27 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Banyakkan muhassabah diri, jauhi persengketaan

 


Betullah kata Nabi SAW, orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati dan beramal untuk persediaan selepas mati (lebih kurang maksudnya). Andaikata setiap 20 minit kita boleh terasakan kehadiran Malaikat Izrail yang menjenguk kita samada masa kita sudah sampai bertemu Ilahi, sudah pasti kita tak hendak bermusuhan dengan sesiapa, sentiasa menasihati kawan dan lawan melakukan perkara yang baik, dan menasihatkan mereka untuk menjauhi maksiat.
 
Tak ada masa nak tengok kelemahan orang lain, sentiasa fikir bila kita nak mati, macamana cara kita nak mati, cukupkah amalan kita, akan terampunkah dosa kita, redha kah ibu bapa kita?
 
Yang sihat 2-3 hari lalu kita jumpa, hari ini dah bertemu Ilahi. Yang nak buat pemeriksaan jantung pula, mendapat berita yang menggembirakan.
 
Itulah kerja Allah.
 
Hari ini saya dikejutkan dengan pemergian Dr Abd Aziz Sabran. Beliau merupakan doktor kesihatan di UITM Kuala Pilah. 3 hari lepas saya jumpa beliau, begitu ceria sekali, beliau menceritakan mengenai penglibatan beliau dalam NGO Sahabat Insani di Nilai, N.Sembilan yang memperjuangkan pusat pendidikan Islam khusus untuk anak-anak OKU. Beliau mengharapkan agar orang ramai lebih prihatin akan nasib anak-anak OKU ini .
 
Kepada mereka yang mengenali Dr Abd Aziz Sabran, kepada mereka yang mampu, selain menghadiahkan Al Fatihah, agar dapat membantu almarhum Dr Abd Aziz Sabran agar terdirinya kompleks Pusat Pendidikan tersebut.
 
SMS terakhir beliau pada 24 Jun 2013 ialah beliau meminta saya untuk mempromosi NGO Sahabat Insani ini yang saya tulis sebelum ini di http://rozmal.blogspot.com/2013/06/pusat-pengajian-islam-khusus-untuk_2079.html
 
Kepada sahabat dan rakan saya yang bersengketa baik dalam parti apa sekali pun, marilah banyakkan mengingati mati, pasti kita tidak ada masa untuk mengungkit-ungkit kisah silam.
 
Mohon share artikel ini, sekiranya ada manafaatnya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment