22 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M

 

Sinar Harian 22 Jan 2012 . ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam.

Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.

Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.

"Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.

"Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.

"Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.

Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment