07 June 2012

Help Palestine [hidayahnet] Khalid Nordin Perlu Professional Atasi Isu PTPTN

 

capture foto :  Dr Halimah bersama sekratariat Tunas di Ibupejabat SUK.


Shah Alam, 7 Jun : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) adalah tindakan tidak professional dan mengamalkan politik dendam.


Katanya, "sebagai Menteri Pendidikan, Khalid wajar memikirkan nasib pelajar yang rata-ratanya adalah miskin Bandar dan tidak berkemampuan.


"Kalaupun Khalid tidak bersetuju dengan kerajaan negeri untuk hapus PTPTN sekiranya menang dalam PRU 13 nanti, Khalid tidak patut beri tekanan kepada pelajar pula.

Terdahulu, kerajaan pusat  telah jelaskan bahawa "PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan yag perlukan pembiayaan. Pendidikan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri", katanya.



"Tambah Dr Halimah, bagi Pakatan Rakyat  Selangor, PTPTN menyebabkan pelajar berhutang dan atas sebab itu mereka gesa pelajar jangan bayar balik hutang PTPTN," katanya selepas Mesyuarat TUNAS di Ibupejabat SUK, Shah Alam", disini hari ini.


Ujarnya lagi, "Kita tidak mahu pelajar dijadikan "mangsa politik pihak tertentu", beliau kata demikian apabila wartawan minta mengulas tindakan PTPTN menggantung pinjaman untuk siswa baru Universiti Selangor, seperti dilaporkan semalam.
 

Mengulas perkara itu, Khaled berkata Unisel boleh menghapuskan yuran pengajiannya memandangkan Anwar telah menganjurkan supaya PTPTN ditutup.


"Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anwar dan Pakatan," katanya lagi dalam tulisan di laman Twitter malam tadi.


Anwar pada Sabtu lalu dilaporkan membuat seruan itu dalam ucapannya kepada 10,000 orang di kawasan parlimennya, Permatang Pauh.


Anwar dalam  petikannya berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini.

Tawaran ini diberi sekiranya Jika PAKATAN berjaya  dalam PRU13 menawan Putrajaya.


Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia.
 
Perkara ini berbangkit ekoran Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pinjaman kepada pelajar baru Universiti Selangor kerana menggesa supaya siswa tidak membayar semula pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Hadir Mesyuarat TUNAS, Pegawai Penasihat Dasar, Datuk Latifah Hassan, Setiausaha Kanan Exco Pendidikan, Tn Hj Azmi Talib, Wakil Persatuan Tadika ISLAM Selangor,  Ruzita Abdullah.


Editor : Khaulah Azwar




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment