STATISTIK Kes Tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah 2008-2010 Negeri 2008 2009 2010 Daftar Selesai Baki Daftar Selesai Baki Daftar Selesai Baki W.Persekutuan 256 261 4 299 284 15 296 238 58 Selangor 626 440 186 795 570 225 1,051 618 433 N.Sembilan 450 447 2 619 613 6 666 613 53 Melaka 100 99 1 147 142 5 191 162 29 P.Pinang 129 128 1 129 116 7 60 47 13 Perlis 220 213 7 214 189 24 227 183 44 Kedah 133 100 33 133 110 23 168 104 64 Perak 315 180 135 458 270 188 484 308 176 Kelantan 27 24 3 30 29 1 32 27 5 Terengganu 231 226 5 283 270 13 322 274 48 Pahang 86 79 7 199 123 16 268 176 92 Johor 477 451 26 534 477 57 662 531 131 Sabah 820 630 190 837 619 218 919 628 291 Sarawak 173 173 0 169 164 5 175 159 16 JUMLAH 4,052 3,451 600 4,846 3,976 803 5,521 4,068 1,453 EKSKLUSIF: Kes tuntut fasakh meningkat
Tidak tahan didera mental, psikologi punca ramai isteri mahu bercerai
PUTRAJAYA : Penderaan mental dan psikologi oleh suami adalah antara faktor semakin ramai wanita Islam menuntut diceraikan kerana tidak mampu lagi bertahan dengan sikap suami mereka.
Aduan penderaan mental dan psikologi yang mereka alami termasuk suami mengabaikan nafkah batin, mencerca, maki hamun, kata-kata nista, panggilan kesat dan menghina isteri serta ahli keluarganya.
Dalam tempoh tiga tahun sejak 2008, bilangan yang menuntut fasakh mencecah sehingga 14,419 dengan bilangan mendaftar pada tahun lalu meningkat 36% berbanding dua tahun sebelum itu.
Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Dr mohd Na'im Mokhtar berkata, penderaan secara mental dan fizikal adalah aspek penganiayaan, selain masalah nafkah yang mencakupi 80% daripada alasan utama isteri memfailkan tuntutan fasakh untuk membubarkan perkahwinan. Beliau yang juga pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkata, undang-undang syariah membenarkan penderaan mental dan psikologi secara berterusan atau lazim, menjadi alasan untuk menuntut fasakh.
"Penderaan menerusi lisan secara lazim daripada suami seperti panggilan 'perempuan sundal' boleh memudaratkan mental dan psikologi isteri, sehingga mengakibatkan hilang keamanan, ketenangan serta ketenteraman yang menjadi matlamat utama kehidupan berumahtangga."
"Namun masih ramai wanita tidak menyedari hak mereka berhubung perkara ini. Walaupun kes penderaan mental dan psikologi oleh suami banyak berlaku, ramai mangsa bersabar serta membiarkannya berlarutan untuk tempoh yang lama kerana sayang, memikirkan masa depan anak dan faktor lain seperti menjaga kedudukan dan air muka. Secara lazim, mereka hanya akan bertindak (menuntut fasakh) jika berlaku suatu peristiwa yang khusus, terutama apabila kepercayaan dikhianati oleh suami seperti berlaku curang atau poligami tanpa izin pengetahuan isteri. Malah, ada satu kes seorang nenek memfailkan tuntutan fasakh ketika berumur 65 tahun selepas lebih 40 tahun mengalami penderaan mental, psikologi dan fizikal daripada suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka," katanya.
Mohd Na'im berkata, secara keseluruhan ada kira-kira 15 16 alasan diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang membolehkan isteri menuntut fasakh daripada suami, iaitu berkaitan kegagalan memenuhi tanggungjawab nafkah zahir dan batin, mati pucuk, tidak berlaku adil dalam poligami serta kaki perempuan.
Sila semak alasan membubarkan perkahwinan secara fasakh dalam entry 16 alasan fasakh. Bagaimanapun, bagi alasan penderaan mental dan psikologi, kes berkenaan sukar dibuktikan dan berikutan itu, Mahkamah Syariah akan dibantu dengan pandangan pakar psikologi, selain keterangan saksi.
Ramai wanita Islam berani pertahan hak
Peningkatan kes tuntutan fasakh di seluruh negara menunjukkan semakin ramai wanita Islam yang celik undang-undang dan berani keluar daripada kepompong amalan tradisi 'berendam air mata' apabila menanggung seksa akibat penderaan suami.
Laman-Seri bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berkata, mereka kian memahami peruntukan sedia ada dalam undang-undang syariah di negara ini yang menggariskan pembelaan bagi golongan isteri teraniaya.
Oleh itu, golongan suami harus mengambil iktibar daripada kebangkitan iseri mempertahankan hak mereka. Golongan suami juga diingatkan supaya jangan bersikap atau bertindak sewenang-wenangnya terhadap pasangan hidup mereka, terutama melakukan penderaan mental dan psikologi. Berkenaan hal ini, Laman-Seri pernah highlight perkara ini dalam entry Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB.
"Dulu, kebanyakan isteri hanya duduk diam dan membiarkan diri menanggung seksa walaupun didera suami, terutama demi anak. Ini menyebabkan suami yang melakukan penderaan berani meneruskan perbuatan mereka itu kerana tiada sebarang tindakan diambil. Maka apabila golongan isteri yang teraniaya kini bangkit mempertahankan hak dengan menuntut fasakh supaya tidak berterusan menanggung penderaan suami, ia bukanlah suatu kesalahan dan mereka tidak harus dilemparkan persepsi negatif sebagai 'perempuan jahat' pula. Ini sekurang-kurangnya boleh memberi kesedaran kepada golongan suami supaya jangan bersikap sewenang-wenangnya mengabaikan, menyakiti atau menganiaya isteri, sebaliknya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universtiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim berkata, masalah seumpama itu harus diteliti sebelum setiap pasangan mendirikan rumahtangga kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap keutuhan perkahwinan mereka. Menurut Prof Dr Suradi Salim, sikap mendera isteri secara mental serta psikologi sehingga membawa kepada perceraian tidak mungkin akan terjadi jika kedua-dua pihak ada persefahaman sebelum mengambil keputusan berkahwin, katanya.
Sumber : BHarian 28/10/2011
Capaian entery berkaitan :
* 16 alasan fasakh
* Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB
* Munakahat - Bab 9: Fasakh
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/