10 April 2015

Help Palestine [hidayahnet] Rawatan Resdung, Bekam, Urut Saraf, Urut MMT Kini Al Ansar Health di buka Cawangan Gombak Batu caves [2 Attachments]

 



Setiap orang perlu membuat rawatan kesihatan 1 bln sekali untuk kehidupan yang lebih baik. jangan tunggu sakit baru nak berubat. Hubungi 013-6893185 / 011-14386142 KHAULAH-AL AZWAR: Resdung, Sakit Urat Saraf, Migrane, Dapatkan rawatan di Pusat Penjagaan kesihatan Al Ansar Health Gombak Batu Caves


Malah dalam sesetengah keadaan, mereka yang mengalaminya akan berasa gatal pada mata dan keseluruhan wajah seperti ada benda yang merayap.

Ramai di antara mereka mendapatkan rawatan moden di hospital namun mengakui ia tidak dapat menyembuhkan secara terus walaupun menerusi pengambilan ubat-ubatan.

Jika berkurangan sekalipun, ia hanya bersifat sementara dan apabila menghadapi situasi seperti cuaca sejuk, habuk dan debu keadaan menjadi seperti sedia kala.

Penasihat Produk Al Ansar, Azli Mat Yatim yang juga juruterapi rawatan mata dan resdung berkata, sinus menghasilkan pelbagai gejala hidung dan boleh memberi kesan terhadap tekak, peti suara, telinga dan paling teruk akan menyebabkan migrain.

"Sinus adalah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus iaitu rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

"Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar daripada sinus melalui lubang kecil dinamakan ostium ke dalam rongga hidung.

"Apabila ostium tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung," jelasnya.

Azli yang berpengalaman merawat resdung dan masalah rabun menggunakan rawatan alternatif menjelaskan, resdung berpunca daripada pemakanan. Ada pelbagai makanan yang boleh menyebabkan pembiakan virus resdung seperti makanan pedas, air batu, ayam, daging dan makanan laut.

"Ramai tidak tahu makanan pedas akan mengaktifkan virus sinus, seterusnya menyebabkan sembelit dan rasa tidak selesa pada hidung. Air batu pula menyebabkan individu kerap bersin dan selesema serta memberi peluang kepada penghidapnya mengalami gejala hidung berair yang lama," katanya.

Bagi mereka yang kerap mengambil daging dan ayam serta kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut berisiko mendapat resdung.

Seseorang boleh mengetahui sama ada mereka mempunyai resdung atau tidak apabila mengalami gejala seperti gatal pada kulit dan mata, bibir membengkak, sukar bernafas, batuk, pening dan loya.

Keadaan ini berlaku disebabkan reaksi imun yang dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan yang akan merangsang virus sinus.

"Bagi individu yang mengetahui mereka mempunyai resdung sebaiknya tidak mengambil makanan yang menjadi perangsang resdung. Ini bagi mengelak resdung menjadi lebih teruk," ujarnya yang menggalakkan orang ramai untuk makan banyak sayur-sayuran serta buah-buahan bagi membantu mengurangkan masalah resdung.

"Ini kerana sayur-sayuran tinggi kandungan vitamin, sekali gus mengelakkan pembiakan virus resdung daripada merebak.
Oleh kerana sinus adalah penyakit yang dialami kebanyakan rakyat Malaysia, terdapat pelbagai produk dan rawatan untuk merawat dan menyembuhkan sinus.

Antara yang paling popular iaitu penggunaan kain putih yang digulung seperti rokok.
"Kain putih atau dipanggil rokok dibakar kemudian diletakkan pada wajah selama 30 minit atau lebih. Bagi mereka yang memiliki resdung yang banyak akan mengeluarkan bahan putih bersama ulat resdung. Namun teknik rawatan ini mengakibatkan sel kulit mati disebabkan kepanasannya," katanya.

Menyedari tiada satu pun teknik rawatan yang mampu menyelesaikan masalah ini, Al Ansar Health Sdn Bhd menandatangani MoU dengan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd melancarkan produk kesihatan berasaskan magnetik aura serta pusat rawatan yang kini terdapat di seluruh negara.

Jelas Azli, menerusi pembukaan pusat rawatan serta stokis untuk produk magnetik aura yang kini terdapat di Johor Bahru, Gombak Batu Caves (Berdepan Padang Bola Kampung Baru Batu caves, Setiawangsa (Kuala Lumpur), Jalan Reko (Kajang), Sungai Petani (Kedah), Wakaf Che Yeh, Kota Bharu (Kelantan) dan Cabang Tiga Kuala Terengganu bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan rawatan alternatif termasuk resdung, masalah mata serta penyakit kronik lain.

Pengguna yang ingin mengetahui mengenai sinus serta resdung harus datang ke pusat rawatan berhampiran bagi mengetahui tahap penyakit mereka.

"Ini dilakukan dengan mengesan peringkat resdung dengan cara memasukkan putik kapas yang dicelup di dalam air zamzam kemudian diletakkan di dalam telinga. Selepas beberapa saat, individu akan merasai bunyi seperti dengung yang menandakan mereka mempunyai resdung," katanya.

Bagi penghidap sinus kronik, mereka akan mula bersin sebagai tanda tindak balas terhadap air zamzam. Berbeza dengan rawatan menggunakan kain, Azli memilih sejenis herba, ubi raja satun yang diletakkan pada hidung pesakit bagi membolehkan semua cecair dan lendir keluar menerusi hidung. Dalam masa beberapa minit pesakit akan bersin berulang kali dan mengeluarkan cecair seperti hingus.

"Rawatan ini tidak menimbulkan kesakitan dan sesuai dilakukan sesiapa saja yang berasakan mereka mempunyai resdung. Ia biasanya memakan masa 30 minit hingga satu jam bergantung kepada masalah dihadapi. Namun begitu, bagi mendapatkan hasil memuaskan dan berpanjangan, rawatan harus dilakukan sekali sebulan atau lebih bagi memastikan semua cecair dan lendir keluar sepenuhnya. Selepas itu pesakit pasti merasai perbezaannya.

"Ada mengakui selepas rawatan, selesema semakin berkurangan, kepala lebih ringan, tidak lagi sakit kepala dan menghadapi migrain yang teruk," katanya yang menunjukkan demonstrasi kepada media ketika majlis pelancaran yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan lebih ramai usahawan Bumiputera membabitkan diri dalam perniagaan dengan membuka stokis dan pusat rawatan di seluruh negara.

Al Ansar Health menyasarkan RM12 juta untuk jualan pertama pada suku pertama.



__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Khaulah Azwar <khaulah0809@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 2 photo(s) from this topic.
10922873_831121780293318_1141150459511582771_n.jpg Slide1.JPG

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment