Capture foto : IMG_5920 : Nurul Izzah tengah bersama Tian Chua dan peserta himpunan
IMG_5899 : Anak muda korbankan nyawa merempuh polis utk serahkan memo pd Timb. rektor UIA.. walau Kehilangan Kasut tiada halangan untuk terus berjuang
IMG_5889 : Pengerusi SAMM Syukri berjaya menyerahkan memo kepada Timb rektor UIA
IMG_5910 : Laungan LAWAN TETAP LAWAN oleh Puteri reformasi (Nurul Izzah Anwar) disahut baik oleh semua peserta himpunan dan mahasiswa.
IMG_6542 : Syukri mengumumkan 2 tuntutan kepada Rektor UIA agar menarik balik gantung tugas Prof. Aziz Bari
Jika Hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika Hari ini Raja menaiki takhta,
Jika Hari Ini Presiden sebuah negara,
Jika Hari ini siapa saja menjadi dewa
Guru kami Prof. Dr Aziz Bari kini menjadi mangsa
Apabila berkata benar mengikut ilmunya yang luas dalam bidang Perundangan

Gombak : Pengerusi Solidarity Anak Muda Malaysia (SAMM), Syukri Abd. Rajab mewakili mahasiswa dan lapisan masyarakat telah Berjaya menghantar Memorandum kepada Timbalan Rector UIA pada jam 2:20 petang semalam selepas selesai solat Jumaat di perkarangan Pejabat Rector UIA.
Ketika hendak menyampai memorandum bantahan jelas kelihatan pakaian beliau yang tidak terurus dengan kehilangan sebelah kasut ketika berhadapan dengan Timbalan Rector UIA, menyatakan "saya mohon maaf kerana tidak memakai sebelah kasut akibat merempuh halangan daripada himpunan yang dikelilingi lebih kurang 100 pasukan polis dan orang ramai untuk bertemu dengan Rector UIA".
Timbalan Rector UIA berkata, "mengapa kamu keadaan demikian?, Dimana kasut kamu dan adakah kamu seorang mahasiswa?. Bertalu-talu soalan yang diberikan".
Syukri sekali lagi menjelaskan, tidak, saya bukan mahasiswa. Saya Pengerusi SAMM datang ke sini solat jumaat dan menyerahkan memorandum kepada UIA. Keadaan ketika itu agak tegang apabila terdapat ramai polis disitu.
HImpunan aman seramai lebih kurang 3,000 orang yang terdiri daripada berbagai lapisan pimpinan, masyarakat dan mahasiswa berbagai institusi pengajian tinggi (IPT) memohon agar tindakan yang dikenakan oleh Prof. Aziz Bari di pertimbangkan dan ditarik serta - merta.
Syukri bersama saf pimpinan SAMM yang menghantar memorandum tersebut berkata, tujuan saya bersama semua yang hadir petang ini berhimpun secara aman menyerahkan memorandum suara hati mahasiswa dan lapisan masyarakat keatas tindakan pergantungan jawatan yang kenakan Prof. Aziz Bari.
Apa yang dilakukan oleh UIA keatas Prof. Aziz Bari menggambarkan institusi akedemik yang sangat tertutup dan sempit.
"Mengapa tindakan dikenakan keatas beliau sedangkan Prof. Aziz Bari bercakap atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang di tulis. Tindakan UIA dengan menggantungkan jawatan beliau adalah tidak wajar dan sangat terdesak".
UIA seharusnya sedar dengan tindakan yang dibuat keatas seorang Proffesor yang sangat terkenal dengan ilmu perundangan bukan sahaja memberi kesan kepada UIA tetapi akan memberi kesan kepada institusi pengajian yang lain,katanya.
Justeru itu, kami hantar memorandum yang mengandungi dua tuntutan dibuat agar di pertimbangkan kembali antaranya pihak UIA harus menarik serta-merta pergantungan yang diberikan pada Prof Aziz Bari. Keduanya Hanya isu-isu akademik yag ada fakta dan ilmiah perlu diberikan kebebasan bukan fakta yang tidak ilmiah yang berunsurkan akedemik fitnah.
UIA harus memberi kebebasan bersuara kepada semua pensyarah dan mahasiswa tidak kira apa juga konsep akedemik yang diamalkan. Selagi mana ia amalkan konsep ilmiah dan fakta maka ia perlu diterima dan di hormati.
Ujarnya lagi, jika UIA tidak mengubah keputusan ini, maka ia akan mengubah imej institusi seluruh Malaysia.
"Apa guna Mahasiswa belajar dengan melihat apa yang berlaku keatas Prof. Aziz Bari yang merupakan salah seorang akedemik yang tinggi menggunakan ilmu untuk berhujah telah dikenakan hukuman menggantungkan jawatannya".
"Apa guna mahasiswa belajar, jika ini nasib yang akan di tempuh oleh Mahaiswa pada masa akan datang".
Sekali lagi saya mewakili semua yang hadir petang ini mendesak agar UIA mempertimbangkan dua tuntutan yang di usulkan dalam memorandum yang dibuat oleh kami.
Jelasnya lagi, Memorandum tersebut mengandungi hukum-hukum Hak kebebasan Akademik seluruh dunia di mana suara kebebasan diberikan kepada semua Akedemik dan pada ahli ilmu.
Hak kebebasan Akademik boleh diberikan hukuman jika ahli Akademik memutar belitkan fakta sehingga terjadinya fitnah, tetapi dengan memastikan ianya benar-benar menjadi fitnah dan berniat jahat.
"Saya yakin Prof. Aziz Bari tidak pernah berniat jahat bahkan memperbaiki budaya masyarakat Malaysia dalam dunia politik", kata Syukri ketika menyampaikan memorandum kepada Timbalan Rector UIA.
Sementara itu, Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam himpunan aman itu memberi sokongan bantahan sepenuhnya ketas tindakan yang tidak wajar oleh UIA kepada Prof. Aziz Bari.
Beliau berkata, terdahulu saya cuba untuk memohon menyambungkan pelajaran di UIA tetapi ditolak disebabkan ketika itu ayah saya Datuk Sri Anwar Ibrahim di penjara.
UIA dan parti politik yang sangat sempit pemikirannya ketika itu, bimbang jika kehadiran saya di UIA ini akan memberi tekanan politik dan terus mempengaruhi pimpinan dan mahasiswa disini.
Tragedis 13 thn yang lalu, kita nampak tindakan yang sama diberikan kepada Prof. Aziz Bari yang merupakan Ahli Akademik yang sangat terkemuka disebabkan kuasa politik yang menggila oleh pihak tertentu.
Justeru itu, saya menyeru mahasiswa dan semua rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri dan wajib menentang kezaliman ini agar semua institusi pendidikan di Malaysia ini bebas daripada cengkaman kuasa politik. Itulah kewajipan kita yang harus kita lakukan. Pihak UIA juga harus menarik balik serta-merta tindakan yang dikenakan keatas Prof. Aziz Bari.
"Tahniah keatas semua mahasiswa yang berani tampil kehadapan", kata Nurul Izzah ketika berucap dikalangan orang ramai dan semua mahasiswa yang berhimpun secara aman.
Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mengingatkan kepada kerajaan Pusat (UMNO-BN) dan UIA agar buka mata dengan hampir 3, 000 yang berhimpun hari ini ianya merupakan satu permulaan. Generasi baru lebih tahu apa yang berlaku dengan politik sekarang dan mereka inginkan perubahan, katanya.
Sebelum bersurai dari himpunan itu beliau melaungkan slogan " Jangan Takut dan Gentar , LAWAN TETAP LAWAN" dengan disambut laungan yang sangat gemuruh oleh semua yang hadir.
Turut hadir memberi sokongan bantahan agar keadilan diberi kepada Prof. Aziz Bari, Saf Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Media difahamkan oleh saf pimpinan mahasiswa UIA yang mahu nama dirahsiakan himpunan aman itu bukan sahaja menangkap pimpinan PR yang sedang mahu menunaikan solat tetapi terdapat juga seorang mahasiswa yang turut ditangkap tanpa sebarang kesalahan.
Tindakan ini benar-benar mengecewakan kami sebagai mahasiswa.
Jika Hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika Hari ini Raja menaiki takhta,
Jika Hari Ini Presiden sebuah negara,
Jika Hari ini siapa saja menjadi dewa
Guru kami Prof. Dr Aziz Bari kini menjadi mangsa
Apabila berkata benar mengikut ilmunya yang luas dalam bidang Perundangan
Editor : Khaulah Azwar
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment