Ahli Falsafah Inggeris, Sir Francis Bacon yang hidup pada kurun ke 16 mengatakan "Histories make men wise", iaitu Sejarah menjadikan manusia bijak. Sejarah adalah penting bukan setakat untuk skor A, atau nak dapat ijazah serta PhD. Tapi kita perlu teliti sejarah agar kita dapat belajar dari pengalaman umat yang terdahulu, jatuh bangun sesuatu umat serta bangsa. Di Negeri Sembilan banyak kesan peninggalan sejarah terutama sekali di Rembau yang wujud lebih 600 tahun yang lalu.
Sesungguhnya rakyat di Negeri Sembilan amat bertuah mempunyai keluarga pemimpin yang amat prihatin akan sejarah negeri ini.
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
Tunku Besar Seri Menanti, adik sertai ekspedisi
Berita Harian - 5hb Mac 2012
SERI MENANTI - Anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan adiknya, Tunku Zain Al-Abidin berjalan kaki meredah hutan sejauh dua kilometer untuk melawat tapak bersejarah Bukit Tunggal, Jumbang di sini.
Mereka berdua yang berpakaian ringkas dengan but kulit paras betis mendaki bukit setinggi 262 meter dari aras laut selama hampir sejam sebelum tiba ke Jeram Jumbang yang dikatakan pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketika datang ke sini hampir tiga abad yang lalu.
Ekspedisi itu turut disertai kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan selain polis dan bomba.
Ketua ekspedisi, Dr Pauzi Abdul Latiff yang juga Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjwab menemui tapak itu pada 2009 berkata, lawatan mereka berdua memberi harapan lokasi itu dijadikan tapak warisan bersejarah di negeri ini.
"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke 64, Januari lalu dan menyuarakan hasrat untuk melawat. Hari in (semalam) kita gembira kerana hasratnya dapat ditunaikan dan selepas melihat peinggalan sejarah itu, beliau mahukan ia dipelihara sebagai tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya pada sidang media di sini.
Turut mengikuti ekspedisi itu, Pengarah LMNS, Shamsudin Ahmad.
Pada 1 Ogos tahun lalu, akhbar melaporkan penemuan tapak penempatan purba itu dipercayai antara paling lengkap di negeri ini dengan natara artifak ditemui termasuk bekas tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.
Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak dibuat menggunakan batu sungai di situ. Selain itu, antara artifak menunjukkan kewujudan penempatan di situ termasuk batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata.
Sementara itu. Shamsudin berkata, kajian lanjut akan dilakukan pihaknya untuk mendapat maklumat lebih mendalam mengenai tapak berkenaan.
Bukit Tunggal dipelihara sebagai tapak warisan
Utusan Malaysia - 6hb Mac 2012
KUALA PILAH 5 Mac - Komitmen yang tinggi terserlah pada wajah anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan adiknya Tunku Zain Al-Abidin ketika berjalan kaki meredah belantara sejauh hampir dua kilometer melawat tapak bersejarah di Bukit Tunggal, Jumbang dekat sini.
"Kedua-dua putera Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu, bukan sahaja tidak menunjukkankepenatnan sebaliknya dengan berpakaian ringkas serta but berjaya mendaki bukit setinggi 262 meter dari paras laut selama hampir sejam sebelum tiba di Jeram Jumbang.
Jeram tersebut pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketiaka datang ke sini, hampir tiga dekad yang lalu.
Ekspedisi yang diatur itu bertujuan memperlihatkan kesan peninggalan sejarah serta kewujudan penempatan manusia selain penemuan artifak termasuklah tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.
Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Pauzi Abdul Latiff yang menemui tapak berkenaan sekitar 2009 memberitahu, lawatan kedua-dua putera Diraja Negeri Sembilan itu membuka harapan untuk menjadikan tapak ini sebagai satu lagi warisan sejarah di negeri ini.
"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempenan Hari Keputeraan ayahandanya Januari lalu dan menyatakan hasrat untuk melawat ke lokasi tersebut. Alhamdulillah hajat kedua-dua putera Tuanku Muhriz ini dapat ditunaikan dan selepas lawatan yang disertai itu, mereka mahu kawasan itu dipelihara sebagai tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya.
Antara artifak yang ditemui termasuklah batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata. Selain itu, turut ditemui adalah sebuah batu yang tinggi dipercayai menjadi tempat bertapa pula mempunyai tempai takik untuk memanjat manakala batu lain mempunyai kesan meletak lembing.
Ekspedisi ini turut disertai kira-kira 30 pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Sumber :
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/03/jumbang-dalam-kenangan.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
http://nslibrary.gov.my/images/Keratan%20Akhbar/Mac%202012/5mac/Tunku-Besar-Seri-Menanti,-a.jpg
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment