Sudah jadi lumrah bagi sesetengah ahli politik gemar menyebut dalam pidato mereka " Dosa dosa si polan dan sipolan itu tidak akan di ampunkan Tuhan"."Si polan ahli neraka dan sipolan ahli syurga."
Ketahuilah bahawa ungkapan saperti ini memang ringan untuk di ucapkan di lidah, tetapi sebenarnya amat berat kesalahanya di sisi Tuhan.Sejak bila mereka ini jadi wakil Tuhan dan buat kerja Tuhan dalam memutuskan Rahmat dan laknat Allah terhadap seseorang manusia?
Sepatutnya sebagai orang Islam dan mengaku pembela agama berkempenlah supaya semua manusia mendapat Rahmat Allah.Bukan kah pejuang agama itu adalah penyelamat, dan bukan tukang laknat Ummah? Mereka sepatutnya jadi penyelamat dengan mendoakan dan memohon Rahmat untuk menyelamatkan semua manusia bukan sahaja yang ada di masjid dan surau, tetapi semua muda mudi di jalanan, artis artis di pentas, orang orang politik di gelanggang politik dan seterusnya.Tidak sepatutnya menjatuhkan hukum kepada sesiapa sahaja manusia dengan menghukum saperti mengatakan seseorang itu tidak dapat Rahmat Allah sedang kan orang itu masih hidup dan masih berpeluang menerima Rahmat Allah suatu hari nanti.Sedangkan kita sendiri tidak tahu hukuman Allah yang sebenar terhadap orang itu.
Nabi saw bersabda maksudnya: " Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dia lah yang paling binasa". (HR Muslim).
Menurut Dr Maza, Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya, seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan di binasakan Allah.
Janganlah kerana sentimen politik kita menggambarkan setiap orang yang buat dosa hari ini akan pasti masuk neraka.
Sumber: Fitrah Islami Online
===================================Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com
=====================================Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment