19 April 2012

Help Palestine [hidayahnet] Bicara Politik 15 - Diambang PRU13 - Harga Ron 97 vs 95 dunia... 1.7 juta pengundi hantu..

 


Salam

Kalau anda mengisi petrol/diesel.. Perhatikanlah stiker harga minyak RON95/DIESEL yang ditampal disisi pam.. Betapa pemurahnya kerajaan UMNO/BN terhadap rakyatnya..

Harga Minyak = Harga Pasaran Dunia - Subsidi - Pelepasan Cukai

Harga Ron 95 : 3.54 - 1.05 - 0.59 = 1.90
Harga Diesel : 3.30 - 1.10 - 0.40 = 1.80
Harga Ron 97 : 2.90 - 0.00 - 0.00 = 1.90

Hmm.. Harga Ron 97 di pasaran dunia lebih murah dari harga Diesel + Ron 95????

KUALA LUMPUR:Consumers of RON 97 petrol started paying 10 sen more per litre beginning today, putting its price at RM2.90.
Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman said the price hike, which was fixed by the Finance Ministry, was inevitable as  the price of  world crude oil   had gone up.
The current world market price is at US$120 (RM360) per barrel.
Although the prices  of RON 95 and diesel remain unchanged, Hashim said it would be up to the government to decide if it can afford to continue subsidising the two products.

http://www.nst.com.my/ron-97-is-now-rm2-90-per-litre-1.70691

PETALING JAYA: The price of premium petrol RON 97 will be increased by 20 sen to RM2.90 per litre today.
Malaysian Petrol Dealers Asso­ciation president Datuk Hashim Othman, who confirmed this, said the price hike would be effective at midnight yesterday.
"The price of RON 97 currently fluctuates as the Government has lifted the subsidy for this petrol," he said.



Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi merebut dunia.Berapa ramai yang sanggup membunuh, berapa ramai yang menjadi mangsa rompakan dan berapa ramai yang sanggup menzalimi orang lain semata-mata mendapatkan nikmat dunia yang membutakan mata kita ini?

Untuk apa memburu dunia? Walhal dunia hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.Keindahan dunia acapkali menyilaukan pandangan mata manusia.Usah sesekali terpana dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang hakikatnya hanyalah fatamorgana semata.Pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati yang disuluh iman jualah yang hakiki.

Dunia hanyalah satu pentas permainan dan hiburan.Benarkah? Andai diperhalusi, ia memang benar dan itulah jua yang disebut oleh Allah di dalam firmanNya :


Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak."
(Surah Al-Hadiid : ayat 20)



http://mahatera.blogspot.com/2011/09/dunia-yang-menipu.html


http://www.youtube.com/watch?v=ga_CTz8b_b8&feature=related  ( IMF 1997/8 - Siapa yang nak meminjam dari IMF sebenarnya )


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )
----- Forwarded Message -----
From: faridah ibrahim <faridahib@yahoo.com>
Subject: Re: [chainz_of_frenz] 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang!

Yang ini kat Perak:- (kalau ada kat Perak, negeri lain pun mesti ada)
 
Bil No. KP (L) No. KP (B) Nama Pemilih Lokaliti
1 1358075 490925086219 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 056/05/14/004
  1358075 490825086289 KAMARUN ZAMAN BIN AHMAD SHAH 069/39/01/006
2 4172570 490112086027 OSMAN BIN ARSHAD 076/56/10/011
  4172570 490117085939 OSMAN BIN ARSHAD 076/56/10/011
3 4245676 520321085770 KASMAH BINTI JA'AFAR 075/53/19/001
  4245676 520331085926 KASMAH BINTI JA'AFAR 076/55/18/001
4 4749245 550118086126 PARMAISVAERY A/P SUPPIAH 065/28/06/005
  4749245 550108086026 PARMAISVAERY A/P SUPPIAH 070/41/02/010
5 5422619 570503087027 MOKHTARUDDIN BIN AHMAD SURI 063/23/08/009
  5422619 570503036561 MOKHTAR BIN AHMAD SURI 070/42/01/006
6 5426119 570523035419 CHE MUSA BIN YUSOF 059/14/04/004
  5426119 570523295069 CHE MUSA BIN YUSOF 059/14/04/005
7 5753340 590403086148 M.KRISHNAVANEY A/P MANIAM 063/24/06/005
  5753340 590403105732 M.KRISHNAVANEY A/P MANIAM 069/38/13/009
8 6208909 610414086245 ZAINAL ABIDIN BIN AIDI 072/46/11/012
  6208909 610415086245 ZAINAL ABIDIN BIN AIDI 072/46/11/012
9 6397062 620108086713 MOHD RASHID BIN ISMAIL 059/13/01/008
  6397062 620108086991 MOHD RASHID BIN ISMAIL 060/16/10/003
10 6840801 591023025794 PAPATHY A/P CHANDRAN 066/31/01/009
  6840801 591023025014 PAPATHY A/P CHANDRAN 074/52/05/012
11 7170288 631114086326 ONG SIEW LAI 060/16/02/021
  7170288 631114105216 ONG SIEW LAI 060/16/09/007
12 7328381 640626105150 TAN SUAN ENG 076/55/07/002
  7328381 640626086164 TAN SUAN ENG 076/56/09/015
13 7356424 630320086728 SELVI A/P SANMUGAM 062/21/16/002
  7356424 530320085030 SELVI A/P SANMUGAM 068/37/14/002
14 7491175 641230065089 ALIAS B HARUN 066/33/01/028
  7491175 641230086373 ALIAS BIN HARUN 074/51/08/007
15 7746922 460406085778 PANJACHARAM A/P KULLU 065/28/05/012
  7746922 460406085030 PANJACHARAM A/P KULLU 076/56/04/002
16 7949967 520224105119 RENGARAJAN A/L MUNUSAMY 063/24/06/001
  7949967 520224086085 RENGARAJAN A/L MUNUSAMY 063/24/09/016
17 8117792 530617086448 KHOR SIEW YING 057/09/05/004
  8117792 530617045064 KHOR SIEW YING 057/09/14/001
18 A0175632 650706055658 MAZLINA BINTI MOHD SOM 061/19/10/001
  A0175632 650706105598 MAZLINA BT MOHD SOM 061/19/10/001
19 A0387772 660102025561 BAHARIN B APTU 077/58/03/001
  A0387772 660102089135 BAHARIN BIN APTU 077/58/03/001
20 A0419976 660427055160 ROSNI BT NAPIAH 058/11/05/005
  A0419976 660427086928 ROSNI BINTI NAPIAH 074/51/08/002
21 A0662442 651108086491 MOHAMED NAYAN BIN DIN 063/23/03/011
  A0662442 651108106165 MOHAMED NAYAN BIN DIN 063/24/01/002
22 A0804415 670528715040 SAPIAH BINTI ABDUL SANI 058/12/02/002
  A0804415 670528665012 SAPIAH BINTI ABDUL SANI 058/12/02/003
23 A0841298 671121085133 KHAIRUL ANWAR BIN HASHIM 073/49/18/001
  A0841298 671121086339 KHAIRUL ANWAR BIN HASSIM 073/49/18/016
24 A2125850 720605086739 CHIK MUN CHOONG 071/43/02/028
  A2125850 720605085912 CHIK MUN CHOONG 071/44/11/008
25 A2449261 690604106481 PANDAK RAINI A/L NGAH 073/48/03/001
  A2449261 690604106107 PANDAK RAINI A/L NGAH 073/48/04/016
26 A2928284 741127086383 MOHD NIZAR BIN HAWARIZI 076/55/16/002
  A2928284 741127086373 MOHD NIZAR BIN HAWARIZI 076/55/19/016
27 A3090579 750512085400 HARLINA BINTI ABD SAMAD 074/52/01/002
  A3090579 750526085989 HARLINA BINTI ABD SAMAD 074/52/01/002 
 

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] 1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang!
To:
Date: Monday, 16 April, 2012, 12:55 PM

 
Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Jumlah pengundi hantu di seluruh negara sekarang berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, dengan didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 lalu menerusi Projek IC di Sabah.

Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.


Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD berkata, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC.

Dedah beliau, mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah.

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun.

"Perkara itu saya nya takan dalam buku saya yang berjudul IC Projek – Agenda Tersembunyi Mahathir yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika dihubungi

Kata Mutalib lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara.

Katanya, di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari.

"Mereka pakai persatuan- persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya.

Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis.

"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan me reka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya.

Perkasakan Polling Agent    


Oleh harun


 "Mendepani dan seterusnya menguasai isu-isu adalah di antara perkara pokok yang perlu ditangani dengan berkesan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 ini. Namun dalam senario politik semasa hari ini, dengan wujudnya fenomena pertambahan pengundi yang dilihat agak luar biasa, isu yang berkaitan secara langsung dengan pengundi-pengundi baru ini turut menjadi factor penentu untuk sesuatu parti meraih kemenangan.

Ini tentunya bukan sekadar penguasaan minda para pengundi baru itu sahaja, malah isu-isu keabsahan pengundi baru itu sebagai pengundi yang sah perlu juga diberi perhatian.

Kajian mendapati bahawa 400,000 pengundi baru yang kini tersenarai dalam daftar pemilih baru berada pada status meragukan. Selangor nampaknya menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Fenomena ini tentunya boleh dilihat dari sudut yang positif. Iaitu peningkatan kesedaran rakyaat, khususnya golongan muda tentang pentingnya mereka berperanan dalam menentukan halatuju politik dan pemerintahan Negara.

Tetapi dengan pembongkaran Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar tentang wujudnya konspirasi tersembunyi pihak BN untuk memanipulasikan pendaftaran pengundi baru bagi tujuan memenangkan BN dalam PRU13 ini, menjadikan fenomena ini sesuatu yang amat perlu ditangani secara berkesan oleh Pakatan Rakyat. Tindakan dan strategi susulan untuk mendepani kemelut ciptaan BN ini kelihatannya masih belum diambil secara agresif dan berkesan oleh PR. Mungkin penglibatan kos yang besar untuk setiap tindakan bantahan dan sebagainya menjadi halangan terbesar pihak PR untuk mengambil tindakan secara menyeluruh.

Apa yang nampaknya ditekankan oleh PR sekarang ini ialah menyuarakan bantahan demi bantahan kepada SPR, pembongkaran berterusan kecelaruan dalam daftar pemilih dan merancang untuk turut terlibat dengan Duduk Bantah BERSIH.

Strategi yang lebih praktis sewajarnya turut diperkemaskan hingga ke peringkat akar umbi untuk mendepani tindakan licik BN dalam memanipulasikan pengundi ini. PA atau Polling Agent adalah benteng akhir parti dalam mendepani cabaran ini.

PA yang berada di akar umbi ini seharusnya dipersiapkan untuk berdepan dengan bijak, bermaklumat dan tegas dengan apa jua situasi yang bakal timbul sewaktu hari mengundi nanti.

Tentunya individu yang bakal bertugas sebagai PA pada PRU13 nanti perlu memiliki kualti yang mantap. Sikap mengambil PA sekadar untuk memenuhkan kuota perlulah dikikis. PA perlu diprofesionalkan sesuai dengan tugasan besar mereka untuk mematikan penipuan licik BN di meja-meja pengundian.

Program pengukuhan PA sewajarnya telah digerakkan sekarang dengan aktif dan berkesan. PA perlu ditingkatkan dengan perspektif baru dan peranan yang lebih aggresif. Fokus PA tentunya bukan sekadar mengisi borang 13 dan 14, malah bersikap professional dan proaktif untuk menangani setiap pengundi yang meragukan.
 


=============================================================

From: Mus
Subject:  Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib

 
Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib

Islam bukan sekadar mengharamkan mentaati pemimpin yang memerintah dengan maksiat, malah Islam mewajibkan ke atas umatnya untuk melakukan muhasabah (menegur dan membetulkan) pemimpin yang mengerjakan keharaman tersebut. Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri di atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak-hak rakyat, mengabaikan kewajiban-kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang dari hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Umi Salamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Akan ada para pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema'rufannya dan kemungkarannya, maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, 'Tidakkah kita perlu memerangi mereka?' Baginda bersabda, 'Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam)."

Dari Abi Sa'id Al-Khudri yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman".

Riwayat ini menjelaskan lagi maksud hadis sebelumnya bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mengingkari seorang penguasa, bahkan wajib mengingkarinya dengan sarana apapun yang boleh digunakan, yang bertepatan dengan syara', baik dengan tangan ataupun dengan lisan, dan sekurang-kurangnya dengan hati. Hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar. Kerana itu, hadis-hadis ini menjelaskan hukum wajibnya memuhasabah kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa. Selain itu, terdapat begitu banyak hadis yang menyentuh tentang penguasa secara khusus, yang bermaksud ta'kid (penguatan) peri pentingnya kewajiban melakukan muhasabah terhadap penguasa. Dari Umu 'Atiyah dari Abi Sa'id yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,

"Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa yang zalim."

Ini merupakan nas khusus berupa muhasabah yang wajib dilakukan terhadap seorang penguasa, dalam bentuk perintah ke atas setiap Muslim menyampaikan kata-kata yang haq kepadanya. Maka perjuangan untuk meluruskan para penguasa yang merampas hak-hak rakyat, atau mengabaikan kewajipan-kewajipan mereka kepada rakyat, atau yang menyuruh kepada maksiat, atau yang menerapkan hukum-hukum kufur, hukumnya adalah fardhu ke atas setiap Muslim. Allah SWT telah memfardhukannya, bahkan Rasulullah meletakkannya seperti jihad, malah sebaik-baik jihad sehingga seakan-akan baginda bersabda, sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perjuangan menentang penguasa yang zalim [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].

Rasulullah SAW telah mendorong setiap Muslim agar menentang para penguasa yang zalim, bukan mentaatinya, walau apapun ancaman yang bakal menimpa di dalam rangka melakukan kemuliaan ini, walau hingga mengakibatkan seseorang itu terbunuh sekalipun. Rasulullah SAW bersabda,

"Penghulu para syuhada' adalah Hamzah, serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)" [HR al-Hakim].

Hadis ini merupakan bentuk pengungkapan yang paling tegas, yang mendorong setiap orang yang beriman agar berani menanggung segala risiko, sekalipun risiko kematian, dalam rangka melakukan muhasabah terhadap para penguasa demi meluruskan penguasa yang zalim itu. Dan ganjaran yang paling besar (mati sebagai sayyidu syuhada') menanti pelakunya. 

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan 'solat'. Auf Bin Asyja'i berkata,

"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.' Ditanyakan kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?' Baginda menjawab, 'Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian."

Mereka yang keliru, memahami 'solat' dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan 'menegakkan solat' dalam hadis di atas adalah 'memerintah dengan Islam', iaitu menegakkan seluruh hukum syara'. Ungkapan 'ma aqamu fi kum as-solah' ('menegakkan solat') adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu 'Itlaqul juz'i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, 'fa tahriru raqabah' ('maka merdekakan hamba') [TMQ al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].

Terdapat juga pandangan oleh mereka yang keliru bahawa memuhasabah pemimpin hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi dengan menarik tangan mereka ke belakang. Walhal berdasarkan banyak hadis (termasuk yang telah dibincangkan pada perenggan awal di atas), Rasulullah memerintahkan bahawa muhasabah kepada pemimpin wajib dilakukan secara terang-terangan. Malah generasi awal Islam telah membuktikan hal ini. Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, seorang wanita memuhasabah tindakan Umar yang melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Wanita tersebut lalu memuhasabah Umar kerana menetapkan sesutau yang bertentangan dengan Al-Quran (surah an-Nisa':20). Umar, dalam kapasitinya sebagai Khalifah, lalu terus mengakui kesilapannya dan membenarkan perempuan tersebut. Umar juga pernah di muhasabah secara terang-terangan dalam hal pembahagian ghanimah berupa kain buatan Yaman. Masing-masing mendapat sehelai kain secara adil. Tetapi Umar sendiri nampaknya memakai kain tambahan untuk gamis yang dipakainya. Salman Al-Farisi mencelah di saat Umar sedang berkhutbah,

"Kami tidak akan mendengar dan mentaatimu sehingga engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain untuk gamismu?" Umar menjawab, "Jangan engkau terburu-buru mencelaku." Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan berkata, "Aku bertanya kepadamu, dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini adalah bahagian hadiah darimu?" Abdullah bin Umar berkata, "Benar wahai Amirul Mukminin, itu adalah bahagianku yang aku hadiahkan kepadamu." Salman lalu berkata, "Kalau begitu, teruskanlah khutbahmu, kami akan mendengar dan mentaatimu" [Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama' wa al-Hukkam].

Beginilah hebatnya kaum Muslimin ketika itu dengan kewajiban memuhasabah pemimpin, juga hebatnya ketaqwaan seorang pemimpin di dalam menerima muhasabah dari rakyatnya. Muhasabah dilakukan secara terbuka dan langsung tidak timbul soal menarik tangan ke belakang.

Berdasarkan nas-nas, kita dapat memahami bahawa memuhasabah pemimpin itu boleh dilakukan dengan pelbagai uslub (cara/teknik) sama ada secara bersembunyi (tertutup), berhadapan secara terang-terangan, melalui penulisan, CD, ceramah, masirah (demonstrasi aman) dan sebagainya. Perbuatan memuhasabah, melalui apa cara sekalipun (yang syar'i), adalah wajib dan jauh lebih baik daripada sekadar hanya memendamkan kebencian dalam hati (bi al-qalb). Haram hukumnya berdiam diri atau tidak melakukan apa-apa, dan lebih buruk, sekiranya mengkritik atau menghentam orang yang melaksanakan kewajipan memuhasabah ini.

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, "Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku", seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, "Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu". Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya." Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.

=====================================================================

From: Mus
Subject: Parti Sekular Mengaku Parti Islam

 
Parti Sekular Mengaku Parti Islam
   
Perjuangan Umno maju negara selaras tuntutan Islam ?

Datuk Seri Najib Razak, berkata perjuangan kerajaan yang diterajui Umno dalam memajukan negara selaras tuntutan agama Islam, walaupun parti itu tidak mempunyai label Islam.

Perdana Menteri, berkata kerajaan sentiasa berjuang memperbaiki taraf  hidup pelbagai lapisan masyarakat yang memang bertepatan dengan  kehendak Islam supaya umatnya maju dan membangun untuk bersaing di persada dunia.

"Apakah perjuangan kita tidak selari dengan  tuntutan Islam hanya semata-mata parti kita tidak mempunyai label Islam?

"Tidak perlulah kita letakkan label Islam kerana sejak lebih 50 tahun lalu kerajaan inilah yang berjuang membangunkan  negara sehingga kita muncul negara maju seperti sekarang.

"Jika kita miskin kita menghampiri kepada kekufuran dan perjuangan kita sebenarnya adalah selaras tuntutan Islam. Perjuangan  kita sudah berjaya mengubah kehidupan masyarakat," katanya

Perdana Menteri berkata, tidak ada gunanya perjuangan menggunakan label Islam jika ia mengundang perpecahan dalam  ummah sehingga menyebabkan perpaduan rapuh dan sentiasa bertelagah.

PERJUANGAN UMNO BERADA ATAS ASAS ISLAM ?

Bagaimana mungkin kata-kata Najib boleh kita jadikan dalil dalam mengadili bahawa Umno adalah sebuah Parti yang selaras dengan tuntutan Islam walhal sudah  terang lagi bersuluh Umno adalah sebuah Parti Politik yang bergerak atas dasar nasionalisme (ashobiyyah) yang  jelas bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah SAW:

"..Bukanlah daripada kami orang yang berpegang , menyeru & mati dalam keadaan ashobiyyah" [Hadis Riwayat Abu Dawud]

Parti nasionalisme mempro¬pagandakan pelbagai slogan kebangsaan serta meninggikan martabat dan kehormatan bangsa Melayu dan kemelayuan tanpa memahami maknanya dengan jelas yang jauh dari hakikat kebangkitan.

Kemajuan yang dicapai Malaysia pada sebenarnya berdiri di atas sistem Kapitalis yang mengutamakan manfaat semata-mata. Sistem ini, meskipun menampakkan 'kemajuan fizikal' pada kulitnya, ia pada hakikatnya sarat dengan kezaliman dan kehinaan. Hak rakyat, sebagai contoh, seharusnya disediakan secara percuma dan diuruskan dengan baik oleh negara. Namun di dalam sistem ini, hak tersebut memiliki harga yang dibebankan ke atas rakyat. Inilah adalah bentuk kezaliman yang dipaksakan dengan begitu efektif sehingga rakyat merasakan bahawa ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melunaskan 'harga' ini.

Apalah ertinya 'perpaduan' yang 'wujud' jika ia masih berteraskan manfaat dan ashobiyyah? Perpaduan sebenar adalah perpaduan yang diwujudkan atas dasar aqidah Islam yang mulia. Kelompok yang berjuang untuk menegakkan perpaduan dan kemajuan sebenar ini mestilah juga parti/kelompok yang dibina di atas asas aqidah Islam dan bukannya atas asas yang lain. Firman Allah swt :

Dan hendaklah ada diantara kamu,segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung [TMQ:Al-Imran[3]:102]

Umat Islam sepatutnya meyakini bahwa falsafah (prinsip) kebangkitan dan kemajuan yang hakiki adalah sebuah mabda' (ideologi) yang mengga¬bungkan fikrah dan thariqah secara terpadu.  Ideologi tersebut adalah Islam.  Islam di asaskan kepada aqidah yang memancarkan sebuah sistem untuk mengatur seluruh urusan negara dan umat, dan mampu memecahkan seluruh masalah kehidupan. Dengan Islam, barulah kejayaan sebenar tercapai. Kejayaan dunia dan akhirat.

=======================================================================

-----Original Message-----
From: Mus


Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian

Harakahdaily,     12 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain.

"Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah Barisan Nasional," katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com.

Katanya, kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab.

Pertamanya, kata beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana rasuah dalam pentadbiran negara.

Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan harta negara.

"Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan penting," katanya lagi.

Oleh itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia selepas PRU13 nanti.

"Kos pendidikan melibatkan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertamanya kos yuran pengajian. Keduanya kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menambah kos sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama pembiayaan bukannya pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat menerusi penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan tiga perkara.

"Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, sumbangan tunai badan-badan korporat yang sangat banyak di Malaysia atas nama tanggungjawab sosial korporat yang diberikan pelepasan cukai," ujarnya.

Ketiga, tambah beliau sumbangan harta kekal yang boleh dikembangkan hasilnya seumpama system wakaf dalam Islam.

Sementara itu, kata Khairuddin sebagai tambahan, kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dengan mekanisama tertentu yang boleh difikirkan boleh bekerjasama mengukuhkan dana Tabung Amanah tersebut dengan memanfaatkan yayasan-yayasan pendidikan negeri sedia ada.


==============================================================================

Oleh Ahmad Lutfi Othman


Pilihan raya adalah permainan angka. Kebetulan pada 31 Mac lalu saya berkunjung ke Kota Kinabalu, dan esoknya terbang ke Miri. Kali ini, elok kita teliti fakta-fakta pilihan raya, khususnya di Sabah.


Daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ditawarkan, 25 peratus daripadanya berada di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang dianggap "simpanan tetap" BN dalam Pilihan Raya Umum 2008. Malah ada beberapa kerusi yang dimenangi BN tanpa bertanding.


Membadai dengan dahsyatnya 


Sarawak sudahpun melepasi Pilihan Raya Negeri Ke-10 tahun lalu. Tsunami politik PRU12 yang menggemparkan Semenanjung, kini membadai dengan dahsyatnya Bumi Kenyalang, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina.


Justeru, pemerhati politik menjangka Sarawak mampu menyumbang lebih 10 kerusi Parlimen buat Pakatan Rakyat dalam PRU13. Empat tahun lalu, DAP hanya menang di Bandar Kuching, seterusnya pada Mei 2010, parti itu memperolehi satu lagi kerusi Parlimen, Sibu, melalui pilihan raya kecil.


Di Kota Kinabalu, semasa menghadiri kursus kewartawanan dan media baru, dan dilanjutkan pada malamnya, secara santai sambil menjamah "ikan terbang" di sebuah restoran masakan Padang di gigi air, saya berkongsi maklumat dan sudut pandang dengan pimpinan tertinggi PAS Sabah.


Selama ini, dalam tiga kali kunjungan ke Sabah, saya lebih tertumpu kepada usaha mengagihkan bantuan kepada keluarga tahanan ISA,  khususnya di Sandakan dan Tawau, selalunya menjelang Aidilfitri, bersama teman-teman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).


Nada agak berhati-hati


Pesuruhjaya Negeri, Aminuddin Aling, timbalannya, Hamzah Abdullah (yang agak kerap mengirim SMS melontarkan idea dan juga teguran membina kepada Harakah) dan Setiausaha Perhubungan,  Ustaz Awang Leman Ikin ternyata optimis -- meskipun dalam nada agak berhati-hati -- dengan potensi rakyat Sabah untuk melakukan perubahan.


Mereka senada menyuarakan harapan agar berlaku persefahaman erat di kalangan pembangkang, bukan sahaja dalam Pakatan Rakyat, tetapi juga parti-parti lokal seperti SAPP dan STAR. BN dijangka turut menaja calon-calon Bebas, termasuk daripada parti-parti kecil bagi mempertahankan kuasa.


Keberanian pengundi Sabah untuk menukar tampuk kepimpinan kerajaan negeri sudah teruji. Parti pemerintah bersilih ganti -- BERJAYA, USNO, PBS -- menerima penghakiman
rakyat. Dan sekarang Umno-BN dilihat terlalu lama dan selesa bertakhta, sedangkan negeri yang cukup kaya dengan hasil bumi dan sumber alam ini terus terkepung dan terbelit dengan pelbagai masalah, terutama kemiskinan dan pengangguran.


Sebelumnya, sekitar jam 3 pagi 31 Mac, sebaik tiba di lokasi penginapan, Setiausaha Pilihan Raya PAS Sabah, Rahimin, yang juga 'orang kuat' Jabatan IT PAS Negeri, sempat menitipkan bekalan bermanfaat tentang keunikan latar belakang politik Negeri Di Bawah Bayu itu. Saya hanya pernah menelaah buku Dr Mohammmad Agus Yusoff, Politik Akomodasi di Sabah 1962-1992, diterbitkan pada 1992.


Saya masih sukar untuk memahami keragaman etnik, umpamanya Kadazan-Dusun yang membentuk kelompok Bumiputera bukan Islam; begitu juga kompleksiti struktur masyarakat Bumiputera Islam, seperti Melayu, Berunai,  Bajau, Illanun, Suluk dan banyak lagi.


Bukan lagi simpanan tetap 


Jika tidak diteliti secara dekat situasi terkini politik Sabah, mungkin saya seperti orang lain juga, merasakan Umno tetap dalam zon selesa dan percaya negeri itu masih merupakan "fixed deposit" BN bagi mempertahankan Putrajaya


Ya, masakan tidak, pembangkang hanya menghantar wakil tunggal (Sri Tanjung) dalam sidang Dun, Jimmy Wong Sze Phin, Pengerusi DAP Negeri. Dr Hiew King Cheu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pula merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, satu-satunya wakil Pakatan dari Sabah di Dewan Rakyat.


Persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pertambahan pengundi Bumiputera Islam  menjadikan Umno kelihatan dominan. Sistem penggiliran ketua menteri yang dimansuhkan, sebaik pusingan Musa Aman, membuktikan hal ini.


PBS yang suatu ketika dahulu begitu berkuku dan digeruni, kini terpaksa akur dengan tekanan real politik, sekadar berpuas hati dengan kuota tiga kerusi Parlimen (daripada 25 kerusi di Sabah) dan 12 Dun (berbanding 60 semuanya). Saya kira presidennya, Joseph Pairin Kitingan amat memahami hakikat itu.


"Rakyat Sabah harus disedarkan bahawa mereka menjadi harapan besar orang Semenanjung untuk menukar kerajaan Pusat. Kalaupun BN masih pertahankan kerajaan Sabah, biarkan ... kita nak tengok juga macamana ia tadbir negeri sebagai kerajaan pembangkang, istilah songsang yang sekarang dilabelkan kepada kerajaan negeri Pakatan," usik seorang sahabat, semasa kami minum teh tarik di sebuah restoran di bawah Pejabat Perhubungan PAS Sabah.


PAS lebih akrab dengan DAP? 



Semasa mengadakan wawancara ringkas dengan Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong bersama Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi, sambil ditemani Setiausaha Publisitinya, saya dapat mengesan hubungan mereka yang rapat dengan pimpinan PAS Negeri. Malah nampaknya seperti lebih akrab berbanding DAP dan KeADILan itu sendiri!


"Kita tidak mahu ada parti dalam Pakatan Rakyat yang kelihatan begitu dominan berbanding rakan-rakan yang lain, seperti Umno dalam BN," kata Jimmy.
Jimmy turut menekankan kepentingan kerjasama dan persepakatan parti-parti pembangkang. Seterusnya beliau petah menuturkan isu-isu besar di Sabah, yang tidak dapat lari daripada soal kemudahan paling asas, seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.


"Kadar air di Sabah paling mahal dalam Malaysia, lebih kurang empat kali ganda tarif di Pulau Pinang walaupun di sana bekalan air mentahnya dibeli dari Kedah. Air pula kotor dan berbau. Saya dah berkali-kali bawa isu ini ke sidang Dun, termasuk untuk mengurangkan Non-Revenue Water (NRFW) yang begitu tinggi di Sabah, tapi tiada reaksi berkesan diambil," katanya.


"Sabah berada di tempat kedua dalam senarai negeri paling miskin walaupun negeri ini mempunyai sumber petroleum, tanah yang luas dan lokasi pelancongan menarik. Jalan pun ditampal sana sini tanpa perancangan, macam kita tampal koyok bila sakit kepala atau demam," katanya, disambut ketawa kecil saya dan rakan-rakan lain.
"Contoh mudahnya, jika kita dalam perjalanan dari Sabah, masuk Brunei dan keluar ke Sarawak. Cuba pejamkan mata, bila  rasa macam berombak, itu tandanya kita masih di Sabah.


Kemudian rasa stabil, itu sudah masuk Brunei dan bila berombak balik, ia menandakan kita di Sarawak," tambahnya, sekali lagi mencetuskan suasana ceria di kalangan kami.
Seusai perbincangan ringkas itu, kami bertukar-tukar kad nama. Saya tertarik membaca Janji-janji Pakatan Rakyat Sabah di sebelah belakang kad Jimmy.


Petro Sabah 


Sepuluh janji tertulis: Merealisasikan autonomi Sabah; menubuhkan  suruhanjaya diraja masalah Pendatang Tanpa Izin; menuntut 20% royalti minyak; mempertahankan hak Tanah Adat; merombak Felda; menjanjikan dividen Tabung Yayasan Sabah RM300 Kepada setiap rakyat Sabah; menghapuskan masar kabotaj; menubuhkan Petro Sabah dan menuntut balik Blok L&M; menubuhkan Yayasan Orang Asal Untuk membasmikan kemiskinan; dan menaiktarafkan kemudahan asas Sabah dalam lima tahun.


Isu tanah adat segera mengingatkan saya dengan NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH), yang berjaya menghimpunkan ratusan rakyat Sabah yang prihatin untuk berarak secara aman pada 12 Mac lalu ke Pejabat Ketua Menteri dalam "123 Bangkit".


Sayang saya tidak sempat bertemu penggerak utamanya, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, yang juga Setiausaha TABAH. Hamzah Abdullah juga, dalam panggilan telefonnya sebelum saya ke KK, menimbulkan hal tanah adat ini.


Semasa dibawa mengeliling bandaraya Kota Kinabalu, saya turut ditunjukkan banyak projek dan bangunan yang dikaitkan dengan kepentingan Musa Aman.


Dalam pada itu, rumusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen, Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu dalam temubual dengan Roketkini cukup menarik: "Kita kena tukar pengurus. Dulu di Sabah kalau pilihan raya kita lihat baju kena tukar, tapi orangnya tidak bertukar. Pairin berapa kali? Yong Teck Lee ke, Musa Aman ke, masih duduk sana! Ini bukannya perubahan!


"Baju sudah tukar, parti sudah tukar, tapi orangnya masih duduk atas sana. Orang Sabah bukannya orang bodoh dan mereka dapat melihat semua ini. Orang Sabah mahukan perubahan. Kalau kita tak ubah, kita hanya menunggu kematian."


Dalam wawancara dengan Harakah, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling juga menekankan hal sama: "Rakyat Sabah juga cerdik, jika diberikan wang mereka pasti ambil, tapi bila mengundi mereka akan mengundi Pakatan Rakyat. Begitulah yang terjadi ketika BN menghadapi PBS dahulu, tapi akhirnya PBS juga yang menang."


Rakyat Sabah kalah dengan rasuah politik? 

Saya juga mengharapkan begitu. Bukankah selama ini kita dimomokkan bahawa pengundi di Sabah mudah menukar sokongan hanya kerana rasuah politik di saat-saat akhir?


Saya turut mengharapkan ada gelombang besar yang mampu menenggelamkan arus deras politik wang yang sentiasa menjadi tradisi BN dalam setiap kali pilihan raya di Sabah.
Hati kecil saya agak berat untuk meninggalkan KK untuk ke Miri, pagi Ahad, 1 April itu. Banyak lagi persoalan politik Sabah yang masih menjadi teka-teki dalam fikiran saya.


Meskipun ada pihak agak ragu keupayaan Sabah untuk menyumbang lebih banyak kerusi bagi menjayakan misi Pakatan Ke Putrajaya, saya kira potensi itu tetap besar dan makin menyerlah.


Apa pun, saya percaya, dalam PRU13 nanti, untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan, aktivis dan pemimpin Pakatan harus kerap melintasi Laut Cina Selatan ....
BERSAMBUNG ....

==========================================================================


__._,_._

Satu Malaysia menanggung kerugian, apabila pemerintah mengambil langkah memusnahkan institusi pengajian, mengawal media dan memperbodohkan rakyat - lantas memberi laluan kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah untuk berlaku sepanjang puluhan tahun ini.
Pandangan berbeza dicantas, demonstrasi jalan raya dipatahkan setelah dewan dalam universiti untuk pertembungan pandangan ditutup, dan peranan universiti sebagai institusi pendidikan dimusnahkan.  Lantaran daripada itu, universiti awam tempatan menghasilkan badut, kaki bodek, malah ahli akademik yang memplagiat kajian orang lain pada hari ini...
Hishamuddin Rais (gambar kanan, kedua dari kiri), yang juga "produk" Universiti Malaya pada tahun 1970-an, gagal menahan kemarahan melihat situasi institut pengajian tinggi tempatan yang diperlakukan sebegini oleh pemerintah, sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, "Masa sudah tiba.  Masa sudah tiba untuk semua kita kata, F*** you, United Malays National Organisation!"
Luahan Hishamuddin Rais ini disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh daripada lebih 150 orang hadirin, dalam satu forum berjudul "Malays Are Muted Too! - The Importance Of Freedom Of Expression", bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam.
Forum ini mempertemukan mereka yang "dibisukan"- Zunar yang diharamkan karya kartunnya; Amir Muhammad yang dirampas buku terbitannya, Jamaluddin Ibrahim yang diarah untuk mengambil cuti setelah rancangannya "Say Hi To Malaysia" dalam stesen radio 98.8 disiasat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), dan Hishamuddin Rais, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sepanjang ini mencabar sistem yang sedia ada dengan pandangannya yang penuh kontroversi.
Lebih menarik, biarpun keempat-empat ahli panel ini berketurunan Melayu, namun mereka berasal dari dunia yang berlainan bahasa.  Jamaluddin Ibrahim, misalnya lebih fasih untuk bertutur dalam bahasa Cina, dan mempunyai peminat dari komuniti Cina.  Forum yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Hak Sivil SCAH, 1 Muted Malaysia dan MerdekaReview.com ini dijalankan dengan terjemahan oleh moderator, Chai Chee Fatt.
Guan Eng naik Haji tahun depan?
Hishamuddin Rais bermula dengan analisis bagaimana orang Melayu ditakut-takutkan, dan diperbodohkan agar pemerintah mengambil kesempatan untuk mengaut kepentingan diri.  Pawang dan bomoh dalam kampung akan menyebarkan khabar hantu, dan kemudian akan diberikan telur dan beras oleh orang kampung yang telah ditakut-takutkan.  Dalam politik moden, Hishamuddin Rais mendakwa model ini terus digunapakai, dan orang Cina dalam konteks hari ini telah dijadikan "hantu" untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Beliau sempat melontarkan jenaka ketika menyindir politik perkauman yang dimainkan dewasa ini, "Sekarang kamu boleh nampak, setiap hari, UMNO kata DAP pergi surau-lah, Lim Guan Eng sembelih lembu-lah...Lepas tu, tahun depan, Lim Guan Eng naik Haji...kemudian, Lim Kit Siang bersunat!"
Malah, Hishamuddin Rais (gambar kiri) mempersendakan kenyataan bahawa orang Cina bakal mengambil-alih kerajaan di Malaysia, "Mengapa orang Cina mahu mengambil alih negara ini?  Ini sesuatu yang pelik.  Negara ini negara yang paling teruk disalah-urustadbir (mismanaged) di dunia...polisnya rasuah, sistem kehakimannya rasuah.  Kalau Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri, dalam tiga hari beliau akan ditendang keluar!"
Budaya perbincangan intelektual di Universiti
Ketika menjawab soalan daripada hadirin, Hishamuddin Rais mengimbas nostalgianya bagaimana suburnya budaya perbincangan intelektual dalam universiti, pada zaman tahun 1960-an dan 1970-an.  Menurut Hishamuddin Rais, yang juga pemimpin gerakan siswa ketika itu, persatuan dan pertubuhan dalam kampus akan menempah dewan pada setiap malam Rabu, untuk menganjurkan forum.
Untuk beliau, budaya ini adalah tradisi pengetahuan, menyaksikan bagaimana idea baru dicabar, sementara idea lama disingkirkan.  "Ini adalah kegunaan universiti...ini adalah apa yang dikatakan pendidikan!"  Pandangan Hishamuddin menerima tepukan dari bawah pentas.
"Kemudian, datang seorang yang bernama Mahathir Mohamad.  Beliau musnahkan institusi.  Beliau memusnahkan universiti sebagai institusi untuk pembelajaran.  Mengapa?  Kerana banyak pandangan yang berbeza dari kampus.  Banyak demonstrasi, banyak "tidak setuju" (disagreement) datang daripada orang muda!"
Malah, Hishamuddin Rais memperlihatkan kekecewaannya apabila perbincangan intelektual kini terpaksa mengambil tempat di SCAH, atau hotel yang disewa, yang untuknya bukan tempat yang sesuai.  "Ia seharusnya berlaku dalam dewan universiti.  Apa yang terjadi sekarang adalah semuanya tertutup!"
Beliau yang gagal menahan kemarahan akhirnya mencemuh UMNO, yang dipersalahkan kerana memusnahkan segala-gala ini.
Feudalisme sebati dengan jiwa Melayu
Amir Muhammad, yang pada mulanya "terasa malas untuk hadir" kerana melihat tajuk forum (Melayu juga dibisukan), cuba mengulas isu ini di luar kerangka perkauman, mengambil contoh bagaimana "senarai tahanan ISA dari dulu hingga sekarang" memperlihatkan corak "1Malaysia".
Bagaimanapun, pembikin filem bebas ini berkongsi pengamatannya bahawa "feudalisme adalah satu perkara yang amat sebati dengan jiwa Melayu, yang berkurun-kurun lamanya."  Amir Muhammad mengimbas sejarah bagaimana kaum Melayu menyembah kepada raja Hindu sebelum kedatangan Islam, dan bagaimana penyembahan ini dialihkan kepada Raja dan Sultan Islam, seterusnya kepada pemerintah sekarang.
Malah, feudalisme ini tidak terhapus hanya dengan pertukaran sistem politik, misalnya kepada republik.  Ketika menjawab soalan dari hadirin, Amir Muhammad mengambil contoh bagaimana ketiga-tiga negara republik termasuk Singapura, Filipina dan Indonesia, yang terjatuh ke dalam neo-feudalisme, apabila rakyatnya masih cenderung untuk mengundi calon yang "dilahirkan daripada sperma seorang tokoh dahulu".
Mengulas isu negara republik, Hishamuddin Rais yang juga pembikin filem seketika dahulu enggan memberi jawapan yang "dramatik", misalnya menganjurkan Revolusi Bolsheviks dan sebagainya, tetapi tetap mengusik hati ramai.
Hishamuddin tidak tertarik untuk hapuskan raja, tapi...
Beliau berkata, "Menukar kepada (sistem) Republik, untuk saya tidak begitu penting.  Saya tidak tertarik hati untuk menghapuskan raja-raja.  Untuk saya, kamu boleh mempunyai seramai raja yang boleh.  Tapi kamu kerja.  Kamu boleh mempunyai seorang raja yang memandu teksi, kamu boleh mempunyai Sultan Negeri Sembilan memandu teksi...saya ok.  Kamu boleh jadi Raja, Tan Sri, tapi kamu kerja sebagai nelayan...kamu boleh jadi Raja, kamu boleh jadi Sultan, apa masalahnya?"
"Masalahnya, mereka tidak bekerja (they are not working)...Mereka menyalahgunakan wang (they are abusing the money).  Itu masalahnya!"
Hishamuddin Rais menegaskan,"...tapi, jangan suruh saya menghormati anda, kerana penghormatan bukan dipaksakan kepada rakyat.  Kita memberikan penghormatan, kerana kita wajib berikan penghormatan kepada orang yang seharusnya kita hormati."
Malah, beliau memberi contoh bagaimana negeri India yang juga mengekalkan kerabat dirajanya, telah memperlihatkan perubahan.  "Di India, ada raja-raja yang jalankan perniagaan hotel.  Mereka masih mempunyai kerabat diraja, kamu nak jual kacang putih, kamu boleh jual kacang putih... Apa masalahnya?"
Amir: Mengapa raja tidak bersatu?
Amir Muhammad yang mengkaji filem tanah air turut berkongsi pengamatan dirinya.  Beliau mendapati filem pada tahun 1940-an hanya menjadikan raja sebagai wira, tetapi "revolusi mental" berlaku apabila filem seperti Hang Jebat pada tahun 1950-an, menampilkan raja dengan perwatakan yang jahat, dengan menganjurkan kemungkinan bahawa Sultan boleh berkelakuan jahat, seperti bunuh, rogol dan sebagainya dalam filem.
 
"Sebenarnya benda yang ditanggap tak boleh disoal, pernah disoal sebelum ini.  Padahal benda yang baik berlaku.  Kalau orang dahulu sudah menyoal, orang sekarang ada tanggungjawab untuk menyoal dengan lebih..," kata Amir Muhammad (gambar kiri), sambil mengingatkan bahawa kebodohan Utusan Melayu hanya bermula pada tahun 1960, apabila UMNO mengambil-alih akhbar tersebut.
Amir terus mempersoalkan, "Baru-baru ini, Sultan Perak dan Sultan Selangor, dua-dua kata orang Islam kena bersatu.  Saya pun bertanya sebagai soalan, hak saya untuk mengutarakan soalan, kalau sultan-sultan ini nak bersatu, kenapa kita ada sembilan ...(Raja/Sultan)?  Kenapa kita satu-satunya negara di dunia yang ada sistem rotating (bergilir)?  Macam roda rolet..."
"Ini adalah apa yang berlaku semasa kemerdekaan.  Dan mungkin ramai tidak diberitahu atau disedarkan bahawa semasa kemerdekaan, institusi raja adalah institusi yang tak nak kemerdekaan.  Sebab dia tahu dia akan hilang kuasa!" katanya.
Ketawa pun perlu ambil lesen?
Sebelum mengakhiri ucapannya, Hishamuddin Rais menyeru agar orang Cina memberi lebih simpati kepada orang Melayu, kerana orang Melayu kini telah diperbodohkan, dibonsaikan mindanya sehingga malas untuk berfikir.  Beliau sempat mengusik pemimpin UMNO apabila mengeluarkan kata-kata, "Lebih dahsyat, Muhyiddin Yassin (TPM) dan Lokman Adam (yang lompat parti) memikir untuk mereka!"
Zunar (gambar kanan), atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, meneruskan jenaka Hishamuddin Rais, yang berbunyi "nak ketawa pun perlu ambil lesen" apabila memperkenalkan kartunis yang diharamkan koleksi karyanya ini.  Zunar menggelakkan hadirin ketika menceritakan pengalaman bagaimana kartunnya diharamkan, dan proses beliau disoalsiasat oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam soal-siasat tersebut, majalah jenaka kartun kelolaan Zunar dituduh bersifat "politikal", namun dinafikan satu persatu, dari muka depan hinggalah ke muka akhir.  Zunar mempertahankan isu gadis Mongolia dibom, isu kematian Teoh Beng Hock yang dibangkitkan dalam majalah tersebut sebagai "isu jenayah", dan orang Malaysia seharusnya mempunyai hak untuk membincangkan isu yang berlaku di Malaysia.
Malah, Zunar menyatakan ketidakpuasannya kerana kelangsungan majalahnya ditentukan hanya seorang Menteri yang berkuasa.  Beliau rela berdepan dengan audien di pasaran, dan sanggup menerima nasib seandai karyanya tidak mendapat sambutan di pasaran.
Zunar yang buku dan majalah terbitannya "diganggu" dari setiap lapisan, dari pencetak, vendor sehinggalah pemilik kedai, menuding jari kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.  Beliau bertegas bahawa pencetak yang tugasnya hanya mencetak, iaitu yang akan menanyakan soalan pertama "buku ini hitam putih atau berwarna, kertas 70 gram atau 80 gram" itu tidak harus dipertanggungjawabkan dalam penerbitan.
Beliau memberi gambaran bagaimana pencetak dan vendor diugut untuk tidak mencetak karya kartunnya, yang dianggap "mengancam keselamatan dalam negeri".
Jamaluddin: Untuk kepentingan diri pemerintah
Jamaluddin Ibrahim melanjutkan kupasan Hishamuddin Rais sebermulanya, bahawa segala "hantu" yang diwujudkan tidak berkaitan dengan nasionalisme, perlembagaan persekutuan dan sebagainya, sebaliknya hanya percaturan politik kelas pemerintah untuk mengekalkan kuasa, lantas menjaga kepentingan diri.
Jamaluddin (gambar kanan) yang disekat beritanya oleh media cetak yang dimiliki Tiong Hiew King dalam tempoh tiga minggu yang lalu, merungut bagaimana Sin Chew Daily memainkan peranan yang menyerupai Utusan Malaysia, iaitu mempermainkan isu yang tidak menyenangkan kalangan komuniti Cina.
Beliau yang bekerja di stesen radio bahasa Cina ini menyahut apa yang dibentangkan ahli panel sebelumnya, iaitu pemerintah sebenarnya tidak mahu rakyatnya dicelikkan, sama ada dalam konteks UMNO dengan masyarakat Melayu, mahupun MCA dengan komuniti Cina.




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment