31 January 2014

Help Palestine [hidayahnet] Pentas Kajang, Menteri Besar Dan PM

 

       

          Terima kasih pada semua yang memberi komen dalam perkembangan terkini berkenaan perletakan jawatan Adun Kajang dan senario yang sedang berjalan dalam politik di Malaysia.

         Kepada semua warga Malaysia samada yang mengambil tahu perjalanan politik dalam dan luar negeri atau yang sedang bergelumang dengannya, ketahuilah bahawa politik di Malaysia sedang menari atas pentas demokrasi tersendiri.
Sedikit berbeza dengan demokrasi Indonesia, British, Turki ataupun di Mesir.
Biarlah kita sendiri tahu bahawa demokrasi di Malaysia berdiri di atas acuannya sendiri yang kononnya berpaksi dari demokrasi Yunani.

       Mungkin bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin sendiri tahu bahawa ianya tidak cantik dan penuh dengan keraguan. Apakah lagi yang ada dengan demokrasi ini, jika ada pulak pihak yang meragui ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya, setiap kali menjelang mereka bertugas ?

       Kedua-dua pihak yang menggunakan demokrasi meragui keputusan SPR dan  mencabar keputusan SPR ke Mahkamah. Cuma belum ada lagi rakyat Malaysia yang mengheret SPR dalam penipuan terbesarnya dengan dakwat kekal, yang sangat masyur.

       Tuan-tuan sekelian sememangnya nilai permainan politik ini berdiri atas demokrasi yang dijelaskan tadi .. Jadi, apakah kita masih berharap adanya nilai murni dalam permainan dan pemain-pemainnya ?  Dalam lain perkataan, memang kita sendiri telah menerima prinsip demokrasi yang diragui, jadi kenapa pulak kita harapkan kemurniannya ?

       Jika "hakimnya" sendiri hampir-hampir sentiasa membelot, bodohlah pemain dan penontonnya yang mengharapkan "Fair Play", mungkin anda tidak bersetuju. (sebab mengatakan anda tidak pandai )

        Kenapa harini kita bercakap tentang pembaziran sedangkan dalam perbelanjaan negara dan projek-projek mega, berbilion wang rakyat dibazirkan. Juga dalan mana2 pilihanraya, samada kecil atau besar, ia memang dah jadi adat dan kebiasaan.

       Politik adalah gerakan badan, silat atau putaran yang perlu dibuat untuk menjatuhkan lawan. Jika lawan itu besar, maka pergerakan silat itu juga perlu tersusun dan lincah. dan yang paling penting perlu kepada gerakan berpasukan yang bersefahaman-  "Team Work".
Jika PR dulu melalak mahu menjatuhkan BN yang korup, maka di mana perginya persefahaman itu ?

Bagi yang mengetahui  peruntukan undang-undang Malaysia, apa yang sedang digerakkan oleh Anuar atau PR dalam hal ini, masih lagi dalam peruntukan Perlembagaan, tidak menceroboh hak sesiapa. Secara kasarnya-"bersih", beliau sedang bergerak dalam perancangan menjatuhkan lawannya.

Di Turki, Recep Tayyib Erdogan  pernah terhalang menjadi calon dalam parlimen walaupun parti pimpinannya menang majoriti besar dalam pilihanraya umum Turki. Setelah tamat tempoh dan layak bertanding, president parti itu bertanding dalam pilihanraya kecil untuk Parlimen Turki, setelah seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat dikorbankan !!

Harini, Recep Tayyib Erdogan berada di tempatnya sebagai PM Turki atas kerjasama pelbagai pihak, dan sempat menziarahi PM Malaysia tiga minggu lepas.

Inilah politik !!

Inilah demokrasi !!

Bersih ? Kotor ?

Anda yang nilaikan ..!!



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment