10 April 2012

Help Palestine [hidayahnet] 166 Pelajar Terima Anugerah Kecemerlangan Pelajar

 


 
Sri Andalas : Seramai 166 Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  yang telah mencapai keputusan cemerlang sesi 2011 telah menerima Sijil Augerah kecemerlangan pelajar, wang Saguhati daripada  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar dalam Majlis Kecemerlangan Pelajar.  
 
 Xavier dalam ucapan Majlis  itu berkata,  setiap tahun kerajaan negeri Selangor akan mengadakan satu majlis untuk semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
 
Pelajar akan diberikan Sijil Anugerah Kecemerlangan, Trofi dan Wang Saguhati mengikut setiap Dun seluruh sekitar Selangor. Ahli keluarga pelajar  juga diraikan  dalam Majlis  itu.  
 
Katanya, "seluruh rakyat Selangor jika mempunyai anak-anak  yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam pendidikan, mereka berhak menerima habuan daripada kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).
 
Tujuannya bagi meraikan usaha mereka,  menyuntik semangat  kepada seluruh pelajar agar meneruskan pengajian mereka ke peringakat Universiti. Bantuan diberikan  tanpa kira perkauman dan pemahaman politik".
 
Untuk memastikan anak mereka menerima anugerah, ibubapa wajib menghantarkan nama anak mereka beserta slip peperiksan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kawasan DUN mereka jelas Xavier di Dewan Serbaguna Kampung Jawa, Batu Satu, Klang.

Beliau merangkap Exco Selangor menambah lagi,  bantuan diberikan bagi membuktikan kepada rakyat Selangor,  apa yang dijanjikan  dalam Manifesto PRU 12 lalu berjaya dilaksanakan dalam empat tahun memerintah negeri ini.
 
Katanya, "PRU12 yang lalu, salah satu manifesto Selangor untuk pendidikan, sekiranya kerajaan negeri berjaya merampas Selangor daripada kerajaan UMNO-BN, kita akan beri bantuan RM1000 untuk ahli keluarga pelajar yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ibubapa mereka berpendapatan RM1500 kebawah.
 
Bantuan pendidikan ini diberi bagi memudahkan urusan anak-anak ke IPT disamping meringankan bebanan ibubapa pelajar", ujarnya.
 
"Pemberian ini bukanlah gula-gula pilihanraya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pusat (UMNO-BN), apabila pilihanraya hampir, baru  terkial-kial hendak hulurkan bantuan kepada rakyat.
 
Tetapi apa yang dilakukan kerajaan Selangor PR, mereka memberi selepas berjaya dalam pilihanraya bagi melunaskan janji pilihanraya". Beliau berkata demikian  dalam ucapannya.    
    
Menurut Xavier  antara sekolah yang menerima anugerah kecemerlangan pelajar terdiri daripada sekolah SMK Agama Hishamuddin seramai 63 pelajar, SMK Raja Mahadi 37 pelajar, SMK Shahbandaraya  36 pelajar, SMK Sri Andalas 21 pelajar  dan SMK Kampung Jawa 3 pelajar dan 6 pelajar dari kawasan Sri Andalas.
 
Hadir sama dalam majlis itu, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA, Ketua-ketua kampung iaitu Haji Ismail, Encik Sadek dan Haji Miswan. turut hadir adalah ketua-ketua komuniti setempat.




Editor : Khaulah Azwar 

 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment