07 October 2014

Help Palestine [hidayahnet] Pengenalan kepada industri percetakan pakaian

 

Pada amnya, industri percetakan terbahagi kepada dua, iaitu pencetakan bahan berasaskan kertas, plastik dan logam; dan percetakan bahan berasaskan kain dan pakaian. Percetakan pakaian biasanya dipanggil 'silk screen printing' ataupun mencetak menggunakan skrin sutera. Percetakan pakaian ialah proses memindahkan suatu reka corak - sama ada daripada kertas (hard copy) atau dalam komputer (soft copy) ke atas bahan yang berasaskan kain dan pakaian, dengan menggunakan teknik-teknik tertentu.

 

Terdapat beberapa objektif utama mengapa suatu reka corak itu dipindahkan kepada produk-produk di atas, iaitu bagi melambangkan identiti organisasi, sebagai bahan promosi, sebagai bahan cenderamata atau pemberian, dan untuk dijual sebagai barangan pengguna.

(a)     Memperkenal dan melambangkan identiti sesuatu organisasi

         Contoh - Logo, tulisan, slogan dan simbol sesebuah organisasi (seperti syarikat, badan berkanun, sekolah, persatuan, dsb) dipamerkan di atas dokumen-dokumen rasmi, majalah, buku, papan tanda dan lain-lain lagi, sebagai identiti rasmi organisasi tersebut. Terdapat juga logo, lencana, dan slogan yang dipamerkan di atas kemeja, jeket, kemeja-T atau topi bertujuan untuk melambangkan keseragaman dan kekuatan organisasi itu.

(b)     Untuk mempromosi sesuatu produk, perkhidmatan atau gaya hidup

          Contoh - Slogan, tema, identiti pembekal, ciri-ciri serta identiti sesuatu produk diiklankan di dalam televisyen, papan billboard, pamplet, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi untuk menarik pelanggan. Logo-logo dan slogan para penganjur dan penaja juga dipamerkan pada pakaian tertentu untuk mempromosi organisasi mereka, semasa sesuatu aktiviti berlangsung.

(c)     Sebagai cenderamata atau pemberian kepada ahli-ahli

         Kebanyakan organisasi akan mengadakan beberapa majlis atau aktiviti tahunan seperti Hari Terbuka, Sukan Tahunan, Ekspedisi, Lawatan, Majlis Makan Malam, dan sebagainya. Pada waktu itu, organisasi tersebut biasanya akan memberi sesuatu buah tangan kepada ahli dan peserta. Kemeja-T, topi, payung, tuala, kalendar dan diari yang lengkap dengan reka corak yang tersendiri, ialah beberapa produk yang sering diberikan.

(d)     Untuk dijual sebagai barangan pengguna

         Sesuatu reka corak itu paling banyak digunakan sebagai penyeri dan penarik kepada sesuatu barangan pengguna. Produk-produk seperti pakaian, kain, majalah, buku, lencana, dan pelbagai cenderamata biasanya mempunyai reka corak yang tersendiri untuk menarik pembeli.

 

Untuk berjaya dalam bidang pencetakan pakaian, beberapa ilmu asas diperlukan. Aspek-aspek yang berkaitan secara langsung dengan percetakan pakaian ialah:

(a)     Seni lukis, reka corak dan grafik - menyediakan reka corak asal daripada pelbagai sumber seperti yang telah disebut.

(b)     Penggunaan komputer - dalam era teknologi maklumat ini, komputer amat berguna serta memberi banyak kemudahan termasuk dalam bidang percetakan pakaian. Dengan adanya komputer, reka corak dan filem positif dapat disediakan dengan mudah, cepat, tepat, kreatif, serta menjimatkan kos.

(c)     Kemahiran tangan dan pengurusan masa - kecekapan pencetak juga bergantung kepada kemahiran tangan dan kebolehannya menyusun kerja dan tugasan. Aspek ini penting jika ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Seseorang itu mampu menjadi mahir dengan latihan yang konsisten.

(d)     Seni pertukangan dan reka cipta - untuk menjadi pencetak yang berkebolehan, matang dan cekap, pengetahuan mengenai pembuatan alat dan komponen adalah sangat penting. Apabila seorang pencetak itu tahu mengenai pembuatan alat dan komponen, beliau boleh membina komponen itu mengikut kesesuaiannya. Malahan, beliau juga boleh mengubah suai dan membangunkan sesuatu komponen yang lebih canggih mengikut suasana teknologi semasa.

(e)     Aspek yang paling utama ialah kreativiti, keberanian, kesanggupan dan ketekunan seseorang itu menempuh segala cabaran yang mendatang. Sifat-sifat ini sangat penting bukan sahaja dalam bidang percetakan pakaian, tetapi juga dalam apa juga perkara yang dilakukan, seperti hal-hal berkaitan dengan pelajaran, perniagaan, mahupun pekerjaan.

 

*Pengenalan kepada Industri Pencetakan Pakaian di atas dipetik dari buku TEKNIK ASAS PERCETAKAN PAKAIAN. Sila lawat www.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303 untuk pertanyaan lanjut.

 **Satu model transaksi dalam perniagaan percetakan pakaian turut dibentangkan sebagai hadiah untuk mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan ini.

__._,_.___

Posted by: <studioperintis@perintis.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment