jun- 3 Julai, 2011 yang telah Berjaya menarik sejumlah pengunjung 353,530 orang pengunjung.
Pesta buku ini telah diperluaskan ke Daerah K.Selangor melalui program Selangorku, Pesta Buku Selangor yang telah diadakan di Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang pada 29 September sehingga 4 Oktober, 2011 yang lalu dengan kehadiran seramai 34,410 orang pengunjung.
Kebolehan membaca dan menjadikan pembacaan sebagai satu gaya hidup akan memudahkan seseorang itu mencari ilmu dan bergerak maju.
"Buku atau kitab ialah merupakan Gedung Ilmu , manakala kebolehan membaca yang diamalkan adalah anak kuncinya. Dengan anak kunci inilah gedung itu boleh dibuka dan isinya diambil dan digunakannya".
Katanya lagi, kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) merasa bangga kerana di Ampang Jaya telah ada seorang tokoh dan role model yang rajin membaca. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah, Adik Arumugam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya. Semoga beliau menjadi contoh terbaik kepada semua pelajar.
Saya juga mengharapkan agar setiap Jabatan dan Organisasi di negeri Selangor haruslah menjadi sebahagian untuk membantu kerajaan melahirkan generasi berilmu dan mengurangakan gejala sosial, katanya.
Indeks jenayah di negeri Selangor turun 11.55 % atau 6,267 kes kepada 48,005 kes pada 2010, berbanding 54,272 kes pada tahun sebelumnya. Walaupun kes berkurangan namun masyarakat masih berada kurang selamat kerana kes ragut, rogol dan pembuangan bayi masih lagi berleluasa.
Sebagai contoh sehingga April, 2011 sahaja terdapat 105 kes pembuangan bayi di Selangor dan ini merupakan kes yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain.
Justeru itu, inilah peranan dan tanggunngjawab perpustakaan yang semakin di perlukan. Perpustakaan seharusnya lebih dinamik dalam menyediakan infrastruktur dan info-struktur yang lebih terkini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Usaha ini dilakukan bagi membendung mereka dari terjebak dengan gejala sosial seperti lepak di Pasaraya, berkumpul di taman-taman tanpa tujuan, minum arak yang akhirnya akan membawa kepada vandalism ragut, lumba haram, zina dengan melahiran anak luar nikah, kata Dr Halimah.
Sementara itu, Pengarah PPSA Mastura Muhamad pula berkata, pasarana PPSA telah meningkat sebanyak 97 perpustakaan. Semuanya di wujudkan bagi memastikan setiap individu samada di Bandar, Luar Bandar, Desa dan Kampung dapat menikmati kemudahan yang sama dan buku-buku baru setiap bulan. Inilah yang dikatakan 'Bridging the Rural Digital and Information Divide". Masyarakat boleh memanfaatkan perpustakaan untuk memajukan diri dan membawa keluarga keluar dari tahap kehidupan sederhana kepada yang lebih baik.
Beliau berkata lagi, sebuah perpustakaan baru dan terbesar kini menjadi kebanggaan rakyat Selangor dan ianya telah menjadi daya tarikan kepada semua lapisan masyarakat dengan keluasan 18,921.91 meter persegi (203,590.3 kaki persegi). PPSA yang terletak di seksyen 13 Shah Alam telah mula beroperasi pada 22 Julai, 2011 yang lalu dengan memuatkan 1,500 pengguna dalam satu masa mampu menempatkan 400,000 naskah bahan bacaan.
Pelbagai kemudahan disediakan antaranya internet dan multimedia, WiFi secara percuma dengan kelajuan 4mbps, Boakwall (koleksi yang berbeza mengikut tingakat dimulai dengan human ocean, earth dan galaxy, Gymnasium bagi meningkatkan kesihatan dan fizikal dengan tagline "Healthy body, Healhy mind".
Selain daripada itu pengunjung juga tidak merasa bosan kerana disediakan "edutainment" kemudahan bersifat hiburan dan pendidikan juga disediakan seperti 6D (XD), teater, 3D mini teater, i-step on location reporter, ubiq window dan wii.
"Alhamdullilah dengan konsep ini sambutan masyarakat berdasarkan statistik dari 22 Julai sehingga 20 Oktober, 2011 yang lalu semakin menigkat. Ini dapat dibuktikan jumlah pengunjung 81,194, keahlian baru 9,228 dan 6D/XD Teater 3,192. Ini menunjukkan anjakan pradigma yang telah Berjaya dilakukan oleh PPSA dengan kerjasama Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan Dr Halimah Ali".
Saya harap dengan penubuhan PPSA di Ampang Water Front gelombang sambutan masyarakat tidak hanya tertumpu di Shah Alam sahaja tetapi juga di perpustakaan Ampang Water Front juga.
Sehubungan dengan itu, terima kasih kepada Kerajaan negeri Selangor PR, Exco Pendidikan dan semua agensi yang terlibat dengan menyokong sepenuhnya dalam membantu menjayakan penubuhan PPSA di sini", kata Mastura.
Abdul Latif, PPSA mampu menarik ramai pembaca disini kerana kawasan ini begitu strategic dan selamat. Kelengkapan yang disediakan amat menarik siapa sahaja yang datang. Ini berbeza dengan peruspatakaan bergerak yang kita lihat cara penyusunan buku kurang memuaskan, kelengkapan hawa dingin tiada, penyediaan hanya buku –buku lama dan kurang berkualiti. Usaha murni kerajaan negeri Selangor dalam membudayakan masyarakat suka membaca dan menangani masalah gejala sosial benar-benar dibuktikan dengan menubuhan PPSA yang banyak dalam tempoh empat bulan. Ini sekaligus dapat mengikat kaki-kaki golongan yang suka melepak di luar dengan mewujudkan budaya kurang sihat lepak di PPSA dimana kawasan bagi kaum lelaki dan perempuan diasingkan.
Datuk Mah Hassan Hj Omar seorang OKU pula berkata, Idea PPSA bukan sahaja mendekatkan golongan yang sihat bahkan dapat mendampingi golongan OKU juga.
Menurutnya, sebelum ini mereka yang mengalami kecacatan penglihatan sukar untuk mendapatkan bahan bacaan Brail dan peralatan lain. Mereka tidak ada pilihan melainkan dengan mendapat barang bacaan buku brail di Briefield yang memberi kesukaran kepada mereka.
Justeru itu PPSA telah memberi kerjasama dengan kami untuk membekalkan bekalan barangan brail bagi orang buta. Selain daripada itu ia juga menjimatkan kos bagi membantu golongan OKU untuk untuk tidak bersusah payah cari bahan bacaan ke Briefied persatuan orang buta kerana PPSA telah bersetuju untuk memastikan 10 buah lokasi disediakan bahan brail.
Beliau yang mengalami buta semenjak berusia 10thn kerana bola matanya pecah. Walaupun buta dirinya tidak putus asa meneruskan kehidupan sehingga menjadi peguambela.
Editor : Khaulah Azwar
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment