Assalamualaikum WRT...Justeru nya itulah misi ikhsan ke atas haiwan wajib diberikan perhatian yang serius bagi didedahkan kepada masyarakat awam semua kaum, bangsa dan agama. Pendidikan berasaskan kerohanian dalam membentuk nilai2 murni dan akhlak yang mulia amatlah penting dipupuk, dititip dan diserapkan ke dalam jiwa daripada usia rebung alam kanak2 dan remaja lagi. Sikap pengasih, penyayang dan belas kasihan insan terhadap haiwan peliharaan atau jalanan yang memerlukan perhatian, belas ikhsan dan perikemanusiaan dapat membibit, melatih dan memupuk nilai yang serupa kepada sesama insan manusia...... Amat tepatlah masanya kini Kerajaan patut mempertimbangkan agar satu mata pelajaran atau kurikulum pendidikan yang khusus bagi mendidik dan mentarbiyyahkan jiwa kanak-kanak sekolah dengan sifat ikhsan, kasih dan sayang terhadap haiwan sebagai satu golongan makhluk yang dicipta oleh Penciptanya dengan maksud melengkapi kehidupan manusia yang berkongsi planet bumi yang sama....."Dan binatang=binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya, adalah bangsa-bangsa seperti kamu juga. Tiadalah Kami alpakan sedikit pun di dalam Kitab kemudian mereka akan dikumpulkan kepada Ilahnya. Dan orang-orang yang mendustakan keterangan-keterangan Kami, mereka pekak, bisu dan di dalam gelap gulita....." -Al-An Namn 6:38-39
"All creatures belong to the family of Allah..and the most beloved to Allah is he who does good to His creatures"..-Baihaqi (Animal's Right in Islam)
Tidak kah manusia belajar daripada peristiwa Nabi Noh SAW ketika banjir besar melanda bumi dan Allah SWT memerintahkan agar membina sebuah bahtera besar dimana golongan masyarakat pasangan haiwan lah yang dinaikkan dahulu bagi diselamatkan,,,,,t
amat sedih sekali manusia kini lupa dan hanya mementingkan diri semata apabila diuji Allah SWT dengan musibah banjir, gempa bumi.....pastinya haiwan2 yang menghadapi keadaaan yang sama tidak di pedulikan.....sedangkan masyarakat barat yang bukan muslim adalah lebih prihatian lagi ketika berhadapan dengan keadaan serupa...Malahan haiwan seperti anjing banyak membantu bagi menyelamatkan manusia didalam misi mencari mangsa2 yang tertimbus....
"Kalau lah tidak kerana orang-orang tua yang bersolat di masjid, kalau lah tidak kerana bayi=bayi yang disusui,kalau lah tidak kerana haiwan peliharaan...maka telah musnah bumi ini kerana dosa dosa yang kamu lakukan"....Hadith
Lihatlah 2 tanda jelas yang telah melanda negara ini....banyak rumah2 orang-orang tua yang dibina dengan bangganya bagi warga-warga tua yang perlu penjagaan...sedihnya dimana anak-anak mereka?
Semakin hari semakin banyak kes pembuangan bayi-bayi yang tidak berdosa oleh ibu-ibu yang zalim dan tidak bertanggungjawab tanpa sedikit pun rasa belas kesihan .dimana hilangnya ikhsan dan perikemanusiaan seorang yang dinamakan insan manusia?
Justeru itu ummat Islam wajiblah cepat sedar dan insaf dengan segala tanda2 dan peringatan/amaran Allah SWT yang telah diturunkan menerusi Kitab dan RasulNya semoga kita terlindung daripada segala musibah,banjir, bencana alam, mala petaka akibat kemurkaanNya...Allahu'alam
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata, (tetapi) tidak melihat dengan matanya, dan mempunyai telinga, (tetapi) tidak mendengarkan dengan telinganya. Orang-orang itu seperti ternak, bahkan lebih sesat; itulah orang-orang yang lalai",,Al-A'Raaf 7:179
'Sharing is caring is learning and loving all mankind, creatures and creations of Allah'
Suraya Al Fakeer
The Silaturrahim/Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin/Ricoi/Halfway Home for Animals/Bela Miskin Tegar/Pertubuhan Tahfiz As-Siddiq/Imaana
Suriati Othman
On Thursday, January 2, 2014 7:37 PM, ab rahim abdul hamid <arah1958@yahoo.com> wrote:
Gejala kes buang bayi masih serius, hampir berlaku setiap bulan
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Kes pembuangan bayi dikesan masih serius di seluruh negara apabila hampir setiap bulan dilaporkan berlaku sejak awal tahun ini.
Gejala ini semakin membimbangkan kerana dua kes terbaharu yang dikesan di Ipoh, Perak dan Puchong, Selangor melibatkan bayi malang yang masih hidup dan dibiarkan atas jalan tar.
Berikut adalah kronologi kes-kes pembuangan bayi di seluruh negara yang dilaporkan dalam akhbar:
16 Jan. - Seorang pekerja pembersihan menemui janin bayi dalam balang kaca di tempat pembuangan sampah berhadapan sebuah
bank di Pusat Perniagaan Api Api, Kota Kinabalu, Sabah.
21 Jan. - Seorang gadis tergamak membungkus mayat bayi luar nikah yang dilahirkannya dengan plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang.
27 Feb. - Sepasang suami isteri menemui seorang bayi yang masih bertali pusat di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya di Kota Marudu, Sabah.
11 Mac - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditinggalkan dalam beg di tempat letak kereta sebuah restoran di Terminal 2, Taman AST, Seremban, Negeri Sembilan.
19 April - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui masih hidup walaupun dibuang di tepi sebuah rumah di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
12 Jun - Mayat seorang bayi yang dipercayai sudah meninggal dunia hampir seminggu dijumpai dalam tong sampah sebuah pangsapuri di Jalan Lintang Madrasah, Jelutong, Pulau Pinang.
16 Julai - Jemaah Masjid Jamek Ar-Raudah, Saleng, Kulaijaya, Johor menemui mayat bayi perempuan dalam keadaan berbalut dalam sebuah bakul di hadapan pagar masjid itu.
10 Ogos - Sepasang suami isteri menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih hidup di tepi tong sampah di Taman Arowana di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
28 Ogos - Satu janin bayi yang cukup sifat ditemui dalam sebuah kotak kasut di ruang solat wanita di Masjid Raja Alang, Beranang dekat Kajang, Selangor.
29 Ogos - Mayat seorang bayi perempuan yang kepalanya telah pecah selain bahu kanan patah serta hampir reput ditemui dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu.
31 Ogos - Penduduk di Taman Falim Indah di Ipoh, Perak gempar berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di tebing Sungai Pari.
1 Nov. - Seorang kaki pancing yang sedang mencari umpan menemui mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat terapung di Sungai Sarawak di Kuching.
9 Dis. - Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas jalan tar berhampiran sebuah rumah kedai baharu yang tidak berpenghuni di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia di Ipoh, Perak.
14 Dis. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebuah lorong di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131215/dn_15/Gejala-kes-buang-bayi-masih-serius-hampir-berlaku-setiap-bulan#ixzz2nWA2UqGF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Apa yang telah atau sedang kita lakukan untuk memastikan anak cucu kita atau saudara mara kita tidak termasuk mereka yang membunuh dan membuang anak?
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment