27 August 2013

Help Palestine [hidayahnet] Mesej Al-Quran tentang kepentingan TAQWA

 


 

MESEJ AL-QURAN
Berdasarkan Tafsir Fizilalil Quran
oleh Ibnu Su


Mesej Al-Quran tentang kepentingan TAQWA 
 
1.      Kepentinganya sebagai syarat untuk membolehkan sesaorang itu mampu menjadikan Al-Quran sebagai hidayah : Al-Baqarah Ayat 1 & 2 :
 
"Alif Lam Min, kitab ini tidak ada sebarang keraguan didalamnya , dia adalah petunjuk kepada  al- muttaqin".  

Setiap manusia perlu meningkatkan kualiti dirinya hingga menjadi ahli muttaqin iaitu satu tahap competency atau kelayakan yang berupa tahap keupayaan untuk membuka pintu hatinya yang tertutup untuk dimasuki oleh Al-Quran dan akhirnya Al-Quran dapat melaksanakan perananya disana. Taqwa itu lah yang mempersiapkan hati sesaorang untuk mengambil, menerima dan menyambut dakwah Al-Quran.

Taqwa akan memproses hati kita menjadi bersih, ikhlas, peka, takut, bimbang sesat atau digoda kesesatan dan  yang bersiap sedia untuk menerima Al-Quran. Dengan ini barulah Al-Quran dapat mendedahkan dan mencurahkan rahsianya dan memancarkan cahaya petunjuk didalam hati-hati  tersebut. 

Al-Quran dalam tindakan timbal baliknya pula akan mengukuhkan Taqwa kita sehingga kita akan mempunyai hati nurani yang sangat peka, halus dalam kesedaran, takut dan waspada berterusan dari terkena duri kehidupan yang berupa duri dorongan nafsu, keinginan, tamak haloba, dan cita-cita tinggi, juga pelbagai duri ketakutan kebimbangan serta harapan - harapan palsu kepada entity yang sebenarnya tidak berkuasa apa-apa pun.   
 
2.      Kepentingannya sebagai bekal yang perlu kita sediakan untuk kehidupan semasa dan akhirat :  surah Al-Baqoroh : 197
"…berbekalah kamu dan sebaik-baik bekal ialah Taqwa…."

Taqwa merupakan bekalan, makanan hati dan jiwa. Dengan taqwa hati akan mendapatkan tenaga kekuatanya, mencapai kesuburan dan kegemilangan. Taqwa adalah tempat penggantungan untuk kita untuk sampai kepada Allah dengan selamat dan sedemikan ….…

Taqwa ialah sebaik bekal kepada yang tua untuk membolehkan kita mengharungi baki umur kehidupan dengan sempurna mengikut kepimpinan  Allah ( Walliullah) sehingga ke saat terakhir kita pulang kepada  alam akhirat,  tanpa rebah kerana kepenatan. Bagi  yang muda ia adalah bekalan untuk menhgarungi cabaran dalam perjalanan yang panjang, untuk selamat sampai ke destinasi akhir perjalanan  menemui Allah dan selamat daripada singrom keguguran dijalan dakwah.

Taqwa ialah sebaik baik bekal yang perlu kita tinggalkan sebagai Pesaka kepada anak-anak, cucu dan keturunan kita sepaya mereka dapat meneruskan legasi perjalan kehidupan beriman kepada Allah, InsyaAllah

Taqwa ialah sebaik-baik bekal untuk kita guna " consume" apabila kita berpindah kealam kubur dan alam mahsyar kelak, transit pertama dan kedua.

Taqwa ialah sebaik-baik bekal untuk kita persembahkan kepada Allah untuk dikira, dinilai  dan dibayar  nilainya oleh Allah dengan Redhonya dan Syurganya.
 
3.      Kepentinganya sebagai piawai yang diwartakan oleh Allah SNW untuk mengukur darjat sesaorang manusia di sisi Allah SNW : Surah Al-Hujarat  : 13

"sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertaqwa…."

Taqwa berfungsi sebagai piawai yang telah diwartakan oleh Allah SNW sendiri untuk mengukur ketinggian status sesaorang manusia disisi Allah SNW,  ia adalah satu bentuk  approved standard of reference untuk menjadi asas rujukan dan ukuran untuk semua manusia pelbagai bangsa dan warna kulit. Ia merupakan faktor kritikal dalam usaha menyatukan Ummah dan membina kemesraan dikalangan hamba Allah. Ia merupakan satu-satunya panji-panji naungan Allah yang mana semua manusia sepatutnya berlumba-lumba untuk menegakkannya. Panji-panji ini akan menyelamatkan manusia dari sebarang perseteruan asabiah bangsa, negeri , etnik, perebutan harta dan keluarga.
Piawai ini lah yang harus menjadi buruan kita kerana jika di nisbahkan dengan kehidupan didunia , perbezaan tahap status sesaorang disisi Allah SNW yang diukur dengan mengguna piawai Taqwa , antara yang paling tinggi dan yang paling rendah  Taqwanya ,  akan memberikan impak yang boleh digambarkan seperti berikut:

Taqwa akan menetukan status kita ketika mengadap Allah di alam akhirat..sama ada kita akan berada dalam senarai "tetamu kehormat" bersama para Ambiaak , para solihin, dan mujahidin atau kita hanyalah salah seorang dari orang ramai yang akan turut memenuhi " dewan mengadap"  Illahi kelak.

Taqwa akan menetukan apakah tahap hospitality/keraian yang kita akan terima semasa berada di alam transit , iaitu alam kubur…adakah kita akan menunggu dan berehat didalam VVIP longue yang luas serta dipenuhi dengan pelbagai keistimewaan dan kenikmatan atau kita akan hanya akan berada di bangku penantian biasa sahaja.

Taqwa adalah penentu apakah bentuk  kelas layanan (treatment } yang disediakan kepada kita di alam akhirat…adakan kita akan mendapat layanan hamparan permaidani merah serta sambutan intimewa VVIP treatment atau layanan biasa untuk rakyak awam sahaja.

Taqwa adalah penentu kepada apakah jenis kenderaan yang disediakan untuk kita dimahsyar kelak ... apakah ianya akan berupa kebuah kenderaan yang very high performance yang mempunyai kelajuan sepantas kilat atau kenderaan kita itu nanti yang prestasinya kelajuannya setara dengan  keldai  sahaja.

Taqwa akan menetukan apakah jenis rumah kita didalam Syurga kelak… adakah ia nya sebuah istana yang penuh dengan pelbagai kemewahan , sungai yang mengalir dan di kelilingi  oleh taman buah-buahan yang sentiasa berbuah…atau sebuah rumah kediaman syurga kelas biasa sahaja.

Taqwa adalah penentu apakah jenis hidangan yang  akan disediakan kepada kita kelak …adakah ianya sentiasa berupa hidangan  royal cuisine  atau hidangan yang setara dengan hidangan buffe biasa .

Taqwa akan menetukan akan apakah hiasan peribadi yang akan dipakaikan kepada kita disana nanti …adakah ia akan berupa pakaian syurga berjenama, dihiasi dengan  intan permata  daripada jenis  kualiti paling  mahal dan mewah  yang tidak pernah kita lihat dan dengar didunia ini atau hiasan pakaian syurga yang biasa sahaja.

Taqwa akan menetukan siapakah pasangan-pasangan hidup kita disana… samaada dia juga merupakan bidadari-bidadara ahli muttaqin yang tinggi tarafnya , yang muda remaja, gagah tampan dan cantik jelita yang sentiasa bersedia untuk menghiburkan kita atau mereka itu nanti hanyalah bidadari-bidadara  yang biasa-biasa sahaja.

Taqwa akan menetukan apakah permainan yang kita akan bermain disana..adakah ianya satu permainnan elitis atau permainan kampong seperti congkat dan guli sahaja

DAN TERPENTING tahap Taqwa menentukan akan menentukan samada kita ini akan menjadi golongan elit disisi Allah SNW sehingga kita mempunyai  unlimited direct acess  dengan Allah untuk bertemu , berjumpa Allah dan melihat wajah Allah sepuas puasnya,  yang berupa setinggi-tingi nikmat syurga di hari akhirat atau kita akan mempunyai  limited access  yang segala-galanya terhad.

Demi kepentingan Taqwa Allah SNW menwajibkan kita berpuasa…untuk mendera diri kita, shahwat kita…deraan lahir dan batin…dan menguji ketulusan kita kepada Allah SNW. Senbagai insentif untuk kita berkerja keras Allah menyediakan Lalaiul Qadar…. Hadiah yang pasti..untuk semua orang yang mengejarNya.

Kerana pentingnya taqwa juga lah maka setiap minggu pada hari jumaat khatib wajib membaca ayat Al-Quran berkaitan taqwa didalam khutbahnya.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment