Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang 'pendidik teragung'. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.
Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.
Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.
Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.
Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: "Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?"
Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?
Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan 'Kepimpinan Melalui Teladan', maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat." (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.
Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, "Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?" Muaz menjawab, "Aku menghukum seperti dalam al-Quran."
Baginda bertanya lagi, "Jika tidak ada dalam kitab?" Jawab Muaz, "Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul."
Baginda meneruskan soalannya, "Jika tiada dalam sunnah rasul?" Kata Muaz, "Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku."
Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, "Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya."
Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.
Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.
Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara.
Sumber : BHarian 17/02/2012
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment