18 June 2012

Help Palestine [hidayahnet] Pilih Pemimpin PRU13 Lebih Utama, Haji Boleh Di Tangguh

 


Capture foto  :



IMG_504 : Kaum muslimin yang menyertai Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor  berikrar 

IMG_503 : Kaum Muslimat kusyuk  mendengar ucapan daripada Presiden PAS.

 


SHAH ALAM, 18 Jun: Sekiranya kerajaan pusat berdegil ingin mengadakannya pilihanraya PRU13 pada musim Haji, semua aktivis PAS yang ditemubual  wartawan  nekad  memilih untuk bertempur bersama parti.


Tinjauan rambang pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor di sini mendapati, para aktivis merasakan bukan masalah besar untuk menangguhkan ibadah haji dan menumpukan tenaga untuk menawan Putrajaya.


Rohaizad Abdul Rahim, 40, dari kawasan Petaling Jaya Selatan berpendapat, pilihanraya yang berlangsung lima tahun sekali merupakan medan pertempuran penting lebih-lebih lagi dalam memilih pemimpin negara.


Katanya, penagguhan ibadah haji bukan bererti meminggirkan tuntutan Rukun Islam kelima, sebaliknya perkara berkenaan boleh dilakukan pada tahun akan datang.


"Walaupun haji itu wajib, tetapi parti juga satu kewajipan kerana kita ingin memilih pemimpin.


"Dari segi tempoh masa, haji boleh pergi bila-bila masa. Pilihanraya merupakan peluang yang ada untuk kita mengutamakan parti," katanya.


Dalam tinjauan tersebut beberapa aktivis Pas yang dipilih secara rambangan dari lebih kurang  2,000 yang hadir pada himpunan tersebut.


Kesemua aktivis yang daripada berbagai latar belakang dan umur itu tidak teragak untuk beritahu sekiranya mereka dipilih untuk menunaikan haji pada tahun ini, mereka akan tangguh untuk bersama parti semasa pilihanraya.


Ahli PAS Ampang, Anuar Saari, 42, berkata pilihanraya tidak diadakan setiap tahun berbanding dengan peluang menunaikan Haji.


"Kalau kita terpilih, boleh tangguhkan dengan memaklumkan kepada pihak tabung haji. "Saya rasa ahli (parti) juga perlu buat perkara yang sama kerana pilihan raya lima tahun sekali.


Bukan setiap tahun ada. Paling penting setiap ahli perlu faham perkara itu," katanya.

Media pro-Umno-BN baru baru ini mempertikaikan kenyataan pemimpin Pas yang meminta ahli parti yang terlibat secara langsung di dalam pilihanraya menangguhkan ibadah haji sekiranya PRU ke 13 berlaku pada musim itu.


Media tersebut memaparkan kenyataan daripada berbagai pemimpin Umno dan ulama lain yang mengkritik kenyataan pemimpin Pas seperti presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Muslimat Pas Selangor turut menyatakan pendirian sama untuk bersama PAS walapun PRU-13 pada musim Haji.


Julianah Maah, 57, berkata, perjuangan menegakkan kebenaran terutama dalam memilih pemimpin negara merupakan jihad yang besar dan dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.


Katanya, dalam keadaan sekarang, sudah tiba masa rakyat membuat perubahan demi memastikan negara tidak terus berada dalam cengkaman pemerintah yang selama ini menafikan hak rakyat.


"Saya memilih untuk berada di Malaysia sekiranya PRU-13 diadakan pada musim haji walaupun pada ketika itu saya terpilih untuk menunaikan ibadah haji.

"Ini kerana, pengorbanan dan pahalanya lebih besar sekiranya kita bersama-sama parti berjuang dalam PRU-13," katanya.


Norhayati Samad, 41, tidak timbul isu membelakangkan agama kerana pilihan raya itu adalah penentu masa depan negara dan memperjuangkan Islam merupakan satu perkara yang dituntut dalam agama.

Siti Maryam Mohd, 50 yang berpandangan PAS memerlukan sokongan rakyat dan adalah lebih baik ibadah haji ditangguhkan.



Editor : Khaulah Azwar

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment