05 September 2012

Help Palestine [hidayahnet] Masalah Kurang Darah Tak Datang Dengan Sendirinya

 

Salam alaik,

Ada seorang sahabat bertanyakan jika ada bahan makanan natural yang baik untuk sesiapa yang mengalami masalah kurang darah atau darah cair

Nak jawab terus tak boleh, TANPA MENGETAHUI PUNCA MASALAH KURANG DARAHMasalah kurang darah tak datang dengan sendirinya. Ada amalan yang KITA TAK BUAT dan yang KITA SELALU BUAT boleh mengakibatkan KURANG DARAH. 

Pertama sekali, semua masalah kesihatan seharusnya dirujuk pada Doktor di Klinik atau Hospital terlebih dahulu.
Kedua, harus ingat bahawa, saya bukan Doktor mahupun Pakar Pemakanan mahupun Tabib Yunani. 

Oleh itu, ambil nasihat saya dengan berpada-pada kerana saya sekadar berkongsi pengetahuan, BUKAN NASIHAT PAKAR. Sila buat rujukan lain selepas ini kerana mungkin ada banyak silap dan perlu diperbetulkan.

Lebih baik kita mulakan dengan TERMA MUDAH.
Selalunya Kurang Darah itu dikaitkan dengan Kurang Darah Merah. Nama lebih saintifik ialah Anemia dan selepas jumpa Doktor memanggilnya Low HB / HGB ( haemoglobin ) Count. Ada juga satu lagi bernama Darah Cair, nama saintifiknya Thrombocytopenia dan lepas jumpa Doktor namanya Low Platelet Count. Semua boleh dirangkumkan di bawah kategori BLOOD DISORDER.

Secara am, SEL DARAH => Sel Darah Merah, Sel Darah Putih dan Sel Platelet

Semua jenis sel tak boleh terlebih mahupun terkurang. Aras perlu seimbang untuk berfungsi baik.

Menjadi perkara biasa untuk perempuan yang mengandung akan mengalami Anemia lama. Mungkin perempuan dalam haid juga mengalami Anemia sementara. Tapi kaum lelaki yang tiada haid dan perempuan tak mengandungpun boleh mengalaminya. Terpulang kepada punca.

Petanda-petanda yang dikaitkan pada masalah KURANG DARAH selalunya ( tapi tak semestinya ) :
=> Senang pitam
=> Lemah badan 
=> Selalu pening lalat
=> Tidak bermaya
=> Nafas rasa berat
=> Jantung berdegup laju
=> Rambut banyak gugur
=> Pelupa yang amat
=> Lebam susah nak pulih
=> Luka sikit tapi darah banyak
=> Luka bedah yang susah nak sembuh kerana sentiasa berdarah
=> Muka, kulit dan kuku pucat
=> Kelihatan di bawah kulit tompok-tompok merah berpunca dari urat-urat kecil yang pecah

Mari kita lihat 3 punca utama masalah KURANG DARAH atau DARAH CAIR:
1. Pengurangan pengeluaran SEL DARAH ( sel merah atau sel platelet ) dari som-som tulang
2. Pertambahan kerosakan yang berlaku pada SEL DARAH
3. Terlalu banyak SEL DARAH yang terperangkap di dalam LIMPA ( spleen )

1. Pengurangan pengeluaran SEL DARAH ( sel merah atau sel platelet ) dari som-som tulang 
Akibat dari 
=> masalah som-som tulang seperti leukimia
=> masalah cancer kelenjar
=> masalah buah pinggang
=> pelbagai serangan VIRUS ( begok, rubella, HIV, Hepatitis C, Chicken Pox etc ) 
=> meminum alkohol akan membunuh banyak sel-sel darah dalam tulang som-som. ( Nabi dah beritahu kita 1,400 tahun dulu lagi )
=> kekurangan Zat Besi, Vitamin B9 ( Folic Acid ) dan B12 ( Cobalamin )
=> minuman Alkohol akan menghapuskan Vitamin B12 di dalam perut lagi.   
NOTA : Doktor yang bijak akan membuat analisa aras Vitamin B12 di dalam darah untuk sesiapa yang bermasalah kurang darah. Ini kerana KEKURANGAN B12 berpunca dari pemakanan DAN JUGA mungkin berpunca dari pencernaan yang kurang efisien di dalam perut sehinggakan tak dapat ekstrak B12 dari makanan. 

2. Pertambahan kerosakan yang berlaku pada SEL DARAH 
=> Pembunuhan Sel Darah oleh sistem badan kita sendiri kerana kekeliruan 
=> Penggunaan Dadah yang mencairkan darah seperti Heparin untuk pesakit jantung 
=> Penggunaan Dadah Anti-biotic 
=> Chemotherapy
=> Serangan virus sehingga menjadi sepsis ( keracunan darah = septicemia )
=> Kerosakan pada saluran darah
=> Saluran darah yang bengkak
=> Kehilangan zat besi dari ulcer perut dan cancer colon.
=> Masalah genetik seperti Alpha dan Beta Thalassemia ( Sel Darah mati cepat ).

3. Terlalu banyak SEL DARAH yang terperangkap di dalam LIMPA ( spleen ) 
=> Limpa yang bengkak menjadi besar akibat dari Hepatitis B, C atau cancer pada Hati ( Liver ), lalu memerangkap SEL DARAH lebih banyak dari yang patut.

NOTA : Penyakit Hep B dan C boleh dicegah sekiranya menurut nasihat Nabi, iaitu jaga kebersihan diri dan mengelakkan diri dari perbuatan zina, liwat dan bersetubuh semasa haid. Kini manusia moden dan sangat pandai menambah cara mencari penyakit Hep B dan C iaitu dengan berkongsi JARUM untuk suntikan dadah jenis Morphine, Heroin dan Methamphetamine. 

Setelah tahu PUNCA KURANG DARAH, mari kita usahakan ke arah kesihatan.

APA GUNA VITAMIN B12?

Vitamin B12 membantu som-som tulang untuk proses penjanaan SEL DARAH MERAH secukupnya. Ada banyak lagi fungsi.

APA GUNA VITAMIN B9?

Vitamin B9 mempastikan perjalanan sistem saraf dengan baik supaya sel sentiasa membangun dan membaikpulih dengan sendiri. Juga ia membantu darah kita mengurangkan sejenis kimia amino ( Homocysteine ) di dalam darah yang menyebabkan cancer paru-paru, colon dan cervix. 

APA GUNA ZAT BESI?

Zat besi ialah komponen utama Sel Darah Merah yang membawa OXYGEN ( yang mengandungi zat-zat lain ) ke seluruh badan dan membersihkan Carbon Dioxide dari darah. Ada banyak lagi fungsi Zat Besi.

Makanan Natural untuk mendapat Vitamin B9 , B12 dan Zat Besi tanpa menggunakan supplement dari Pharmacy :

=> Makanan terbaik yang banyak Zat Besi dan Vitamin B9 : KORMA
Setelah itu - Daging Kambing, Dal, Yoghurt, Kekacang, Almond, Oats, Telur, Kentang, Papaya, Pisang, Kerang dan banyak lagi

=> Makanan terbaik untuk Vitamin B12 ialah : Kerang, Kupang
Setelah itu - Sotong, Udang Galah, Ketam, Ikan, Telor, Lembu, Cheese, Susu, Yoghurt, Ayam dan banyak lagi

=> Makanlah banyak buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran hijau

=> Taat perintah Allah dan jauhi larangannya seperti yang dinasihatkan oleh RasulNya

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment