05 August 2013

Help Palestine [hidayahnet] Isu Syiah, betulkah kita prihatin masalah umat Islam?

 


Betulkah kita (termasuk saya sendiri) dari kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie benar-benar prihatin dengan akidah umat Islam yang tercabar dewasa ini dari isu Syiahnya, isu anjingnya, isu kalimah Allah?
 
Minggu ni telah beberapa kali saya mendapat panggilan telefon dari mereka yang tidak saya kenali bertanyakan mengenai pusat pemulihan Islam untuk remaja perempuan yang terlanjur (berzina) kerana mereka menyangkakan saya yang menguruskan pusat ini, sedangkan saya hanya mengiklannya dalam blog saya beberapa ketika dulu.
 
Saya kata saya tidak menguruskannya, hanya sekadar mengiklankannya, dan saya pun tiada nombor telefon pusat tersebut dalam simpanan, perlu mencari semula dalam internet.
 
Di sini saya ingin merayulah kepada JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri dan Utusan Malaysia supaya mengiklankan secara besar-besaran nombor telefon pusat pemulihan Islam remaja perempuan yang terlanjur. Ramai di luar sana yang perlukan bantuan ini, tapi dalam laman web JAKIM dan portal Utusan Malaysia akhbar No 1 orang Melayu tiada maklumat ini.
 
Saya juga merayulah kepada JAKIM , dengan kutipan zakat yang bertambah pada tahun ini agar memperbanyakkan khidmat kaunseling atas talian, kerana apabila saya menonton rancangan soal jawab agama bertalu-talu orang telefon bertanyakan pelbagai masalah agama, masalah keluarga, masalah suami, masalah anak-anak hinggakan menangis-nangis secara langsung dalam TV dan radio.
 
Tolonglah, janganlah sekadar beri penerangan itu sesat, itu haram, itu salah.
 
Tolonglah mereka yang perlukan bantuan, tidak semestinya bantuan wang ringgit.
 
Barulah lebih ramai akan terpikat dengan kepimpinan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment