10 March 2012

Help Palestine [hidayahnet] Nostalgia bas mini

 

Nostalgia bas mini


MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh lagi tu... orang lain pun nak naik juga!

"Lebuh Ampang... Lebuh Ampang... Bangkok Bank... Bangkok Bank... Chow Kit.. Chow Kit..."

Masihkah anda ingat dengan dialog seperti di atas? Bagi warga kota yang membesar sekitar tahun 1970-an hingga 1998 pasti sudah masak dengan 'skrip rasmi' yang menjadi laungan konduktor-konduktor bas mini.

Bas mini, satu nama yang tidak memerlukan banyak pengenalan. Bercakap mengenainya pun sudah boleh membuatkan generasi pengguna perkhidmatan bas awam tertua dan popular di Malaysia itu tersenyum hingga ke telinga.

Memandu melebihi had laju, berhenti mengambil penumpang di mana-mana sahaja, langgar lampu isyarat, memotong ke kiri dan kanan sampai penumpang dalam bas melambung-lambung seperti menaiki roller-coaster.

Senang cerita, bas mini memang luar biasa pantas berbanding bas-bas lain. Keistimewaan tersebut sudah cukup membuktikan betapa bas kecil berwarna piawai merah jambu-putih itu gah sebagai 'raja jalanan'.

Paling menyeronokkan, jika bas yang dinaiki tersekat dalam kesesakan jalan raya. Apa tidaknya, di saat lalu-lintas tidak bergerak, pemandu bas mini berlumba-lumba mempamerkan kecekapan serta ketangkasan masing-masing dalam memotong dan 'mencilok' kereta di sana sini sampaikan ada yang berani naik ke atas penghadang jalan.

Biarpun hampir setiap masa terpaksa berhimpit-himpit seperti ikan sardin, hakikatnya bas mini yang mengenakan tambang tetap sebanyak 60 sen sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai untuk ke tempat kerja, sekolah mahupun ketika bersiar-siar.

Namun, bas yang satu ketika dahulu menjadi identiti dan nadi pengangkutan awam di ibu negara, hanya tinggal kenangan apabila perkhidmatannya ditamatkan pada 1 Julai 1998.

Perkhidmatan bas mini yang berkeliaran secara bersimpang siur di ibu kota telah ditukar dengan perkhidmatan yang lebih berdisiplin oleh bas Intrakota dan kemudian RapidKL (2005)
()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment