01 March 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan suruh jaga ibu uzur, tapi menyusahkan

 

Sekarang ini di media heboh mengatakan ibu bapa ditinggalkan anak-anak, anak derhaka, tak mengenang budi dan sebagainya. Ayah saya telah meninggal dunia pada Julai 2011. Kini kami sekeluarga menjaga ibu yang berusia 71 tahun yang semakin tua dan tidak berapa sihat. Kami adik beradik cuba berbagai usaha untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia untuk menjaga ibu apabila kami tiada di rumah sewaktu bekerja.

Maklumlah cikgu pula sekarang ni kerja bertambah, sebelum habis subuh dah keluar rumah, dah nak maghrib baru sampai rumah. Malam pula pun kadang-kadang guru besar suruh pergi sekolah tengok pelajar asrama untuk membantu warden. Sabtu dan Ahad pun ada program sekolah. Cuti sekolah pun ada program sekolah.

Jadi dengan adanya pembantu rumah ni , dapatlah tengok ibu apabila kami tiada di rumah. Rakan saya ada menguruskan pembantu rumah dari Indonesia. Saya minta tolong dia, dah siap bayar deposit.

Tapi dia kata sekarang ni orang Indonesia dah takut nak datang Malaysia. Akhirnya dia pulangkan deposit tersebut.

Kepada pemimpin negara, Lu Fikirlah Sendiri !

Maaf saya terpaksa berkasar, kerana ini melibatkan ibu saya sendiri.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
08 Rabi'u al-Akhir bersamaan 01 Mac 2012

Syarikat Agensi Pembatu Rumah Malaysia Tersepit

Pemuda PAS ingin memberi maklumbalas berhubung dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed dalam akhbar Berita Harian pada 28/02/2012 yang menyatakan bahawa usaha membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini tertangguh sehingga April depan kerana majikan tempatan perlu mengemukakan profil peribadi pembantu rumah bersama tawaran gaji untuk diteliti oleh warga Indonesia yang berminat datang ke Malaysia.

Pemuda PAS menerima aduan daripada Syarikat Agensi (SA) pembantu rumah di Negeri Johor dan Kedah yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk meneruskan perniagaan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh kementerian tidak praktikel dan membebankan. Kerajaan Malaysia telah menetapkan bayaran kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI)yang dikenakan kepada majikan adalah tidak melebihi RM4,511.00. Jumlah ini adalah pecahan daripada RM1,800 kos untuk mendapatkan PRI di Indonesia dan RM2,711 keuntungan SA sebelum di tolak perbelanjaan( levi, Fomema -Pemeriksaan perubatan dan lain-lain)

Kerajaan Malaysia telah memaksa semua SA menandatangi Surat Akujanji pada 8 Disember 2011 yang telah memaksa semua mematuhinya. Dalam akujanji ini telah ditetapkan 4 perkara iaitu :

~ Kos pengambilan PRI adalah tidak melebihi RM4,511.
~ Pengantian atau ganti rugi kepada majikan bagi PRI yang lari, tidak kompeten atau unfit seperti yang telah ditetapkan dibawah Protokol Pindaan MoU 2006.
~ Memastikan bahawa majikan membuka akaun bank atas nama pekerja dan
~ Mematuhi semua syarat/peraturan/arahan semasa yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja(JTK) berhubung pengambilan PRI.

Jika SA gagal melaksanakan peraturan di atas maka tindakan menarik balik lesen akan di lakukan.

Kerajaan Malaysia telah menetapkan kos untuk mendapatkan PRI sebanyak RM 1,800 sahaja dan keuntungan SI sebelum tolak perbelanjaan sebanyak RM2,711. Jumlah ini adalah tidak praktikel dan membebankan SI atas sebab-sebab berikut :

Kos untuk mendapatkan PRI daripada agen menyediakan PRI di Indonesia adalah diantara RM6,000 – RM7,000. Sedangkan Kerajaan Malaysia hanya menetapkan sebanyak RM1,800. Nilai ini terlalu rendah sehingga menyebabkan SA di Malaysia tidak mampu bersaing dengan SA di negara-negara luar seperti Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain. Akhirnya SA Malaysia terpaksa menutup operasinya kerana kerugian.

Kos RM1,800 adalah termasuk tiket kapal terbang, passport, petrol, latihan 200 jam dan komisyen kepada agen di Indonesia. Nilai RM1,800 adalah terlalu rendah. Sukar untuk mencari agensi di Indonesia yang bersetuju menyediakan PRI dengan nilai serendah itu.

Risiko PRI di Malaysia untuk melarikan diri adalah tinggi sebab jarak Malaysia dan Indonesia yang dekat. Oleh itu SA perlu menyerap kemungkinan risiko ini dalam perbelanjaan. Oleh itu keuntungan sebelum ditolak perbelanjaan sebanyak RM 2,711 adalah terlalu kecil.

Nama Malaysia dalam bidang pembatu rumah juga agak kurang baik di Indonesia sebab masalah penderaan yang berlaku. Persepsi ini menambah sukar SA mencari PRI yang sesuai. PRI lebih bersedia untuk berkhidmat di negara bukan Malaysia.

Kerajaan pula dilihat seolah-olah lepas tangan. Setelah menetapkan harga RM1,800 kerajaan tidak langsung membantu menyediakan PRI. Justru SA tidak mampu mendapatkan PRI yang diperlukan.

Persoalannya bagaimana SA boleh menyediakan profil peribadi beserta tawaran gaji pembantu rumah Indonesia sedangkan mereka tidak berminat dengan tawaran yang telah dipandu oleh kerajaan Malaysia? Apabila tiada pembantu rumah Indonesia yang berminat bekerja di Malaysia maka yang menjadi mangsa adalah SA dan rakyat Malaysia yang memerlukan pembantu rumah.

Kerajaan Kemboja pula telah membekukan pembantu rumahnya ke Malaysia dengan serta-merta kerana mendapat aduan dari NGO tenaganita di Malaysia dan Pembangkang Sam Rainsy Party di Kemboja. Ini telah menimbul masalah pada SA Malaysia yang telah mengutip wang deposit dari majikan di Malaysia dan telah membayar kepada Agensi di Kemboja. Bermula daripada 14hb Oktober 2011 hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakkan menyelesaikan isu ini.

Jika isu ini berlanjutan maka wang deposit Agensi Malaysia semakin sukar untuk dituntut balik dari Agensi di Kemboja. SA Malaysia juga bakal menghadapi tindakan mahkamah daripada majikan yang telah membuat bayaran kepada SA Malaysia. Ini menyebabkan SA di Malaysia dalam keadaan kewangan yang tenat. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai terdapat sebanyak RM20 juta transaksi pembantu rumah Kemboja telah dilakukan oleh SA Malaysia tetapi malangnya pembantu rumah Kemboja belum sampai lagi di Malaysia. Ini telah menambah beban kepada SA di Malaysia.

Pemuda PAS amat bimbang, dalam keadaan SA tersepit ini maka jalan manipulasi akan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab bagi mempastikan perniagaan tetap diteruskan. SA terpaksa membayar kos operasi perniagaan setiap bulan sedangkan perniagaan tidak dapat diteruskan. Mereka yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat penipuan resit kepada pihak kerajaan. Dalam resit tersebut dinyatakan bayaran kos pengambilan PRI yang dikenakan kepada majikan adalah RM4,511.00 tetapi hakikatnya bayaran itu lebih daripada yang dinyatakan.

Oleh itu Pemuda PAS berpandangan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) Datuk Sheikh Yahya Bin Sheikh Mohamed tidak mendapat maklumat yang jelas daripada semua SA diseluruh negara. Pihak JTKSM perlu memndapatkan pandangan daripada semua SA dan bukan hanya daripada Persatuan Agensi Pekerja Asing(PAPA) sahaja. Ini kerana aduan yang diterima oleh Pemuda PAS berbeza daripada apa yang dimaklumkan oleh pihak JTKSM dalam media.

Pemuda PAS Pusat mencadangkan beberapa perkara mengatasi masalah yang dihadapi oleh SA. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut :

JTKSM perlu berjumpa secara terus dengan semua SA dalam waktu terdekat. Kebebasan perlu diberikan kepada mereka untuk memberi pandangan berkenaan masalah yang mereka hadapi.

Jika kerajaan mahu menetapkan kos mendapatkan PRI hanya sebanyak RM1,800 maka kerajaan perlu menyediakan satu agensi khas untuk mendapatkan secara terus PRI daripada Indonesia. SA di Malaysia hanya akan mengambil PRI yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Jika kerajaan tidak mampu menyediakan satu agensi untuk menyedaikan PRI di negara ini dengan kos yang ditetapkannya maka kerajaan perlu membuka semula penetapan kos pengambilan Pembantu Rumah Indonesia(PRI) sebanyak RM4,511 kepada pasaran bebas. Ini bermaksud kos pengambilan PRI ditentukan oleh demand and supply. Pihak kerajaan perlu mencari mekanisma bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan pembantu rumah tetapi tidak mampu membayar kos yang tinggi.

Menyelesaikan masalah Isu Pembantu Rumah Kemboja dengan kadar segera.

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS JOHOR
EXCO PEMUDA PAS MALAYSIA
H/P : 019-7285174

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment