10 January 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kembalilah kpd Islam secara total, aman kembali Malaysia

 

Gejala masyarakat kita semakin parah, buang bayi, buang ibu bapa, dadah, arak, judi dan macam-macam lagi. Setakat melaporkan dalam akhbar, buat seminar, buat perhimpunan tidak akan menyelesaikan masalah ini. Bermulalah dengan diri kita sendiri, sebarkan salam, rapatkan ukhuwwah, kenali jiran tetangga. Yang penting hidupkan solat jemaah di masjid, insyaAllah , akidah terpelihara.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." - Riwayat al-Hakim

Politik politik juga, hubungan dengan Allah dan sesama manusia jangan lupa.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com

Dah tak sudi
Harian Metro 10 Jan 2012

JOHOR BAHRU: Perbuatan tidak berhati perut segelintir anak-anak membuang ibu atau bapa walaupun ketika 'nyawa-nyawa ikan' di wad kecemasan semakin berleluasa hingga membimbangkan pengurusan hospital.

Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Rooshaimi Merican A Rahimberkata, perbuatan tidak bertanggungjawab seumpama itu seolah-olah menjadi kecenderungan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab menyara ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, tidak kurang juga ada anak yang sanggup memalsukan identiti ibu bapa dengan memberikan maklumat salah bagi mengelakkan pengurusan hospital mengetahui alamat tempat tinggal.

"Apabila mereka menghantar ibu bapa yang kritikal ke hospital, dalam keadaan kecemasan, hospital menjalankan pelbagai usaha termasuk memberi rawatan sesuai bagi menyelamatkan nyawa warga emas terbabit.

"Ketika itu, mungkin pengurusan hospital tidak menyedari helah waris pesakit memberikan maklumat termasuk alamat dan nombor telefon palsu.

"Perkara itu mengakibatkan pengurusan hospital mengalami kesulitan mengesan waris dalam usaha membincangkan rawatan kepada pesakit mahupun bagi melaporkan keadaan kesihatan mereka," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan ada anak-anak membawa ibu bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dalam kesibukan pegawai perubatan membuat pemeriksaan dan tanpa mendaftar, anak-anak akan angkat kaki.

Taktik itu disokong oleh kenyataan Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang, Dr Abdullah Noel Michael yang mengakui pihaknya menerima 70 warga tua dihantar hospital selepas waris mereka gagal dikesan.

Beliau turut menganggap trend itu membimbangkan dan walaupun banyak cara termasuk menghantar surat kepada waris warga tua terbabit, namun tiada yang membalasnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dahtaksudi/Article/index_html

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment