22 April 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] Video Youtube Adam Adli Himpunan PTPTN

 

Assalamu'alaykum..
Saya teringin merespon di sini,memberi pandangan bukan mahu mencurah rasa. Tanpa melihat pada mana-mana individu, malah melihat pada diri sendiri.Kita yang sedang dan mengikuti tarbiyyah, apakah sebenarnya maratib amal kita? Kita mahu mengislah diri dan penghujung jalan yang belum pasti bila ialah ustaziyatul 'alam. Pengislahan diri yang memerlukan pembaikan dalam muasafat seiring dengan kefahaman yang sebenarnya. Kita adalah syabab,bukan syabab kerana padanya semangat(hamasah) yang membara semata-mata, bukan usia yang muda yang kita laung-laungkan tapi syabab yang punya kekuatan untuk bekerja untuk ummahnya. Tidak kira kita masih di bangku kolej, mahupun di kerusi empuk pejabat-pejabat, kita adalah yang dikatakan syabab li inqaz al -ummah. Syabab yang membawa ummah kepada kejayaan. Kita yang mengikuti tarbiyyah, walaupun apa "corak baju kita", apa yang kita mahu tetap tertegaknya islam di setiap jiwa. Jujur di hati saya,apabila berlaku situasi begini saya sedikit terkilan. Jujur saya katakan masih banyak kerja mereka yang mengelar diri seorang daie, seorang murabbi. Jauh lagi perjalanan kita, saya tidak mengharapkan kemenangan buat islam jika begini situasi ummah sekarang. Adakah kita akan ketawa jika ada yang berseleroh, "jika malaysia menemui risolusi qital, kaum india akan lari ke india, kaum cina akan lari ke china, kaum melayu lari ke indonesia kena halau" ini adalah jenaka seorang kawan saya sewaktu rehat tengahari tadi.
 
Sudah pasti ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. Kerana saya tidak mahu islam di malaysia sahaja, saya mahukan islam di mana sahaja saya berada. Saya yakin, seorang muslim yang mengamalkan dan menghayati islam yang sebenranya, dialah yang paling berjaya. Mereka yang diberi penanguhan, mereka yang belum menerima hidayah, mereka yang belum disentuh tarbiyyah, kita tiada hak keatas mereka untuk menghukum. Siapa jangka bila mereka mendapat hidayah, merekalah yang paling mulia di sisi ALlah dan apa pula nilai kita yang hina di sisiNya. Saidina Umar yang membenci islam akhirnya yang mengangkat panji islam.
 
Teruskan berdoa,teruskan mengikuti dan menghayati tarbiyyah islam,Kita yang kerdil di sisi ALlah tiada hak mahu menghukum, lihat bagaimana santunnya rasuluLlah, hatinya begitu lembut namun tiada musuh yang memijaknya.Lembutnya baginda memikat. Bukan kah islam itu aman dan selamat?
 
Justeru itu, kita di bangku universiti, belajarlah bersungguh-sungguh.Ptptn itu hanyalah alat, berapa peratus daripadanya kita gunakan benar-benar untuk pelajaran? Apa pun isunya, kita telah diberi amanah, diberi taklifan untuk belajar dan menjadi muslim yang berjaya.Sejujurnya, di belakang kita ada harapan besar buat ummah. Ibubapa,ummah dan islam khususnya. Belajarlah dengan cemerlang demi ummah. Qum! Bangun! ummah kita tenat, kita perlukan syabab yang punya masa depan merawatnya. Jika diri terasa kosong, jangan biarkan anasir-anasir yang tidak perlu menganggu kita. Carilah halaqah-halaqah,usrah-usrah atau program-program yang membina diri, mengisi kekosongan.
 
Saya yang mencintai keamanan Malaysia, mengharapkan Malaysia terus menjadi negara yang diberkati ALlah...
From: "Khaulah@yahoo.com" <Khaulah@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 16 April 2012 10:36 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Video Youtube Adam Adli Himpunan PTPTN

 
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/g6zmKuHRQyo" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Mahasiswa Bukan Spt Lembu, kini anak muda semakin sedar untuk bangkit atasi kezaliman UMNO. Pak Najib  dan Kuncu2nya akan lihat kebangkitan rakyat.. Ayuh mara kehadapan Anak muda, masa depan kita bukan ditentukan oleh UMNO laknatuallah.







__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment