Kita biasa mendengar pantun berikut. Tapi sebenarnya pantun ini bukanlah pantun orang bercinta, ianya ialah pantun bagaimana bangsa Cina atau kaum Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan kerajaan Islam Melaka ketika Portugis menyerang Melaka ;
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan
Ya , bukan orang Melayu sahaja yang mempertahankan Melaka dari serangan Portugis , malah kaum Cina di Melaka pada ketika itu, serta dibantu oleh kaum Cina dari tanah Jawa juga dari tanah besar China.
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Pemerintah China Dinasti Ming amat marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas Maharaja China , apabila tentera Portugis tiba di China , mereka telah diserang, dibunuh dan dipenjara.
Pedagang China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di Melaka. Sementara itu orang Cina dari tanah Jawa telah datang membantu orang Melayu untuk menawan kembali Melaka dari Portugis.
Semasa kecil saya sering tertanya-tanya kenapa masjid-masjid lama di Rembau ini banyak bercirikan seni bina dari negara China. Kemudian ada pula nama tempat Lubuk China di Rembau. Kemudian saya tertanya lagi apa tujuan nenek moyang saya dari istana Pagaruyung di Sumatera datang ke Rembau, berkahwin dengan orang Asli. Kemudian tertanya lagi kenapa banyak batu nisan Acheh di Rembau ini.
Rupa-rupanya semua ini ada kaitan dengan sejarah mempertahankan kerajaan Islam Melaka pada ketika itu.
Kerajaan Uthmaniah di Turki telah menghantar perwakilan, tentera, meriam canggih, jurutera untuk membantu kerajaan Acheh di bawah Sultan Alauddin Riwayat Shah untuk menghalau Portugis dari Nusantara.
Dari Sumatera inilah orang Acheh, orang Minangkabau masuk melalui Sungai Linggi, seterusnya ke Sungai Rembau, Sungai Penajeh di satu arah dan Sungai Ujong di arah yang lain untuk bertapak, mengumpul kekuatan bersama orang Melayu, orang Asli, kaum Cina untuk menyusun strategi menawan kembali Melaka.
Lagi satu bab mengenai perang antara pahlawan Melayu dengan tentera penceroboh Portugis. Tolong buang dalam minda kita, minda anak-anak kita, bahawa pahlawan Melayu kita berperang menggunakan keris dan tombak melawan tentera penceroboh Portugis yang bersenjatakan senapang dan meriam.
Sebenarnya tentera Islam kerajaan Melaka menggunakan senapang dan meriam yang canggih untuk mempertahankan kota Melaka. Serangan awal Portugis , mereka kalah kerana dibedil teruk oleh meriam tentera Melaka.
Akhirnya Portugis terpaksa menukar strategi dan tipu helah untuk menawan Melaka.
Apabila Melaka ditawan, anak Afonso d'Alboquerque; menyebut dalam jurnalnya bahawa senapang dan meriam tentera Melaka jauh lebih hebat dari senjata yang dihasilkan oleh Portugis.
Agak-agaknya lah kan , ada tak pihak nak buat filem Pertempuran Kota Melaka sepertimana pertempuran Bukit Kepong yang saban hari disiarkan dalam tv?
Kalau tak mampu buat filem, buat siri animasi pun sudah cukup. Agar rakyat Malaysia tahu, bahawa semangat 1Malaysia telah lama wujud di Tanah Melayu apabila orang Melayu dan orang Cina bersama mempertahankan kerajaan Islam Melaka bersama orang Asli, orang Minangkabau, orang Acheh, orang Jawa.
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Capture_of_Malacca_(1511)
http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_expedition_to_Aceh
http://www.scribd.com/doc/25099528/Aceh-Ottoman-Relations
http://asianmil.typepad.com/stage3/2009/05/the-ottoman-military-academy-in-aceh.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah
http://apaajanews.blogspot.com/2012/01/rentaka-melayu.html
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment