20 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Bangau Oh Bangau, lebih baik jadi ular

 


JKKK kata bukan bidang kuasanya, KRT Rukun Tetangga pula tiada penyelesaiannya.
Baik jadi ular !
 
Risiko rumah tepi padang
 
20 Jun 2013  KUALA PILAH – Penduduk di Rumah Rakyat Juasseh, di sini memohon jasa baik pihak terbabit untuk membina pagar pengadang di padang awam taman berkenaan bagi keselamatan penduduk terutama yang tinggal di persekitaran padang ini.
 
Ini berikutan terdapat rungutan diterima daripada penduduk mengatakan sering terjadi kerosakan harta benda dan peralatan akibat terkena bola sepak yang dimain belia pada waktu petang.
 
Penduduk, Mohd Izwan Lokman, 29, berkata, padang bola di taman itu sering menjadi tumpuan belia sekitar kawasan Juasseh untuk melaksanakan aktiviti riadah pada setiap petang.
 
Menurutnya, penduduk pernah mengajukan permohonan untuk membina pagar pengadang ke pihak berkaitan beberapa tahun dahulu tetapi pihak tersebut memaklumkan ia adalah tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
 
 "Kami sudah pun bertemu dengan pihak JKKK tetapi mereka memaklumkan perkara ini bukan bidang kuasanya," katanya.
 
Justeru itu katanya, untuk mengelakkan masalah ini berterusan, golongan belia sudah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membina pagar pengadang di kawasan padang bola.
 
"Pengadang dibina berhampiran surau taman yang sering mengalami kerosakan teruk akibat terkena bola.
 
"Kami menggunakan tiang lampu sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang secara kebetulan sedang membuat pertukaran tiang lampu kayu kepada tiang lampu batu manakala jaring adalah sumbangan individu daripada penduduk taman," katanya.
 
Bagaimanapun, katanya, keadaan tiang pagar tersebut sudah mula reput dan jaringnya banyak yang koyak.
 
"Kami sangat berharap agar ada yang lebih baik dan sempurna seperti yang terdapat di padang awam Kampung Selaru di mana padang itu memiliki pagar yang tinggi bagi mengelakkan bola tersasar ke kawasan perumahan," katanya.
 
Selain itu, Lau Tack Meng, 56, berkata, rumahnya juga pernah mengalami kerosakan akibat terkena bola. 
 
"Pada awal tahun lalu, lampu di bahagian hadapan rumah pecah. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan belia. Lagipun ini satu-satunya padang bola yang terdapat di sini.
 
"Jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini. Malah, saya pernah ajukan masalah ini ketika mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 2008 dan 2009, tetapi masih tiada penyelesaian," katanya.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment