22 October 2011

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Pujian ibu bapa buat hati anak gembira

 

Pujian ibu bapa buat hati anak gembira




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian dan igauan ibu dan ayah. Wajah mereka yang penuh cahaya suci sering meruntun jiwa ibu dan ayah. Alangkah gembiranya hati melihatkan bibir mereka menguntumkan senyuman.

Ðalam tidak sedar, senyuman anak-anak banyak bergantung kepada imbuhan yang diperoleh daripada ibu bapa mereka. Bukan sahaja imbuhan yang bersifat fizikal sahaja yang diharapkan, malah imbuhan yang berbentuk batiniah seperti kasih sayang dan pujian, lebih melebarkan senyuman di jiwa mereka.

Pujian ibu bapa akan memberi impak yang maha besar kepada jiwa mereka terutama sebagai bekalan untuk menempuh dunia mereka yang penuh cabaran ini. Lazimi kata-kata pujian kepada anak-anak kita setiap hari dengan penuh kasih sayang, ini akan memuat hatinya kepada kita. Anak-anak kita mendambakan perhatian daripada kita, pujian juga merupakan tanda perhatian tertumpah kepadanya.

Ungkapan yang sering kita ucapkan saban hari secara tidak langsung menjadi doa untuk anak-anak. Percayalah, anak-anak kita terbentuk dengan ungkapan kita sehari-hari. Apabila yang sering menjengah cuping telinganya sesuatu yang baik dan positif, itulah yang akan membentuk peribadinya kelak.

Teorinya mudah, setiap perkataan yang didengari secara berulang akan terserapdi minda bawah sedar kita, minda ini mengawal tubuh secara automatik. Maka jika telah terprogram sesuatu perkataan di minda bawah sedar maka akan diaktifkan melalui perbuatan tubuh badan. 

Jika selalu kita katakan 'bijak anak mama' ia akan dirakam di minda bawah sedarnya dan membentuk perbuatannya untuk menjadi bijak, semuanya dengan kekuatan minda pinjaman Allah dan dengan keizinan-Nya.

Pujian turut menyatakan betapa besar kasih sayang kita kepada anak. Tidak hairanlah jika anak yang kerap dipuji erat hubungan kekeluargaannya. Sentiasa ceria dan penuh keyakinan. Emosinya berkembang dengan baik tanpa gangguan. Emosi yang berkembang dengan baik ini akan mempengaruhi pembentukan karakternya kelak. Sebaliknya, anak yang jarang dipuji atau langsung tidak pernah dipuji terganggu perkembangan emosinya dan turut mempengaruhi karekter dirinya kelak.

Gunakan pujian dalam teguran

Pujian juga adalah sumber galakan kepada anak-anak untuk melakukan perkara-perkara yang baik terutama dalam pembentukan persepsi (tasawur) kehidupannya. Contohnya, jika anak menyusun semula permainannya selepas bermain, pujilah anak kita seperti 'pandai abang kemas, baguslah anak mama'.

Apabila anak mendengar pujian ini setiap kali dia menyusun permainannya selepas bermain, dia akan terangsang untuk terus meneruskannya setiap kali selepas bermain untuk memperoleh habuan pujian daripada ibu atau ayahnya. Ini merupakan salah satu proses pembelajaran yang digunakan untuk anak-anak bagi melengkapkan persepsi kehidupannya.

Apabila pujian diberikan sebagai galakan kepada mereka membuat perkara-perkara baik. Teguran turut perlu dilakukan supaya anak dapat mengetahui sesuatu perkara itu tidak wajar dilakukan. Untuk anak-anak yang masih kecil, tiga tahun ke bawah, Gunalah cara memujuk dan bermain dengannya kerana anak-anak kita dapat memahami apa yang dimaksudkan.

Gunakan pujian dalam teguran. Contohnya, untuk ajak anak masuk ke rumah selepas bermain, pujuk anak untuk masuk ke dalam rumah, ajak anak lumba lari ke dalam rumah. Puji dia kuatnya dia berlari dan kita main bersama lagi nanti.

Untuk anak yang lebih dewasa yang sudah mampu berfikir, boleh gunakan ketegasan kemudian rasionalkan kembali apa yang kita lakukan dan jangan lupa puji anak tadi untuk apa yang baik yang telah dilakukan supaya anak tidak akan terkeliru dengan apa yang dimaksudkan oleh ibu dan ayahnya dalam proses mendidik.

Apa yang baik dipuji dan baik untuk dilakukan, yang tidak baik ditegur dan perlu dijauhkan. Sebaliknya, jika ibu bapa jarang memuji hanya menegur sahaja, anak akan membentuk persepsi, ibu bapanya mengongkongnya dan menyekat segala perbuatannya. Bantulah anak-anak untuk memahami tindakan yang kita lakukan.

Rakan ibu bapa yang dihormati, dalam mendidik anak menuntut kesabaran yang tinggi. Sebelum menuturkan sesuatu perkataan, kita perlu berfikir dahulu kerana apa yang dituturkan oleh ibu dan ayah memberi kesan kepada perkembangan emosi dan minda anak-anak.

Anak-anak, permata kita yang amat berharga, merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Untuk menghasilkan permata yang sentiasa berkilay, kita perlu rajin mengilatkannya setiap hari tanpa gagal. Semoga kita bersama-sama sukses dalam tugas mendidik!

Sumber : Nurul Asiah Fasehah Muhammad, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia di MW#1443


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment