30 January 2014

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Siapa Pun Bertanding Bagilah kerjasama, PAS Belajar Kesilapan Lalu [2 Attachments]

 

http://khaulah-azwar.blogspot.com/2014/01/siapa-pun-bertanding-bagilah-kerjasama.html

 
30 Jan , Batu caves: Entah mengapa saya menjadi penat membaca
statement negatif pemuda PAS. Penat membaca SMS dan whatsup
rakan-rakan ingin bertanya kan pendapat PRK Kajang dengan meletakkan
calon DSAI, dan kenyataan pemuda PAS untuk boikot PRK Kajang.


Saya terdiam dan memikir setiap hari mencari jawapan berdasarkan
pengalaman-pengalaman saya dalam penglibatan Pilhanraya umum dan
Pilihanraya kecil. Pengalaman yang mungkin tidak sehebat
sahabat-sahabat pimpinan lain tetapi ingin saya kongsi sedikit agar
kita tidak melakukan kesilapan terus menerus.

Pemuda PAS jangan keluarkan kenyataan yang merosakkan ukhwah.  Umpama
tidak redha apa yang di tetapkan Allah SWT.


Pada saya siapa pun yangg bertanding PAS/PKR /Dap  saya akan  tetap
sumbang tenaga buah fikiran kerana Allah. Buat lah sesuatu kerana
Allah bukan kerana orang;emosi. Nanti jika  kita tidak  buat kerana
Allah kita tidak dapat apa-apa ganjaran melainkan penat dan dosa serta
putus asa..

Belajar daripada sejarah lalu apabila ada kawasan yang boikot tutup
bilik gerakan kerana  tidak dapat bertanding. Ungkit semua kerja-kerja
di buat selama ini. "Ibarat debu berterbangan amalan kita selama ini".
Dengan hati yang tidak bersih dan memboikot PRU11 lalu  kerana tidak
meletakkan calon PAS di Batu Caves akhirnya  kemenangan tidak diberi
kerana kesatuan hati tiada. Kita pengaruh sahabat-sahabat untuk tidak
menjalankan tugas dan bertugas di tempat lain. Allah uji kita semua
dengan melihat keikhlasan dalam menjalankan tugas dalam jemaah.

Alhamdulilah saya bukan orang yang mudah di pengaruh. Saya cuba
mempertahankan kawasan DUN Batu Caves walaupun petugas PAS ramai lari
kawasan lain. Dengan bantuan adik-adik jemaah kampus 20 orang dan
makcik pakcik yang sudah berusia, kami bentukkan satu kumpulan dan
membuat perang saraf pilihanraya. Memang hati sedih bila fikir
kesatuan hati ketika itu. Namun saya sentiasa berdoa sepanjang PR
dengan arahan pimpinan PAS dan TGNA, TGHA agar istiqama untuk jalankan
tugas di tempat masing-masing. Usah ikut hati seperti rakan yang
melakukan. Biarlah mereka kritik kita kerana tidak ikut arahan
pimpinan kawasan.

Namun kita perlu taat pimpinan PAS Pusat dan mempelajari peristiwa
peperangan islam. Saya akur dengan menelan kepahitan kritikan
sahabat-sahabat kerana tidak ikut arahan PAS kawasan. Allah juga maha
mengetahui. mengapa saya perlu taat jika arahan itu tidak betul?? saya
tidak mahu amalan saya hilang seperti debu beterbangan.


Namun pada pilihanraya PRU12 pula laluan diberi untuk PKR bertanding
lagi, calon PAS diberi di Gombak. kita buat kerja lagi dengan menerima
hakikat mungkin belum tiba PAS bertanding di Batu Caves. Saya tidak
dapat bayangkan jika satu hari nanti PAS akan bertanding di Batu
Caves. Pasti pemuda-pemuda PAS bersemangat menjalankan tugas di Batu
Caves. Begitulah juga muslimat kawasan. Insya-allah sama-sama doakan
moga impian kita tercapai.

Akhirnya  kemenangan di beri apabila PR menang besar walaupun kerusi
PAS di kawasan parlimen Gombak sedikit . Inilah perancangan terbaik
daripada Allah SWT yang selama ini PR  tidak kesempatan capai
kemenangan besar. Ketika usia saya 24 tahun baru meraskan kemanisan
kemenangan dalam PAS. sangat teruja sangat manis yang tidak dapat saya
gambarkan. Tahniah kepada semua pimpinan dan semua petugas.

Sahabat-sahabat PAS, pimpinan PKR dan DAP tidak ketepikan pimpinan PAS
dengan memberi laluan melantik pimpinan-pimpinan menjadi ahli majlis
bagi mencapai misi visi PR. Alhamdulilah akhirnya kesatuan hati dapat
di satukan. Jadi mengapa perlu boikot?? Kita kena terima hakikat
mungkin PAS belum diterima non muslim sepenuhnya. Namun berdoalah
sentiasa moga Islam akan di terima dan berbondong-bondong orang
memasuki PAS seperti yang berlaku sekarang PAS telah di terima oleh
Non Muslim. Teruskan usaha dakwah ini.


Suka saya menasihatkan pimpinan PAS terutama golongan muda Usah
bertelagah dan mendabik dada. Apabila kita dalam jemaah tidak jemu
dengan ilmu usrah maka amalkan ilmu tersebut sebaiknya. Patuh arahan
pimpinan selagi tidak langgar syariatnya.


Jika pimpinan minta kita taat suara pemilihan setelah bermusyawarah
maka harus kita mentaatinya untuk kebaikan ummah.


Sahabat-sahabat semua  yang di kasihi Allah "think positif". Ada
hikmahnya 100 ribu rahsia dan terbilang rahsia Allah apabila tiap apa
yang berlaku.

Mungkin jika di takdir Allah DSAI menang nanti ini menjernihkan
perbalahan antara Tan Sri Khalid dan  Azmin Ali sebab mereka pasti
malu bila bigboss ada dalam pimpinan selangor. Mereka kena "respect"
bapanya takut bergaduh depan bapa. Jadi wujudnya DSAI dalam Selangor
harap mampu satukan ukhwah mereka kembali. Apakah kita tidak mahu
mendapat pahala menyatukan dua hati ini kembali?

Mungkin juga apabila DSAI menjadi MB Selangor nanti ekonomi bertambah
baik bahkan lebih cerah masa depan kita semua untuk menuju Putrajaya.
Sekarang umno sudah mula perang saraf. Mereka menggelepor bila DSAI
yang bertanding kerana mereka nampak masa depan PR cerah. DSAI antara
pimpinan yang jadi gerun kepada UMNO itu sebab berbagai kenyataan PRK
Kajang di  buat. Dan sikap kita pula yang cuba memboikot PRK Kajang
adalah sangat merugikan. Jernihkan hati perbetulkan niat dalam
perjuangan. Jangan kita buat perangai macam UMNO. Jangan mendabik
dada.

Maka saya harap kita dalam PR jangan terpedaya tektik umno hingga lupa
tanggungjawab.Muhasabah diri lihat kenyataan TGNA, YDP PAS ,  orang
vateren dalam PAS. Mereka ambil positif bersangka baik dalam semua
hal. Mereka turun dalam mana-mana PRK walaupun bukan PAS yang
beranding. Jangan di sebabkan nafsu amarah kita doa kita terhalang
untuk mencapai kemenangan.  Sekali lagi saya merayu semua ahli PAS
bersihkan hati perbetulkan niat kita kembali berjuanglah kerana Allah.

Kalau kawan kita susah bagi kerjesama apabila PAS bertanding tidak
mengapa . Kita ramai jentera PAS. kita di ajar minta pertolongn Allah.
Berbagai surah perjuangan dan pertolongan yang di ajar oleh alim ulama
pada kita. Jadi amalkan. Moga kawan kita dalam PR dapat perbaiki dalam
kerjasama dan "respect" antara 1 sama lain.

Maka sama-samalah jernihkan hati usah bertindak ikut emosi;hati. Jaga
lidah hati kita dengan baik kerana 2 benda inilah yang akan merosak
amal kita jiika tidak di jaga. Yang terbaik daripada Allah SWT juga.

Sebelum terhenti coretan saya yang lemah ini, sebagai sahabat
seperjuangan saya dengan rendah hati memohon maaf jika pandangan saya
ini tidak di senangi untuk membetul kesilapan sahabat-sahabat dalam
mengeluarkan kenyataan perjuangan.

Orang mukmin itu bersaudara dan ia merupakan cermin kepada saudaranya.



Sudah hampir 3 pagi mencari ilham berpandukan pengalaman dalam
pilihanraya yang telah di lalui untuk membetulkan keadaan.

Bagi pimpinan yang di pilih ingatlah amanah yang diberi rakyat sangat
berat. Jalankan sebaiknya, bantu rakyat tanpa pilih bulu yang seperti
di lakukan oleh UMNO. Buatlah perubahan diri.


Tanpa rakyat, tanpa gerak kerja jemaah jika Allah tidak redha anda
tidak akan diangkat menjadi pimpinan. Maka hargailah peluang yang ada.
Bila rakyat minta bantuan hatta sekalipun pimpinan sudah tahu orang
tersebut kuat Pembangkang Ahli Pakatan Rakyat. Maka kebajikan mereka
perlu dijaga. Ramai yang terlepas pandang. Saya harap kita semua dapat
perbaiki niat dalam amalan.  waallahhualam.

Berjuang memang pahit tapi manisnya di syurga.

Catatan  mjuslimah Gombak cintakan kedamain dan perjuangan ISLAM.
"Kami dengar dan kami patuh arahan pimpinan" Moga PRK Kajang kekal
untuk Pakatan Rakyat.Perbetulkan niat berjuanglah kerana Allah.
Waallahhualam- Khaulah Al Azwar


__._,_.___
View attachments on the web
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment