31 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] JEMPUTAN - Jamuan Hari Raya - 8 sep 2012 (SABTU)

Semua dijemput hadir 

Tempat : Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya, Shah Alam.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

30 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Puasa 6 , boleh campur niat Qodha Ramdhan?

Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul Raof dari Pondok Tampin
 
Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan niat berpuasa 6?. Sahkah puasa qadha tu?.
 
Jawab : Boleh dan Sah.
 
Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk 1, muka surat 107, Bab Puasa Sunat.
 
(Far'un) Maka jika meqadha oleh seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal maka sunat ia Qadha puasa Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika diqashadkan pada Niat serta bulan Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq, demikian jua  masuk sertanya atas yang dimuktamad oleh Sheikh Ramli.
 
Huraian dan Ringkasan:
 
1. Jika seseorang  Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan  sepanjang bulan Syawwal, maka dia sunat pula mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul Ka'dah , iaitu bulan yang berikutnya selepas Syawwal.
 
2. Jika sesesorang mencampurkan niat puasa untuk Qadha  puasa Ramdhan dengan Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua Sheikh iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa  lagi untuk puasa 6.
 
3. Sebaliknya , jika seseorang itu mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat Qadha puasa Ramdhannya dibulan Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa berniat puasa, maka khilaf   pendapat  antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli,
 
Jika menurut pendapat Sheikh Ramli dalam kitab Nihayah, SAH.  Iaitu sudah termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat  puasa 6 itu Maka tidak perlu lagi diulangi melakukan puasa 6 pula selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.
 
Adapun menurut pendapat Sheikh Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 tersebut dengan hanya niat berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6.  Maka  keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 .
 
Harus untuk kita memilih salah satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita hanya berNiat Qadha sahaja. Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih memudahkan dan ringan untuk diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan terlupa pula berniat puasa 6. Wallahu a'lam.
 
__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

29 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media PEMBELA 29 Ogos 2012

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) 29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433

by Azril Mohd Amin

1. PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian. PEMBELA juga tidak terpengaruh dengan sebarang sikap dan tindakan partisan para pemimpin Negara, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto masing-masing, khususnya di dalam mengemudi kehangatan bahang Pilihanraya Umum [...]

Read more of this post

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

Help Palestine [hidayahnet] Malaysia dah jadi pekan koboi angkara jenayah meningkat

29 Ogos 2012 , KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.
 
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai empat kes dalam sehari.
 
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan kedai mereka.
 
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
 
"Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
 
"Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu dilakukan pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain selepas berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
 
Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk berbanding dua tahun lalu.
 
"Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan," ujarnya.
 
Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di kawasan tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang daripada bekerja.
 
"Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga dengan keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.
 
"Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu membeli barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat barangan yang diperlukan," ujarnya.
 
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.
 
Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng, 40, berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi keselamatan.
 
__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

28 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Sejarah kemerdekaan yang jarang diketengahkan

Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair.
 
Semua ini , dan beberapa fakta lain mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan yang jarang sekali diketengahkan terdapat dalam buku Politik Kebangsaan di Negeri Sembilan, disusun oleh : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, boleh dimuat turun dari laman web http://malaycivilization.ukm.my/
 
Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831.  Sekitar tahun 1511 – 1784 penentangan terhadap penjajah hanya tertumpu di Melaka.
 
Dalam beberapa siri penentangan terhadap penjajah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu di Negeri Sembilan pada era permulaan ialah :
Dato Dol Said di Naning (1831/1832)
Dato Sedia Raja, Nganit, Undang Luak Rembau (1831/1832)
Dato Katas, Dato Muda Linggi (1832)
Dato Shahbandar Tunggal di Sungai Ujong (1874)
Dato Siamang Gagap di Seri Menanti (1874)
Dato Haji Sail di Rembau (1878)
Bilal Ismail di Jelebu (1880)
 
Dato Nganit, Undang Luak Rembau meninggal dunia di Chengkau pada tahun 1838 dengan kehilangan Tampin sebagai wilayahnya, disebabkan keputusan menentang campur tangan Inggeris di Rembau.
 
STRATEGI PENJAJAH
 
Negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan Inggeris melalui strategi yang licin serta berkesan. Mereka melaksanakan dasar 'pecah dan perintah' bagi menguasai orang-orang Melayu yang sentiasa patuh kepada perintah ketua. Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih paling mudah diperangkap, apabila ada di kalangan pembesarnya bersedia menerima tawaran penyandang pesaka.
 
Disebabkan Dato Haji Sahil menentang segala muslihat Inggeris di bumi Rembau, maka beliau dipecat dalam tahun 1883, dan digantikan oleh Seri bin Sidin menyandang pesaka Undang Luak Rembau. Setelah Inggeris berjaya menggantikan orang yang pro kepadanya, maka dalam tahun 1887 dapatlah dibuat persetiaan yang membolehkan Rembau secara rasmi menjadi jajahan naungan Inggeris.
 
Kepintaran Inggeris melaksanakan dasar-dasar penindasannya secara diplomasi memang tidak dirasakan oelh orang-orang Melayu. Semenjak campur tangan mereka di Naning hinggalak kepada perjanjian membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu tahun 1895 dengan kuasa di tangan British Residen, orang-orang Melayu tetap menerimanya dengan senang hati.
UNDANG REMBAU
 
Dato Abdullah meninggal dunia dalam usia masih muda ketika berusia 38 tahun. Beliau meninggal dunia bukan sahaja memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Luak Rembau, malah meliputi seluruh Tanah Melayu.
 
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
 
Tuanku Muhammad menaiki takhta pada tahun 1888. Melalui desakan baginda bersama rakan-rakannya akhirnya Inggeris terpaksa menubuhkan Askar Melayu pada tahun 1933. Baginda juga memberi sokongan moral kepada penubuhan sekolah-sekolah agama rakyat (Pondok) di Kuala Pilah. Sekali pun gerakan pondok di Kuala Pilah tidaklah mencabar pemerintah Inggeris, tetapi sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada kebangkitan awal semangat kebangsaan di Negeri Sembilan.
 
SHAMSIAH FAKEH
 
Terdidik dalam pengajian agama di Padang, Sumatera sebelum menyertai MAZHAR AL-ULUM iaitu pusat pengajian pondok Tuan Guru Maadah di Negeri Sembilan. Oleh itu apabila beliau kembali ke Kuala Pilah tahun 1939 memasuki sekolah agama berkenaan, Shamsiah terus memasuki kelas Tahun Dua. Dilahirkan di Kampung Parit, Kuala Pilah dalam tahun 1923.
 
Penglibatannya dalam politik lebih serius selepas tahun 1946. Beliau menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Mohd Noor, Ishak Hj Muhamad dan Ahmad Boestamam. Sayap wanita PKMM dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh sendiri. Di antara tokoh-tokoh yang memimpin AWAS ketika itu ialah Aishah Ghani (bekas Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Aishah Hussein (isteri Allahyarham Pak Sako). Sebagai pemimpin AWAS kedudukan Shamsiah dalam politik tanahair ketika itu sebaris dengan Dato Onn Jaafar.
 
Shamsiah masuk ke hutan meneruskan perang gerila apabila Inggeris mengisytihatkan darurat pada 13 Jun 1948 dengan menahan ramai pemimpin PKMM dan API di bawah Akta ISA.
 
Oleh itu disamping perjuangan secara perlembagaan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman, perjuangan gerila ini juga salah satu sebab mengapa Inggeris bersedia memberikan kemerdekaan. Sejarah perjuangan Shamsiah Fakeh tetap terukir, sekali pun ada golongan cuba menolaknya. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair. Sekalipun penglibatannya tidaklah boleh dikaitkan dengan gerakan pondok Lebai Maadah, tetapi pencapaian Shamsiah Fakeh dalam politik di zamannya mempunyai banyak makna kepada sekolah agama berkenaan.
 
Sumber rujukan :
 
__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

27 August 2012

Re: Help Palestine [hidayahnet] AYUH PAS......PERLEMBAGAAN TIDAK HALANG LAKSANA HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH

Surah AzZumar. Ayat 023.

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.

From: "amri@yahoo.com" <amri@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 21 August 2012 3:58 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] AYUH PAS......PERLEMBAGAAN TIDAK HALANG LAKSANA HUDUD DI KELANTAN DAN KEDAH

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.
 
PAS tahu perkara ini, tetapi masih berdalih dan selama ini mengelirukan rakyat mengatakan perlembagaan negara menghalang perlaksanaan hudud.Tetapi pada hakikatnya tidak begitu kalau mereka mahu laksanakan.
 
Baru baru ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cadangkan supaya Pas bersama-sama Umno dalam merealisasikan perjuangan sebuah negara Islam, bagaimanapun ditolak keras oleh pemimpin Pas dan turut melabelkan Tun M sebagai tidak ikhlas dan hipokrit.
 
Penolakkan oleh pemimpin Pas itu membuktikan bahawa selama ini Pas juga tidak bersungguh mengenai perlaksanaan hukum hudud, Pas hanya 'acah' sahaja ketika  Umno belum bersedia, namun bila Umno berhasrat kearah itu Pas menuduh dengan pelbagai tuduhan yang jelas bercanggah dengan cara Islam, kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Umno dalam membincangkan Hudud ini.
 
FAKTA:
Jumaat, 07 Okt 2011 08:08
HARAKAH DAILY KOTA BHARU, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.

Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.

Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.

"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya," katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.

Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari.

Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.

Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

Sejauhmana kesungguhan dan keikhlasan Pas untuk melaksanakan Hukum Allah? 

Memang benar perlaksanaan hukum hudud ini bukan hanya menjadi tanggungjawab Pas sahaja, namun biar padanlah dengan pengkafiran yang telah dibuat oleh pemimpin Pas terhadap mereka yang tidak menyokong Pas  khususnya penyokong Umno.
 
Masalah ini dilemparkan kepada Pas secara khusus kerana Pas lebih melampaui batas dalam soal perlaksanaan hukum Hudud ini, namun bila dapat kuasa memerintah Kelantan dan Kedah apa yang Pas buat ? 
 
===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

26 August 2012

Help Palestine [hidayahnet] Video - Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 86

Video - Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 86

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Watch Video of this email at: http://www.usislam.org/IslamicYouth/videos/02-IYAC-86.wmv The video is Br. David McClung reading this email.

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.

1. Hadith on Good Manners:

Hadith 8.44 Narrated by Ibn Umar (Radhiallah hu Taala anhu)

Allah' Apostle said, "Gabriel kept on recommending me about treating the neighbors in a kind and polite manner, so much so that I thought that he would order (me) to make them (my) heirs."

29. The one whose neighbor does not feel safe from his evil

Hadith 8.45 Narrated by Abu Shuraih (Radhiallah hu Taala anhu)The Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) said, "By Allah, he does not believe! By Allah, he does not believe! By Allah, he does not believe!" It was said, "Who is that, O Allah's Apostle (sallallaahu alayhi wa sallam)?" He said, "That person whose neighbor does not feel safe from his evil."

2. Converts to Islam Videos:

Female Professor of Neuroscience converts to Islam

Canadian Convert to Islam

Daughter of Christian Minister Converts to Islam

3. Coverts to Islam:

Abdullah - My journey to Islam (Video) A must watch.

Ein Japaner Abdullah aus Frankfurt konvertiert zum Islam   Japanese in Frankfurt !!!!

4. WMD Videos:

Deceptive Preaching in American Christianity (Paul Washer)

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code of Honor

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

Help Palestine [hidayahnet] Mercun bola harus dikategori sebagai bahan senjata api

Mercun bola adalah umpama bom atau jerangkap samar sepertimana yang berlaku di Afghanistan dimana pihak musuh telah menaburkan pelbagai jerangkap samar dalam bentuk mainan yang menyebabkan kanak-kanak di sana cedera parah atau terbunuh. Mercun bola adalah amat merbahaya kerana ianya dibalut dengan plastik keras yang bertindak sebagai serpihan bom (sharpnel) yang boleh menembus mata, kulit dan daging apabila meletup.

Pada pandangan saya mercun bola ini harus dikategorikan sebagai bahan senjata api dan diletak di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan agar sesiapa sahaja yang memiliki, mengedar atau menjual mercun bola akan dikenakan hukuman yang berat.

Budak hilang dua jari
25 Ogos 2012

SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.
Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku ketika Wan Muhammad Anas Amar Rosyam, 10, menyalakan api pada sumbu sebiji mercun bola yang ditemui tidak jauh dari rumah sebelum ia meletup di tangan.
Menurut Moh Rosyam Hanafiah, 39, ketika kejadian, dia menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah jiran dan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk perumahan terbabit.
"Saya terus bergegas pulang ke rumah dan melihat muka anak sulung saya berlumuran darah manakala beberapa jari tangan kiri hancur," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

25 August 2012

RE: Help Palestine [hidayahnet] WACANA MENGENAI PEMAHAMAN SALAH MENGENAI HUDUD KEPADA NON MUSLIM ANJURAN MCA.

Assalamu'alaikum Saudara / Saudari sekelian..Menulis biarlah berdasarkan kebenaran dan ilmu yang cukup ranum..jangan tulis sekadar luahan perasaan .. Ingat!!!!  Nabi turunke Sahabat..Sahabat turun ke Ulamak..Ulamak turun kepada kita semua..Jasa mereka mengembangkan Islam kemukabumi harus kita kenangkan dan muliakan..Tanpa mereka mungkin saudara sendiri masih menganut fahaman Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Kita tidak pernah kenal Abu Bakar AsSiddik zahir dan batin … bagaimana kita boleh komen tentang dia..setahu saya Imannya tiada tolok bandingnya dengan insan yang lain dikalangan umat Muhammad ..Selawat dan Salam atas Baginda.

From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayahnet@yahoogroups.com] On Behalf Of Suan Abdullah
Sent: Sunday, August 19, 2012 1:26 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] WACANA MENGENAI PEMAHAMAN SALAH MENGENAI HUDUD KEPADA NON MUSLIM ANJURAN MCA.

, barang siapa nak ke neraka cepat dan nak bersoal jawap dengan nungkar nangkir gunakanlah hukum hudud ini,  takder firman tak ada hadit dari pada Alah yang menzalim kan manuisa dan lain lain, juga tidak mengajar  menzalim kan diri sendiri sehingga sampai kedalam neraka , Allah dengan nabi tidak pernah menyuruh kita menzalim kan sesiapa pun, bahkan pernah alim ualamak kata Allah itu pemurah penyayang pengasih, ini ualamk dari mana pulak nak menggunakan hukum hudud, mungkin hukum nafsu nya sendiri.

Allah tak pernah berkata suruh membunuh manusia , nabi pun tak pernah berkata bunuh manusia , kalau dah bunuh membunuh pun masih manusia ramai lagi, begitu juga sezalim zalim firaun majusi dan yahudi, manusia pun masih ramai lagi,  begitulah Allah itu sangat kasih kepada manusia , penyayang kepada manusia , tidaklah seperti ulamak yang berniat jahat, sikit sikit perintah Allah bah kan salah ualamk itu sendiri yang berniat jahat tak sedar diri sendir akhir nya ulamlak itulah dikekal kan Allah didalam nerkaka buat selam lama nya.,....

Jagan marah lah , marah kan diri sendiri kerana niat nak menzalim kan orang , pemikiran ualamk hati menyimpan ular dalam semak bila bila masa boleh balas dendam, sangup panchung memachung ini lah niat orang yang paling jahat , bukan nak mengajak baik , dia pikir nungkar nangkir tak tahu orang yang berniat jahat seperti ini, berapa kali dah umno bunuh kamu dan berapa banyak dah orang pas dah tergolek seprti zaman abu bakar banyak orang terletang banyak orang mati di anaiya kan, kerana pakai perintah syedina abu bakar, zalim dan kejam, yang di panggil hudud, yang diamal kan oleh ualamk yahudi dan nasrani.

Banyak orang dah pandai baca ayat ini tapi orang melayu jadi miskin banyak dan bercakar sama sendiri kerana makin ramai tuduh menuduh nak jadi pandai hingga pandir semua jadi nya kedudukan orang melayu, cina kaya india kaya melayu tukang tenguk,  habis tenguk salah kan kerjaan, habis salah kan kerajaan salah kan bangsa sendiri, habis salah kan bangsa sendiri salah kan anak bini, sedara mara ,dah salah kan sedara mara salah kan diri sendiri kenapa aku jadi bodoh sendiri jawap sendiri.

Kenpa nak ikut surah abu bakar yanag telah memesung kan hadit firman nabi dan wujud kan quran nur karim,  kenapa tanak ikut surah nabi, atau pun firman Allah iaitu dari kitabullah yang mebawa seblah hadith dan firman setrus nya dari habibullah, tahu ker ualamaak ini menreima  cerita betul atau memesung kan diri kitadan  dia,  banyak bercerita untuk kuat kan pegaruh dia itu pasal surah abu bakar banyak dalam quran keran dia takut kuasa kahlifah lari ke tangan orang lain, maka dengan itu selit kan dan datang nya hukum hudud, dipancung,  dikerat, tangan orang tu, kalau pompuan disula kerna tak iktu perinth dia , sampai syedina ali pun diupah orang syedinaabu bakar untuk membunuh syedina ali,

Aaaaaaa  ini dia abu bakar punya kerja , kerja zalim seperti firaun,  sebelum dia berugama islam pun dia dah banyak menyamun harta benda orang , semasa bersama dengan rasulullah pijak semut pun tak mati, anak pompuaan yang masih mentah pun di serahkan  kepada rasulullah kerana takut masuk neraka , lepas wafat rasulullah dia nak berkuasa , konon nya dia bakal ganti rasulullah, bah kan dia tu bangsa apa bukan bangsa anam , bangsa ajam....dan dia tak boleh mengganti nabi atau pun kuasa nabi takder pada nya melainkan nafsu diri nya sendiri ...

--- On Sun, 12/8/12, amri@yahoo.com <amri@yahoo.com> wrote:

From: amri@yahoo.com <amri@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] WACANA MENGENAI PEMAHAMAN SALAH MENGENAI HUDUD KEPADA NON MUSLIM ANJURAN MCA.
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, 12 August, 2012, 6:48 AM

NOTA:

WACANA ni bukan nya wacana politik..ini wacana mengenai hak umat Islam....cuba buang idea2 dan fahaman politik itu sekejap..fikir dan berbincang ikut cara komuniti Islam..macam mana nak laksanakan hukum hudud bila kita umat Islam sendiri memburukkan sesama sendiri..yg baik tu kita terima..yg buruk tu kita tolak...

Tajuk: Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia http://youtu.be/DQ1mSpaVJ2s

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Email scanned and protected by IRONPORT-250