16 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Masalah projek perumahan terbengkalai tiada kesudahan

 

Masalah projek perumahan terbengkalai sehingga ke hari ini telah membelenggu ribuan para pembeli rumah yang terjerat dalam perjanjian dan karenah birokrasi. Antaranya seperti projek perumahan terbengkalai di Lubuk China , Rembau dan beberapa projek lagi di seluruh Malaysia seperti yang dilaporkan di http://terbengkalai.blogspot.com
 
SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa
January 15th, 2012
 
Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.
 
Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.
 
Setelah itu, pada Mac 2009 saya telah mula membayar faedah bank RM74.54 dan jumlah itu telahpun meningkat setiap tahun sehingga hari ini saya membayar sebanyak RM 138. Mungkin pada pandangan orang lain jumlah itu tidak banyak tetapi bagi surirumah yang hanya mengambil upah menjahit baju di rumah, jumlah tersebut agak membebankan. apatah lagi jumlah tersebut hanya melunaskan faedah selama 3 tahun ini dan rumah yang dibeli masih belum diserahkan kepada pembeli.
 
Kami cuba mendapatkan jawapan daripada SUK tetapi SUK telah beberapa kali berjanji akan menyiapkannya dan seringkali menyalahkan pihak pemaju.
 
Apabila saya pergi melihat rumah tersebut, saya dapati rumah tersebut telahpun siap dan terdapat beberapa barang spt sinki telah dicuri. Saya telah memaklumkan kepada SUK dan mereka masih memberikan jawapan yang sama. Perkara ini telah dilaporkan di dalam SINAR Pahang. Pada 2010, kami telah dpnggl ke Dewan Umno Bentong, Pahang untuk mengisi borang TNB, kononnya untuk memasukkan elekrik ke rumah tersebut.
 
Kami gembira dan SUK berjanji akan menyerahkan rumah tersebut sebelum thn baru cina 2011. Malangnya sehingga tarikh tersebut rumah masih tidak diserahkan. Akhirnya pada 11 Dis 2011, melalui FB Kami Penduduk Bentong, saya mendapat tahu ada perjumpaan antara SUK ( diwakili Dato Ho), pemaju dan pembeli (diwakili Dato Seri Liow Tiong Lai). Yang menghairankan, kenapa semua pembeli tidak dimaklumkan melalui surat.
 
Pada pagi tersebut, hanya segelintir pembeli yang hadir dan di sanalah baru pembeli mendapat berita yang sebenarnya. Rupa2nya, rumah tersebut telah siap sepenuhnya dan 3 dari 6 blok telah mendapat CF. Masalahnya ialah projek ini adalah Projek Bersilang, SUK memberikan projek kepada pemaju dan pemaju membina rumah dan pemaju akan dibayar dengan tanah yang ada di Pahang mengikut nilai projek tersebut.
 
Malangnya pemaju tidak dibayar seperti yang dijanjikan oleh SUK dan oleh sebab itu, pemaju tidak mahu menyerahkan rumah  tersebut. Melalui perbincangan itu, kami sekali lagi dijanjikan oleh wakil SUK untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka telah diberi tempoh seminggu dari tarikh perjumpaan atau selewat2nya sehingga bulan Mac 2012.
 
Sehingga pada hari saya menulis aduan ini, masih belum ada apa2 berita daripada mana2 pihak. Apakah janji kosong lagi yang SUK berikan? Apakah wajar pembeli menanggung kesusahan membayar bank dan membayar sewa rumah yang sedang diduduki, gara-gara kedua-dua pihak ini tidak menyelesaikan isu mereka? Adakah ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan? Pembeli terus dihimpit kesusahan semata-mata mengharapkan rumah kos rendah kerajaan. Sampai bilakah kami terpaksa menunggu???????
 
By: tengku salbiah
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment